Bila tengah lapar dapat semangkuk Bubur Jagung memang sedap. Taruh pulak sagu makin sedap dan pekat. Nak lagi sedap guna Gula Melaka atau Nise Kerek. Dah letak gula melaka, tak letak gula pasir pun tak apa, nanti terlebih manis pulak. Resipi perkongsian Nurul Ain Syed Mohd ni ringkas aje memasaknya.Senang sangat dan sedap benar Bubur Jagung ni.

 

RESEPI BUBUR JAGUNG RINGKAS

Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap, Guna Jagung Tongkol Je

BAHAN- BAHAN (Sukatan tengok gambar ) :

  • 3 tongkol jagung
  • Santan
  • Gula (Gula apa pun boleh. empunya resipi guna Gula Melaka atau orang Kelantan panggil ‘Nise Kerek’) beli online disini
  • Sagu (tak letak pun tak apa, jika letak lagi sedap) beli online disini
  • Daun pandan
  • Secubit garam

CARA MEMASAK :

Ads

1. Hiris jagung dan racik kecik. Suka macam ni baru ada “umphh” kerana pati-pati manis jagung tu keluar dan sebati dengan rasa santannya. 

Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap, Guna Jagung Tongkol Je

2. Rebus isi jagung dalam air sampai tenggelam jagung tu.

Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap, Guna Jagung Tongkol Je

3. Masukkan sekali gula, sagu dan daun pandan untuk menaikkan lagi aroma.
4. Apabila sudah mendidih, jagung kelihatan empuk dan sagu teah kembang, masukkan santan. Kacau perlahan. Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap, Guna Jagung Tongkol Je

5. Bubur Jagung wangi semerbak. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba dan menjamu selera!


Kredit foto dan resipi :Nurul Ain Syed Mohd

 

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sambal Ikan Masin Pembuka Selera, Bertambah Nasi Dibuatnya

Resipi Asam Pedas Daging Tetel Ala Melaka, Pekat Merecik Memang Sedap

Cara Masak Inti Sardin Yang Paling Sedap Untuk Buat Sandwic

Ads

Resipi Puding Jagung Lembut Bergedik, Lemak Manis Memang Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI