Siapa sangka gabungan Serunding Tom Yam dan Makaroni Bakar mampu menghasilkan satu hidangan yang enak dan menyelerakan. Cukup segala rasa masam dan masin. Lebih enak apabila menggabungkan tiga jenis keju di dalamnya iaitu Keju Perfect Italiano Mozzarella, Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Keju Perfect Italiano Perfect Melt. Apabila menggunakan keju-keju ini, ia akan memberi hasil regangan yang sempurna, kerak perang keemasan yang memukau serta menaikkan rasa dalam hidangan. Kombinasi yang cukup mantap.
Ads
MAKARONI BAKAR SERUNDING TOM YAM
Bahan-bahan:
180gram makaroni – rebus al-dente
200ml Fernleaf Susu UHT
250gram campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella
Anchor Salted Butter secukupnya
Bahan-bahan Serunding:
100gram Anchor Salted Butter
200ml Anchor Cooking Cream
300gram daging – rebus dan siat-siat halus
2 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan cili kisar
2 helai daun limau purut – hiris halus
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak:
Untuk membuat serunding, cairkan mentega dalam kuali. Tumis cili kisar dan pes tomyam hingga wangi.
Masukkan daging dan Anchor Cooking Cream serta hirisan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukupnya. Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sempurna dan kering. Ketepikan.
Di dalam mangkuk besar, satukan makaroni, serunding tomyam, Fernleaf Susu UHT dan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella. Gaul sebati.
Sediakan bekas/casserole tahan panas. Sapu mentega secukupnya. Tuang campuran makaroni serunding tadi ke dalam bekas dan ratakan. Tabur lebihan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella dan lebihan hirisan daun limau purut.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 25-30 minit. Hidangkan panas.
Sedap juga sarapan dengan kuetiau goreng, Sementelah lagi kalau makan panas-panas, perghhh sedap bila tambah cili potong. Cara membuatnya senang dan cepat disediakan. Kalau korang sukakannya masak je sendiri , lebih jimat dan puas makan. Buat lebih boleh buat bekal anak ke sekolah atau anda ke pejabat. Berikut Rasa kongsikan resipi Kuetiau yang sedap meletop ni.
KUETIAU UDANG TELUR BAHAN-BAHAN
500gm kuetiau
150gm udang | buang kulit dan kepala
3 pokok daun bawang | hiris 2-3cm
150gm tauge
2 biji telur
3 ulas bawang putih | titik
2 ulas bawang merah | dadu halus
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos ikan
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur, kacau rata dan letepikan.
Menggunakan kuali sama, tambah minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Tambah udang di dalamnya,kacau rata hingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan pula sos cili, tiram dan kicap.
Tambah sedikit air, kacau dan masukkan kuetiau.
Gaul rata dan perasakan dengan sos ikan, perasa ayam, serbuk lada sulah dan garam.
Setelah cukup rasa, masukkan telur yang telah digoreng tadi, tauge dan daun bawang.
Setelah sekata dan cukup rasa. Tutup api.
Kuetiau sedia dihidangkan. Kalau suka hidangkan bersama hirisan cili potong.
Kuetiau sedap dimakan untuk sarapan dan makan malam. Boleh dibuat sup dan juga digoreng. Kali ini RASA kongsikan resipi kuetiau goreng bersama udang yang sangat simple tapi sedap cita rasanya. Bolehlah cuba masak untuk seisi keluarga.
KUETIAU GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN
1 kg kuetiau
150 gram udang
50 gram bawang putih kisar
50 gram cili boh
30 ml kicap cair
10 gram lada putih
1 biji telur ayam
30 gram tauge
50 gram kucai
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.