
Hakak baru baik demam… Tekak pahit.. Nak benda sejuk lembut manis… Terjadi la bubur sum sum petang tadi.. Dessert orang lama.. Tp td xsempat sejuk hakak dah makan… Sedap yaaaaa ampun.. 😂😂
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
4 1/2 cawan santan
Secubit garam
(Blender semua bahan)
Cara memasak:
Masukkn dlm periuk, api kecil.
Kacau sampai pekat.
Dah pekat masukkn dlm bekas.
Makan bersama air gula.
credit : Juju Minhad
#mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biskut Keju Super Rangup & Sedap, Sekali Rasa Tak Cukup.

Biarpun tanpa telur dan gula, biskut keju ini sangat sedap dan rangup. Jika anda tidak suka manis, inilah biskut yang wajib anda cuba. Rasa lemak-lemak masin biskut ini menyebabkan anda tidak rasa muak bila makan lebih. Pendek kata boleh layan satu balang ni. Daripada membeli korang yang suka, boleh buat sendiri biskut ini kerana ia sangat mudah membuatanya.
BISKUT KEJU
BAHAN-BAHAN:
300gm mentega (mentega+marjerin)
350gm tepung gandum
50gm tepung jagung
2 sudu makan susu tepung
100gm keju parut
100gm keju parmesan parut
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Keju cheddar parut
CARA MEMBUAT:
- Campur dan ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Ketepikan.
- Pukul mentega sekejap sahaja (sekadar lembut).
- Masukkan keju kedua-dua jenis kej, kacau rata menggunakan senduk kayu.
- Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi, gaul rata menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
- Canai, kemudian terap dengan acuan yang ada suka. Susun dalam loyang pembakar. Sapukan kuning telur dan taburkan parutan keju di atasanya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan kepanasan 125-130C sehingga masak atau biskut berwarna kuning kekemasan.
- Keluarkan dari ketuhar, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
Source rickeindriani_ordinarykitchen
Rebake food_and_passion
Puding Roti Sos Kastard Guna Bekas Cup Cake, Idea Bernas Senang Jamu Tetamu!

Idea bernas dan berinovasi bila jamu tetamu puding roti guna bekas cup cake. Tidak perlu takut jika bekas jadi sememeh kalau buat dalam loyang atau bekas dan menyukarkan tetamu untuk ambil. Sangat mudah bila membakarnya di dalam bekas cup cake. Cuma curahkan sos kustard di dalam cup tu dah boleh makan. Selamat mencuba untuk open house!

RESIPI PUDING ROTI CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:

- 13 keping roti (satu bungkus roti)
- 1 kotak kecil kismis
- *3 cawan fresh milk
- *4 sudu besar gula
- *2 sudu besar mentega
- *2 biji telur
- *1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:


- Satukan bahan-bahan yang bertanda * kedalam besen atau mangkuk besar.
- Kacau bahan tu guna whisk.
- Koyakkan roti dan masukkan semua dalam mangkuk tadi.
- Rendam sekejap roti tadi dan biar ia meresap seketika.
- Sediakan bekas cup cake, dan masukkan bahan tadi ke dalam bekas.
- Taburkan kismis di atasnya..terpulang nak taburkan coklat chip dan sebagainya pun boleh.
- Panaskan dulu oven 200C dalam setengah jam.
- Bakar puding roti dengan sushu 200C selama 50 minit sampai masak. Api atas bawah.
- Sementara menunggu masak boleh buat sos kustard!
SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu cair
- 3/4 cawan air
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
Semua bahan tu masuk dalam periuk dan sentiasa kacau. Pastikan api kecil sahaja dan kacau sampai pekat. Siap!
Kongsi gambar: Cik Lyne
Resipi asal: cikepal06.blogspot.com
Cara Buat Kuih Tako Sagu Jagung Yang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Kuih Tako sememangnya jadi kegemaran ramai di bulan puasa. Pernah cuba Kuih Tako Sagu Jagung? Sama enaknya dengan Kuih Tako biasa tu. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa ketulan jagung menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan ramai. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako Sagu JAgung ni? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek. Pasti menjadi dan puas hati.
CARA MEMBUAT KUIH TAKO SAGU JAGUNG

BAHAN-BAHAN SAGU:
1/2 cawan sagu – beli online disini
2 cawan air
1/2 cawan jagung manis – beli online disini
2 helai pandan – disimpul
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air bersama daun pandan.
2. Masukkan sagu, kacau sebati.
3. Kemudian masukkan jagung. Masak lagi sehingga sagu menjadi jernih.
4. Tuang sagu ke dalam acuan atau kelongsong atau bekas yang bersesuaian.
5. Sejukkan sagu. Ketepikan seketika.

BAHAN KEPALA SANTAN:
250ml santan (dari sebiji kelapa parut)
2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
4 sudu makan gula – beli online disini
1/2 sudu teh garam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Dalam periuk, satukan kesemua bahan hingga sebati. Ttapis jika perlu.
2. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
3. Tuang ke atas adunan sagu tadi dan sejukkan.

4. Kuih Tako Sagu siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

