Lompat tikam merupakan pemanis mulut yang menjadi kegemaran seluruh masyarakat majmuk di Kelantan. Kuih ini merupakan pemanis santapan diraja suatu ketika dahulu dan menjadi kuih pertukaran menandakan jalinan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam.Kuih ini agak sukar ditemui kini atas faktor kekurangan tenaga mahir untuk menghasilkannya.
Olahan Chef Amrin memberi kelainan rasa pada kuih lompat tikam yang dihasilkannya. Keju Perfect Italiano Parmesan yang digunakan menambah rasa dan memikat selera.Jom kita cuba.
LOMPAT TIKAM CHEESE
Bahan-bahan:
Untuk Pulut Merah:
500g beras pulut
100 ml santan cair
Sedikit pewarna merah
Air
Cara membuat:
1.Basuh beras pulut dan rendam dengan sedikit pewarna merah selama 15 minit.Toskan beras pulut.
2.Masukkan beras pulut dalam acuan bersama santan cair.
3.Kukus sehingga masak.
Gula nisan:
7 keping gula nisan
500 ml air
Cara membuat:
1.Larutkan nisan dalam air di atas api perlahan sehingga sedikit pekat.
Kepala santan:
250 ml santan pekat
2 sudu tepung beras
100 gm Keju Perfect Italiano Parmesan
Cara membuat:
1.Kacau sebati di atas api perlahan sehingga mendidih. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tidak bergentel.
Untuk warna hijau:
1 cawan tepung beras
1/3 air pandan
1/3 pewarna hijau pekat
2/3 air biasa
Sedikit air kapur
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan sekaligus dalam periuk.
2.Kacau di atas api perlahan sehingga berkilat lalu sejukkan dan tunggu hijau warna daun mengeras.
Cara hidangan:
Hidangkan pulut bersama hijau warna daun lalu curahkan kepala santan dan siramkan air nisan sebagai pemanis serta taburkan Keju Perfect Italiano Parmesan sebagai penambah rasa (additional seasoning).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI