Tiga sekeluarga dikejarkan ke hospital selepas dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati madu yang dibeli secara ‘online’ menerusi aplikasi Tiktok.
Menerusi perkongsian @hidayahdayha di akaun TikTok memaklumkan, ibu dan dua adiknya muntah dan cirit birit selepas makan madu lebah yang dibeli dari kedai atas talian di aplikasi tersebut.
“Sape suruh beli madu online. Kan dan sampai 3 orang masuk emergency. Mak dan 2 orang adik. Semua kena than wad”.
Situasi ini lebih membimbangkan bila memikirkan keadaan ibu yang tidak berapa baik disebabkan oleh faktor usia dan sejarah darah tinggi.
Hidayah juga mendedahkan sikap peniaga makanan tersebut apabila beliau membuat ulasan di tiktok shop peniaga berkenaan.
Ads
Oleh itu berhati-hatilah bila membuat sebarang pembelian makanan tidak kira menerusi apa saluran sekalipun. Pastikan makanan tersebut dalam keadaan baik, tidak mempunyai rasa dan bau yang meragukan agar kejadian seperti ini tidak terjadi lagi pada kita dan juga keluarga.
Bulan Ogos, bulan kemerdekaan buat rakyat Malaysia. Dan pada bulan ini jugalah kita dapat melihat kreativiti orang kita meraikan kemerdekaan dengan pelbagai cara.
Salah satunya, Pau Bendera Gergasi yang dihasilkan team Pau Pak Ngah! Memang besar dan mengagumkan!
Untuk menghasilkan Pau Bendera Gergasi ini, sebanyak 387 biji pau digunakan dan mengambil masa tiga jam untuk disiapkan.
Siapa yang tak banggakan, apabila jenama pau tempatan meraikan bulan kemerdekaan dengan cara yang unik.
Menurut Nur Afifah Roslan, pengusaha kuih pau dan juga merangkap Ketua Operasi di Pau Pak Ngah, Pau Merdeka merupakan salah satu usaha daripada team Pau Pak Ngah sebagai lambang kecintaan terhadap negara.
“Apa yang membuatkan saya kuat dalam menguruskan perniagaan ini adalah keluarga dan team Pau Pak Ngah itu sendiri.
“Saya sedar yang menjalankan perniagaan bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga,” ujar Afifah yang berusia 29 tahun.
Afifah mengambil alih perniagaan kecil-kecilan daripada ibu bapanya kerana melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan ini.
Minat yang mendalam dalam sektor pemakanan dan minuman membuatkan Afifah secara tidak langsung berminat dalam penglibatan perniagaan ini.
Perniagaan Pau Pak Ngah ini bermula pada tahun 2004 dan terus berkembang hingga ke merata tempat. Dibuat daripada 100 peratus buatan tangan, Pau Pak Ngah ini terdapat banyak perisa, antaranya Pau Kaya, Pau Kacang Merah, Pau Kelapa dan Pau Coklat. Manakala perisa premium pula Pau Cheesy Beef Bolognese, Pau Mushroom Chicken Carbonara, Pau Rendang Daging dan Pau Black Pepper Beef.
Merujuk FB Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat hari ini seramai 790 kes (setakat jam 5 petang) Covid-19 dilaporkan di Malaysia dengan dua kes kematian dicatatkan semalam. Situasi yang membimbangkan ini semestinya sangat serius malah pihak kerajaan telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan terhadap seluruh penduduk di negara ini.
Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa bermula hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.
Namun disebalik usaha kerajaan dan juga barisan petugas kesihatan dalam membendung wabak ini, ada segelintir di kalangan rakyat yang ingkar dan tidak mematuhi langkah pencegahan yang telah ditetapkan. Ada yang masih berkumpul di tempat-tempat awam, pulang ke kampung halaman, menjamu selera di tempat terbuka dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan ini
“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau menggesa agar masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
“(Ini) kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Menegaskan bahawa kegagalan bukan pilihan dalam soal menangani Covid-19, Dr Noor Hisham turut memperkatakan tentang bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.
“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.
Beliau mengakhiri hantaran itu dengan pesanan berikut kepada orang ramai, “Duduk di rumah dan jangan keluar.”
Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangkan akan menjangkiti lebih ramai orang.
Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat Covid-19 semalam.
Penjelasan lanjut bagi orang ramai tentang beberapa isu berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Beberapa minggu sahaja lagi, Bulan Ramadan akan menjelma dan umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Biasanya di waktu-waktu begini, sudah ramai yang mengambil peluang untuk melakukan perniagaan seperti pakaian, kelengkapan dan kuih raya.
Namun nampaknya tahun ini agak berbeza. Dek kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia dan tidak menampakkan penurunan, ia sebenarnya menjejaskan ramai pihak terutamanya para peniaga.
Selain memperbanyakkan amal ibadah, bulan puasa juga merupakan saat bagi para peniaga kecil dan sederhana untuk menambah pendapatan keluarga terutamanya bagi peniaga bazar Ramadan. Ada yang berniaga Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Sate, kuih muih, Roti John, aneka air balang dan bermacam-macam lagi. Namun apakan daya, demi memutuskan rantaian Covid-19 ini, banyak perkara perlu dikorbankan.
Sebentar tadi menerusi sidang media Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.
Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu. Cuma selagi PKP 2 diteruskan atau ada PKP lain selepas ini, bazar Ramadan tidak dibenarkan.
Beliau juga turut menambah, soal berkaitan bazar Ramadan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP pasca PKP yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara perkara-perkara lain yang disebut semasa sesi sidang media Kementerian Pertahanan:
Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (3 April 2020)
1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 737 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 403,336 kenderaan
2. PDRM telah melakukan sebanyak 25,614 pemeriksaan mengejut & pemeriksaan ke atas 4564 premis
3. Semalam (2 April), PDRM telah menahan 524 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana ingkar PKP
4. Penurunan sebanyak 6.8 peratus dari kelmarin (1 April )
5. Seramai 483 individu telah dituduh di mahkamah
6. Sejak 27 Mac sehingga 2 April sebanyak 371 kawasan telah di nyah cemar
7. Kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan & PayNet utk mengecualikan caj RM1.00 bg pengeluaran wang di semua mesin ATM menggunakan rangkaian MEPS bermula 6 April sehingga tamat tempoh PKP
8. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian bagi mengurangkan pergerakan
9. Kerajaan memutuskan semua pelajar tajaan (JPA, MARA, KPT, Petronas) yg telah tamat pengajian & masih belum pulang ke tanah air akan diberi bantuan ihsan sehingga satu masa yg ditetapkan oleh penaja masing-masing
10. Bantuan ini merangkumi sewa tempat tinggal & makan/minum
11. Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan
– Terdapat berita tentang pekerja warga asing dari Bangladesh tiada bekalan makanan.
– Kerajaan memutuskan supaya Kedutaan negara masing-masing bertanggungjawab terhadap warganegara mereka yg berada di Malaysia.
– Pihak kedutaan perlu melapor ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi tujuan pengagihan bantuan kpd warganegara mereka
– Bagi yg di Kuala Lumpur, boleh berbuat demikian di Crisis Management Center di bwh kawal selia DBKL
12. Semua yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin, tanpa sebarang pengecualian.
13. Senarai pusat kuarantin boleh dirujuk di laman web agc.gov.my
14. Bagi penumpang ke Sabah & Sarawak yg pulang dari luar negara & transit di KLIA/KLIA2 atau mana-mana lapangan terbang di Semenanjung Msia, mereka akan dikuarantin sebaik tiba di Sabah atau Sarawak
15. Kerajaan memutuskan Pasar Ramadhan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP
16. Jika PKP ditamatkan sebelum atau sewaktu bulan Ramadhan, operasi Pasar Ramadhan akan bergantung kpd SOP pasca PKP yg akan disediakan oleh MKN
17. Pergerakan dlm radius #10KM : Pihak polis diberikan kuasa budi bicara mengikut kes utk mempertimbangkan pelepasan perjalanan
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.