Blueberry atau Beri Biru dari Amerika Syarikat kembali dengan pelancaran “Your Berry Best Friend” sebagai kempen tahun 2020 meraikan kedatangan musim buah ini oleh US Highbush Blueberry Council.
.
Majlis jamuan teh ini turut dihadiri William Verzani dari Atase Pertanian Kedutaan AS, Jabatan Pertanian AS ,Rowena Ngumbang Pakar Pemasaran Pertanian, Perkhidmatan Pertanian Luar Negeri , Jabatan Pertanian AS dan Retna Malar, Wakil Malaysia untuk US Highbush Blueberry Council dan Pengarah Pengurusan ‘All About Fresh Produce’
Majlis turut dimeriahkan dengan Chef Selebriti Dato’Fazley Yaacob yang juga juara Masterchef Selebriti Malaysia 2002. Menurut Dato Fazley dia memang suka menikmati bluberry sejak kecil lagi dan dia menggalakan beri yang menyihatkan ini sebagai amalan diet pemakanan keluarga.
Katanya blueberry juga enak dimasukkan dalam menu Malaysia seperti cekodok yang memberikan lebih kelazatan kepada masakan. Menggunakan blueberry sebagai ramuan juga mendorong kita untuk menjadi kreatif bila memasak. Kemuncak majlis jamuan teh itu ialah demonstrasi masakan scone bluberry yang kaya bermentega. Memanfaatkan blueberry sejuk beku Fazley menghasilkan scone lembut lembab namun rapuh berderai.
Jamuan teh turut dimeriahkan dengan persembahan manisan dan pencuci mulut ‘Eton Mess’ yang menggunakan blueberry segar dan taburan puri tart blueberry dan keju.
.
.
Blueberry terkenal sebagai buah imuniti dan ‘super fruit’ yang kaya dengan anti oksidan. Beri biru ini terbukti dapat merangsang kesihatan jantung, mengelakkan kanser dan meningkat imuniti badan dan pelbagai khasiat kesihatannya yang lain.
.
Ia hanya mengandungi 80 kalori dalam setiap hidangan dan mengandungi vitamin C untuk pertumbuhan dan pekembangan tisu badan dan juga vitamin K untuk meningkatkan metabolisma tulang dan melancarkan darah.
Menurut William Verzani , blueberry iaitu buah asli berasal dari Amerika Utara melakar legasi lebih 100 tahun membantu masyarakat lebih sihat dan mencapai kehidupan sempurna.”Cuaca sempurna dan keadaan tanah yang terbaik telah menghasilkan US Highbush blueberry yang lazat dan berkhasiat.
Senarai manfaat kesihatannya yang panjang menjadikan blueberry sebagai ‘super fruit’ yang sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi hingga warga tua. Memang benarlah ia adalah “Your Berry Best Friend”,beri sahabat baik anda.
.
ANDA MUNGKIN JUGA SEDANG MENCARI PETI SEJUK UNTUK MENYIMPAN DOH SCONE, JOM LAYARI DI SINI.
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI :
JOM SEMAK RESIPI-RESIPI INI PULAK :
Puding Cincau Blueberry. Resipi Manisan Mudah Yang Boleh Siap Hanya Dalam 30 Minit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI