
Malaysia Culinary World Cup 2023 yang disertai seluruh dunia telah diadakan di World Trade Centre di Kuala Lumpur bermula pada hari ini (21 Februari 2023 sehingga 23 Februari 2023) yang bakal berlangsung selama 3 hari.
Seramai 650 peserta dari Malaysia dan juga dari luar negara bersama menjayakan pertandingan ini bagi meraih Guinness World Records. Majlis telah dilancarkan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) bersama Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab (Ketua Pengarah Tourism Malaysia).
Melalui pertandingan ini juga, kita dapat mengenali pelbagai jenis menu dari pelbagai negara di dunia. Dalam pertandingan ini, sebanyak 9 kategori utama bakal dipertandingkan bersama 62 sub kategori termasuk 40 makanan lokal.

Setiap kategori akan diadili lebih kurang 100 Chef dari dalam dan luar Malaysia termasuk Chef Liza Zainol. Selepas tiga hari berlangsung, keputusan Guinness World Records akan diumumkan.

Pertandingan ini bakal dijadikan sebagai pertandingan tahunan menurut Malaysia Bersatu Culinary Association bagi memberi peluang industri makanan lokal dan internasional bergabung dalam satu bumbung dan dikenali ramai.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Karangkraf Dan Astro Jalin Kerjasama Strategik Untuk Menghasilkan Dan Mengedarkan Kandungan IP

Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd dan Astro telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman ( MoU) yang membentuk sebuah syarikat usahasama (JV Co) untuk penghasilan dan penjanaan keuntungan menerusi pemilikan kandungan di Malaysia dan rantau Nusantara.

Menurut Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, matlamat utama kolaborasi adalah menyasarkan penghasilan bersama kandungan harta-harta intelek atau IP yang komprehensif meliputi segmen Melayu dan Islamik. Menerusi misi utama untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan, Astro memerlukan IP yang pelbagai untuk memenuhi kehendak setiap segmen pengguna.
Kumpulan Media Karangkraf merupakan satu kuasa besar dalam industry kreatif terutamanya di kalangan komuniti berbahasa Melayu menerusi senarai aset media yang dimiliki dan usahasama yang dijalinkan ini bertujuan membangunkan jenama dan seleksi kandungan IP yang hebat bersama-sama. Usahasama ini menyatukan dua entiti yang membawa misi yang sama dengan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan masing-masing untuk membuka peluang perniagaan baru bagi mencipta harta-harta intelek Nusantara yang boleh digunapakai bukan sahaja di Malaysia malahan memiliki nilai komersial yang tinggi untuk dibawa menjelajah ke negara-negara serantau.

Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf berkata, “ Kumpulan Media Karangkraf amat teruja untuk menjalinkan kerjasama yang lebih rapat lagi dengan Astro, terutamanya setelah terlibat dalam pelbagai kempen sebelum ini seperti Projek Rumah Ngaji, Quran Hour dan sebagainya. Dengan gabungan jumlah jangkauan yang memberangsangkan, kami merasakan bahawa Astro merupakan rakan strategik yang paling tepat untuk membantu memperluaskan harta intelek kami di pelbagai platform seperti televisyen, OTT dan di ruang digital di Malaysia dan di negara-negara yang berikutnya. Usahasama ini akan membolehkan kami memiliki ekuiti dalam penguasaan kandungan Melayu dengan aspirasi serantau serta mempelbagaikan perniagaan baru seterusnya memacu inovasi digital.”
Karangkraf dan Astro berharap kerjasama ini akan saling melengkapi kekuatan masing-masing dalam menghasilakn sejumlah kandungan IP yang berkualiti serta pada masa yang sama memupuk budaya inovasi dan memiliki nilai yang tinggi bagi tujuan pengedaran untuk memenuhi kehendak industri yang semakin meningkat.

Kerjasama antara Karangkraf dan Astro adalah selaras dengan strategi utama Astro dalam menguasai pemilikan bersama kandungan IP utama yang mempunyai daya tarikan serantau dan memenuhi aspirasi syarikat untuk menjadi pembekal, pengumpul dan pengedar utama kandungan di Asean. Hari ini Astro telah menguasai sebanyak 71% daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia merangkumi 21 juta individu menerusi semua platform paparan manakala Kumpulan Media Karangkraf pula memiliki 15 juta pembaca merentasi penerbitan bercetak dan aset digital.
Cartoon Network Menyajikan ‘Keriangan Keju’ Bersama Tom And Jerry

Bila sebut tentang keju dan kek keju mesti teringkat kartun Tom & Jerry. Kartun legend ini amat digemari di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa produk tenusu kegemaran ramai ini mempunyai hari perayaannya yang tersendiri?

Ya – Hari Keju Sedunia jatuh pada 4 Jun, dan Cartoon Network menjemput semua peminatnya untuk turut serta dalam keseronokan bersama Tom and Jerry – dengan tema resipi kek keju tanpa dibakar yang boleh dinikmati seisi keluarga sebagai sebahagian daripada aktiviti pengerat hubungan sewaktu percutian.

Adunkan ia pada waktu pagi dan hasil tangan anda akan sedia untuk dijadikan sajian pencuci mulut enak yang menyeronokkan dan enak untuk Hari Raya, sambutan ulang tahun kelahiran dan banyak lagi acara istimewa.
Selain resipi bertema keju, anda juga boleh memuat turun pek stiker WhatsApp hari Keju Tom and Jerry (Tom and Jerry’s Cheese Day WhatsApp) di https://tomandjerry.cartoonnetworkasia.com. Cartoon Network juga menyediakan video masak bersama untuk membantu mengasah bakat kulinari anda.

Apalah maknanya Tom and Jerry tanpa keju? Selama lebih daripada 80 tahun, keju telah menjadi matlamat utama Tom yang tidak pernah berjaya dalam rutin memburu tikus. Hirisan keju yang terjuntai dari tali, yang diletak di dalam perangkap tikus, benar-benar menjadi kryptonite Jerry. Bagaimanapun, di sebalik keyakinan Tom yang satu hari nanti dia akan berjaya, catatan rekod kegagalan Tom untuk menangkap musuh dalam selimutnya itu memang mengagumkan. Kasihan Tom!

Jadikan ia sebagai cabaran percutian musim panas di rumah anda, bersama dengan lebih daripada 150 aktiviti yang tersedia di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network di www.cartoonnetworkasia.com/bestsummerever.
Terokai juga seksyen Gymsville with Tom and Jerry untuk merangsang jantung anda berdegup kencang dengan video set senaman rahsia Tom supaya anda kekal cergas dan aktif, serta membantu membakar kalori dari kek keju yang enak itu!
Jom cuba resipi Jerry’s No-Bake Cheese Cake!
Raikan Sambutan Tahun Baru Cina Di Restoran Cina Tung Yuen, Mardhiyyah Hotel & Suites

Tahun Baharu Cina atau juga dikenali sebagai Tahun Baharu Lunar membuka tirai tahun arnab pada 22 Januari 2023. Sudah tiba masanya untuk meraikan tradisi khususnya dalam kalangan masyarakat Cina untuk mengadakan jamuan bersama keluarga dan juga rakan-rakan sebagai simbolik perpaduan.
Untuk menjadikannya lebih bermakna, mari raikan detik ini dengan makan malam istimewa di Restoran Cina Tung Yuen.

Bagi memeriahkan perayaan tersebut, Mardhiyyah Hotel & Suites memperkenalkan menu untuk sambutan Tahun Baru Cina 2023, Yee Sang Menu (5 jenis), Pre Chinese New Year Appreciation, Chinese New Year Eve Dinner dan Chinese New Year Prosperity yang disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick.
Hidangan lazat ini boleh didapati di Restoran Cina Tung Yuen, Aras 1 bermula 3 Januari hingga 15 Februari 2023, dari 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengah hari dan 6.30 petang hingga 10 malam untuk makan malam.

Untuk melambangkan nasib yang baik dan kemakmuran, Yee Sang adalah salah satu hidangan tradisional masyarakat Tong Hua dan melambung Yee Sang adalah perlu sebagai permulaan jamuan.
Harganya bermula serendah RM48.00+. Pengunjung boleh memilih daripada lima pilihan mewah iaitu Yee Sang with Lucky Salmon Fish, Colorful Jelly Fish Yee Sang, Prosperity Abalone Yee Sang, Joyful Salmon Fish and Jelly Fish Yee Sang dan Special Vegetarian Yee Sang.

Selain itu, pengunjung boleh menjamu selera bersama keluarga dan rakan pejabat semasa perayaan yang penuh bermakna ini dengan memilih Pre Chinese New Year Appreciation Set.
Terdapat pelbagai jenis set untuk dipilih di Restoran Tung Yuen; antaranya Set A berharga dari RM688.00+ (untuk 5 orang), Set B RM1088.00+ (untuk 10 orang), Set C RM1388.00+ (untuk 10 orang), Set D RM1588.00 (untuk 10 orang) dan Set E RM2088.00+ (untuk 10 orang).

Pengunjung boleh menikmati Lucky Salmon Fish Yee Sang, Braised Dried Seafood Thick Soup with Crab Roll and Dried Fish Maw, Steamed Red Garoupa with Roast Golden Garlic and Abalone Sauce, Double Boiled Black Garlic, Dry Seafood Soup with Chicken and Cordyceps Flower and Duo Roasted Duck Combination (Thai Style Shredded Duck Salad, Duck Meat Roll).

Set ini boleh didapatkan bermula 3 Januari 2023 hingga 20 Januari 2023.
Satu lagi set yang diperkenalkan untuk Tahun Baru Cina ini ialah Chinese New Year Eve Dinner Set yang istimewa. Menu hidangan termasuk Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double-Boiled Chicken Soup with Mushroom, Cordyceps Flower and Black Garlic, Baked Crispy Golden Sand White Shell Prawn with Salted Egg Cream, Steamed Cod Fish with Superior Soya Sauce, Braised Crab Meat Roll with Broccoli, Fried Rice with Three Special Meat and Sun-Dried Oyster, Double-Boiled Black Garlic, Dry Seafood Soup with Chicken and Cordyceps Flower, Roasted Chicken with Black Vinegar Onion Sauce, Baked White Shell Prawn with Honey Ginger and Sesame Sauce, Steamed Red Garoupa with Wood Ear Fungus “Kampong” Style, Braised Baby Abalone’ Fish Maw with Shimenji Mushroom and Broccoli and Steamed Rice with Sun-Dried Oyster and Dry Shrimp.

Harga bermula RM788.00+ (5-6 orang) dan RM 1388.00+ (10 orang).
Sebagai pelengkap kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina, set Chinese New Year Prosperity sesuai untuk perjumpaan keluarga dan syarikat.

Ia mengandungi lima set menu, Prosperity Chinese New Year Good Health & Luck “Loh Sang” berharga dari RM788.00+ (5-6 orang), Prosperity Chinese New Year Joyful and Wealthy “Loh Sang” berharga dari RM1188.00+ (10 orang ), Prosperity Chinese New Year Gong Xi Fa Chai “Loh Sang” berharga daripada RM1488.00+ (10 orang), Prosperity Chinese New Year Self Love & Belief “Loh Sang” berharga daripada RM 1688.00+ (10 orang) dan Prosperity Chinese New Year Good Luck & Happiness “Loh Sang” berharga dari RM2288.00+ (10 orang).

Kami menggalakkan pengunjung membuat tempahan awal dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh layari laman web www.mardhiyyahhotel.com. Semua harga tertakluk kepada 6% SST.

Layari media sosial (Facebook, Instagram, Twitter &Youtube): @mardhiyyahhotel untuk mengetahui promosi-promosi terkini.

