
Kalau dah tiap hari mengadap mi maggi tak bagus juga untuk kesihatan. Kalau dah suka sangat boleh saja buat sendiri dengan bahan-bahan mudah didapati. Memang sesuai lah menu ni dengan seruan kerajaan yang suruh kita duduk di rumah. Apa lagi korang yang hantu maggi tu boleh lah cuba.
Bahan-bahan mi
200 g tepung high protein b
100 g tepung gandum
200 g tepung semolina
170 g air + secubit garam
Adunkan bahan-bahan ini hingga sebati dan masukkan ke dalam mesin membuat mi.

Sup maggi
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
✳tumis naik bau
Sekeping isi dada ayam di dadukan
✳masukkan satu liter air
✳sayur hijau
✳Garam secukup rasa
✳perahan limau kasturi
✳pecahkan Telur
Jom cuba….
Kredit : Cbah Ahmad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Laksam Homemade, Sesuai Untuk Jamu Tetamu Di Rumah Terbuka

Mood berhari raya masih belum habis. HUjung minggu masih dipenuhi dengan undangan rumah terbuka. Laksam adalah makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM

BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.

2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.

3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.

5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.

TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Selamat mencuba!
Resipi Kicap & Pes Cili Untuk Masak Char Kuay Teow Homemade.

Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP & CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP

- 1 liter air
- 6 ulas bawang putih -ditumbuk
- 1 kiub pati ayam
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat
- 10 sudu makan kicap manis
- 3 sudu makan kicap sotong
- 2 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
- Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI

- 100gm pes cili
- 1 genggam udang kering – bersihkan
- 1 labu bawang putih
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
- Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang putih
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
- Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW

BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan minyak bawang putih
- 1 sudu makan pes cili
- 1 senduk kuah kicap
- Udang secukupnya – dibersihkan
- Tauge & kucai secukupnya
- Kuetiau halus
- Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
- Masukkan pes cili. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
- Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
- Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.

INFO:
- Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
- Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Kredit resipi & foto: Azrina Surono
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Cara Masak Bihun Sup Chinese Style. Ringkas & Sedap.

Di musim cuaca tak menentu dan selalau hujan ni, memang sedap kalau dapat makan bihun sup panas-panas. Kalau puan-puan ada merancang nak masak menu ni, boleh cuba resipi Bihun Sup cara cina perkongsian saudari Nur Suraya Uya ni. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!
BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus bihun / yee mee
- 1 labu bawang putih – potong dadu
- 2 bungkus bebola ikan
- 1 bungkus filamen ketam
- 1/2 kg udang segar
- Sawi / pak choy secukupnya
- 2 kiub pati ayam
- 2 sudu makan minyak bijan
- Gula batu – sebesar ibu jari
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya – anggaran 3 liter
BAHAN SAMBAL KICAP :
- 1 ulas bawang putih
- 15 biji cili padi
- Sos cili secukupnya
- Kicap secukupnya
- Sedikit gula
(campur semua bahan dan sedia untuk digunakan)

CARA MEMASAK:
- Celur bihun atau yee mee dalam air panas. Toskan.
- Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih hingga kekuninggan. Ketepikan sekali dengan minyak gorengannya.
- Untuk menyediakan sup, didihkan air, masukkan kiub pati ayam, gula batu, garam secukupnya dan minyak bijan.
- Setelah kuah mendidih, masukkan bebola. Celur seketika kemudian angkat dan toskan. Diikuti dengan filamen ketam, udang dan juga sawi/pak choy.
- Bila smeua bahan siap dicelur, bolehlah dihidangan bersama bihun dan sup.
- Untuk lebih enak, tambahkan sambal kicap.

Kredit resipi & foto: Nur Suraya Uya

