Salah satu cara hendak menaikkan selera makan adalah dengan adanya sambal. Kali ini RASA ingin tunjukkan resipi membuat sambal terung telunjuk. Korang tahu tak terung telunjuk tu macam mana?
Terung telunjuk ni buahnya berwarna hijau dan ada jalur putih. Selalunya orang akan buat sebagai ulam. Rasanya lebih kurang sama macam terung yang lain.
Resipi sambal terung telunjuk tempoyak bilis petai ini dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha dalam facebook page Rasa Share Resepi. Kalau belum join, jom join group tu sekarang. Ada banyak perkongsian resipi kat dalam tu tau. Rugi tak join.
Ads
SAMBAL TERUNG TELUNJUK TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
Cili padi (ditumbuk)
Bawang merah kecil (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Terung telunjuk (cuci dan potong serong)
Petai
Tempoyak
Asam keping
Garam
Ikan bilis (digoreng garing, toskn & diketepikan)
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak. Tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan terung dan petai. Kacau seketika. Kemudian masukkan tempoyak dan asam keping.
3. Masukkan garam. Kemudian masukkan ikan bilis. Sebatikan semua. Tutup api.
Nampak sedap, kan?
Ads
TIP SAMBAL LEBIH SEDAP
Sambal kena cukup segala rasanya. Pedas dan masin kena seimbang. Tumis bawang kena agak lama sedikit. Jangan tumis sekejap sangat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Menjelang nak berpuasa nanti, menu sambal wajib ada sebagai pembuka selera. Kalau rajin bolehlah buat sendiri sambal garing. Selain ditabur di atas nasi. makan dengan bubur pun sedap.Bahan-bahan membuatnya juga mudah didapati.
SAMBAL GARING
Bahan-bahan:
Cili kering yang pedas(cuci tos dan goreng dengan minyak,jangan lama sebab cepat garing) dan blend kering dengan sedikit garam, (guna garam halus)
Ikan bilis (goreng garing)
Bawang merah (goreng garing)
Bawang putih (goreng garing)
Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak (2-3 sudu makan) guna api kecil.
2.Masukkan semua bahan kacau biar sebati,tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas.
Anda pengembar organ dalam seperti lembu hati, jantung, limpa, parau ataupun perut, ini RASA kongsikan 10 menu dengan pelbagai cara memasak organ dalaman lembu yang korang boleh cuba. Kesemua menu mudah disediakan dan disukai oleh ramai rakyat Malaysia.
PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
3 sudu cili kering kisar
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
Masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji limau nipis | perah air
5 biji cili padi | dipotong kecil
1 biji buah tomato | potong dadu
1 sudu makan kerisik
1 helai daun limau purut | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit air suam
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
PERUT SAMBAL BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm perut | rebus ¾ empuk, hiris kasar
BAHAN KISAR:
50gm cili besar merah
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan kisar kecuali asam gelugur.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan pecah minyak. Masukkan asam gelugur.
Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sekata.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
RENDANG CAMPUR BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus
250gm hati | rebus
250gm limpa | rebus
1kg santan pekat
1 sudu makan pes asam jawa
5 sudu makan kerisik
3 sudu makan | rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering | potong dan rebus
1 biji bawang besar
4cm lengkuas | hiris
3cm halia | hiris
3 batang serai | hiris
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Paru, limpa dan hati yang telah direbus dihiris dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. kemudian tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
Seterusnya masukkan paru, limpa dan hati tadi, kacau rata dan sebati dengan bahan tumisan.
Masukkan pula santan pekat, kacau dan biarkan mereneh sehingga kuah agak pekat lebih kurang 15-20 minit.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkkan api, dan terus kacau sehingga kuah kering dan timbul minyak.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL HATI
BAHAN-BAHAN:
1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
5 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan cili sos
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk mengoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
Angkat dan sedia dihidangkan.
HATI GORENG KUNYIT KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu | rebus dan hiris
10 batang kacang panjang | potong 3cm
1 biji bawang besar | hiris
15 tangkai cili padi merah | hiris memanjang
2 batang serai | titik
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai bersama bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan hirisan hati, kacau rata.
Seterusnya masukkan hirisan bawang besar, cili dan kacang panjang dan kacau lagi.
Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak, angkat dan segera dihidangkan bersama nasi putih.
SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
Gaul rata kemudian tutup api.
Sambal paru sedia dihidangkan.
RENDANG TOK HATI
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu | cuci bersih dan rebus seketika.
500ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
5 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
1biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm halia |hiris nipis
3cm lengkuas | hiris halus
4 batang serai | hriis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Hari yang telah direbus tadi dihiris nipis, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili bersama air asam jawa.
Kacau hingga pecah minyak. Masukkan hati yang telah dihiris bersma hirisan bawang.
Kacau rata, tambahkan sedikit santan, dan kecilkan api.
Apaaila kuah pekat, masukkan kerisik, kacau rata.
Perasakan dengan kicap, garam dan gula secukupnya.
Setelah kering dan timbul minyak tutup api, Rendang hati sedia dihidangkan.
KERABU PERUT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo perut putih | cuci bersih dan rebus
2 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dihiris
4 batang serai |dihiris nipis
10 tangkai cili api | dihiris nipis
1 batang timun | buang biji dan potong dadu
3 biji limau kasturi
Garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
CARA MEMASAK:
Hiris kecil memanjang perut yang telah direbus.
Masukkan dalam mangkuk bersama dengan bahan hirisan lain.
Dalam mangkuk lain, campurkan garam, gula, jus limau nipis dan sos ikan. Gaul rata.
Tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata.
Setelah cukup rasa kerabu sedia dihidangkan.
RENDANG HATI CILI PADI:
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu| cuci bersih dan rebus
1 biji bawang besar |hiris
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
20 biji cili padi
2 batang serai
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
Hiris nipis hati, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang, dikuti bahan kisar.
Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan hati.
Kacau rata, apabila hati kecut dan kering airnya masukkan santan .
Gaul rata dan masukkan air asam, kerisik. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Tutup api.
Sambal goreng peria ikan bilis memang ada rasa pahit-pahit sikit. Tapi rasa pedas cili dan masin ikan bilis tu menjadikan gabungan cita rasa sambal ini sungguh menyelerakan. Korang boleh try buat. Makan dengan nasi panas, wow sungguh rasanya tau.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
250 gram peria | hiris nipis
250 gram ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan tumisan garing tutup api.
Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
Tempe goreng biasa pun dah cukup sedap. Tapi kalau ditambah dengan bahan di bawah memang akan jadi super sedap. Cicah pula dengan sambal kicap memang meratah tak ingat.