
Rempah giling memang mempunyai rasa yang sangat enak berbanding serbuk rempah sedia guna yang banyak dijual di pasaran. Aroma serta keaslian rasanya membuatkan hidangan menjadi kegemaran ramai. Nak cuba buat rempah giling untuk masak Gulai Ikan? Saudara Muhamad Farid Omar ada kongsikan resipi perkongsian dari ibunya. Selamat mencuba dan moga bermanfaat.
RESIPI REMPAH GILING HOMEMADE UNTUK MASAK GULAI IKAN

(NOTA: Tiada sukatan tepat. Ibu empunya resipi hanya agak-agak dan ambil sukatan guna tangan sahaja)
BAHAN-BAHAN:
- Rempah biji ( biji ketumbar) – beli online disini
- Jintan manis ( sukatannya mesti lebih banyak dari jintan putih) – beli online disini
- Jintan putih – beli online disini
- Lada hitam – beli online disini
- Cili kering – beli online disini
- Kunyit hidup/segar
- Bawang merah – potong kecil
- Bawang putih
CARA MEMBUAT:
1. Satukan rempah biji, jintan manis, jintan putih, lada hitam dan cili kering.
2. Rendam seketika ( beberapa saat sahaja) di dalam air panas. Tapis dan toskan sampai kering airnya.
3. Untuk proses mengguling, mula-mula, giling dulu kunyit hidup hingga sedikit hancur.
4. Kemudian campur pula bahan-bahan rempah yang direndam dengan air panas tadi. Giling hingga lumat.

5. Bila rempah dah kelihatan lumat, masukkan bawang merah dan vawang putih. Giling sampai bawang lumat dan sebati.

6. Lurutkan sisa rempah pada batu giling dan bulatkan. Sedia digunakan untuk masak Gulai Ikan.


TIP & PETUA:
1. Masa giling, rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
2. Kalau rempah agak kering, boleh titiskan air masa proses giling. Sebab itu kena giling kunyit hidup terlebih dahulu kerana kunyit akan keluarkan air.
3. Teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling. Pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan ke bawah. Kalau betul teknik dia, boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis.
4. Gulai nak rasa sedap, masa akhir sekali, masukkan kepala santan (santan paling pekat dari perahan pertama). Kacau sekejap dan tutup api.
5. Gulai ni kalau masak guna periuk tanah lagi sedap dan aroma rempah sangat best.
Kredit resipi, petua & foto: Muhamad Farid Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom Belajar Masak Singgang Ayam Sayur Bendi. Makan Pula Dengan Nasi Putih & Jangan Lupa Budu Potong Cili Padi

Selalunya kita hanya pernah mendengar singgang ikan dan sebenarnya ayam pun boleh masak singgang. Resipi ini sesuai untuk ibu yang sedang berpantang.
SINGGANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam- dipotong & cuci bersih
- kunyit-dihiris
- lengkuas-dihiris
- halia-dihiris
- bawang putih-dihiris
- serai-diketuk
- bawang merah-dihiris
- cili besar/cili padi- belah tengah
- bendi


CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam sudah dicuci bersih kedalam periuk.

2. Masukkan lengkuas, halia, serai, kunyit, bawang putih, bawang merah

3. Masukkan air sehingga ayam tenggelam.

4. Letakkan periuk diatas dapur dan biar hingga mendidih.

5. Bila kuah mula mendidih boleh masukkan bendi dan cili merah atau cili padi.

6. Masukkan asam keping. Jika suka lebih masam boleh lebihkan dan sebaliknya.

7. Perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa anda.

8. Boleh tutup api bila semua bahan sudah masak dan cukup rasa.

INFO: Kalau suka boleh letak sedikit budu kedalam masakan tapi harus seimbangkan dengan garam sebab budu ada rasa masin.
KREDIT GAMBAR & RESIPI: Popeye Rasta
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/step-by-step-ikan-kerisi-masak-pindang-simple-pedas-menyengat/
Semerbak Wangi Daun Kari Dengan Sambal Tumis Telur Goyang Perghhh! Cair Di Tengah Yang Menggoda
Rahsia Kesedapan Ayam Gunting Terbaik Guna Serbuk Istimewa Dari Keropok Twisties
Wajib Tambah Koleksi Biskut Raya dengan Koleksi Cookies Senang & Sedap Ni.

Bahang Hari Raya semakin terasa, pasti anda sibuk membilang balang biskut raya yang telah ditempah. Kalau tak cukup, tempahan pula sudah ditutup. Jangan risau, berikut RASA kongsikan lima resipi biskut raya yang boleh buat sendiri tanpa acuan pun. Lebih senang. Mudah dan gerenti sedap.

BISKUT CHOCOLATE CRINKLES
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 1/2 cawan gula Kastor
- 1/2 cawan minyak mazolla/ minyak sayuran
- 2 sudu teh esen vanila
- 2 cawan tepung gandum
- 4 biji telur
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh serbuk kopi(serbuk nescafee)
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan gula aising
CARA MEMASAK:
- Masukkan serbuk koko, esen vanila, minyak dan gula ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan telur satu per satu dan terus memukul adunan.
- Satukan tepung gandum bersama baking powder,serbuk kopi, garam dan gaul sebati.
- Masukkan tepung tadi ke dalam adunan dan gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam peti sejuk semalaman.
- Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, bulat-bulatkan adunan dengan menggunakan sudu dan gaulkan dengan gula aising.
- Susun ke dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 170C selama 10-15 minit.

BISKUT BUAH-BUAHAN CAMPURAN
BAHAN-BAHAN:
- 200gm mentega
- 300gm tepung serbaguna
- 150gm gula icing
- 100gm buahan-buahan campuran
- 1 biji kuning telur
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4sudu teh parutan lemon
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dengan gula icing sehingga sebati
- Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
- Masukan tepung, buah-buahan campuran, garam dan parutan lemon.
- Gaul sehingga sebati.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C
- Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Glis dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya.
- Ratakan dan bakar selama 25-30 minit.
- Sejukkan sebentar dan potong mengikut saiz yang disukai.
- Sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT BEBOLA COKLAT URAI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula aising
- 1 1/2 sudu teh serbuk koko
- 3 biji kuning telur
- 1 sudu teh baking powder
- 250gm coklat masakan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati
- Masukkan kuning telur dan pukul sebentar
- Satukan kesemua tepung bersama baking powder dan serbuk koko
- Masukkan kesemua campuran tepung ke dalam adunan dan gaul
- Bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas cawan kertas.
- Bakar pada suhu 150-160 C selama 20-25 minit.Sejukkan.
- Sementara itu potong kecil-kecil coklat masakan dan cairkan mengunakan teknik double boiler.
- Bila kelikatan coklat sedang elok , tuangkan ke dalam setiap doh dan kemudian taburkan coklat urai di atasnya.
- Biarkan coklat mengeras baru sedia dihidangkan atau simpan.

BISKUT NESTUM MADU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1 1/2 cawan tepung serbaguna
- 4 cawan nestum
- 2 cawan coklat urai
- 1 biji telur
- 2 sudu makan madu
- 1 cawan gula perang
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula perang sehingga sebati.
- Masukkan telur. Pukul lagi
- Masukkan madu dan vanila. Gaul sekata.
- Campurkan tepung bersama garam dan soda bikarbonat.
- Tuangkan ke dalam adunan bersama nestum.
- Gaul sebati.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
- Bulat-bulatkan adunan menggunakan sudu.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.

BEBOLA CORNFLAKES PEANUT BUTTER
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan cornflakes
- 1/2 cawan madu
- 1/2 cawan gula castor
- ½ cawan peanut butter
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Campurkan madu bersama gula dan vanila ke dalam periuk dan kacau di atas api sehingga gula cair.
- Masukkan peanut butter dan kacau sebati.
- Tuangkan cornflakes ke dalam adunan dan gaul.
- Bulat-bulatkan adunan
20 Resipi Mudah & Cepat Masak Guna Pemanggang Ajaib

Pemanggang ajaib adalah salah satu alat memasak yang sangat berguna lebih-lebih lagi jika memasak lauk bakar. Namun, bukan itu sahaja, jika nak masak lauk kukus atau kuih muih pun boleh juga. Ada pelbagai resipi kita boleh cuba masak menggunakan pemanggang ni. Fungsinya lebih kurang sahaja macam ketuhar malah lebih mudah kerana menggunakan dapur gas. Jom kita lihat senarai hidangan yang anda boleh hasilkan. Bolehlah cuba tengah hari ni.

1. AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana | dipotong empat
- 2cm lengkuas | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 12 biji bawang merah | dikisar
- 2 sudu makan asam jawa
- Sedikit gula melaka
- 4 sudu makan madu
- 1 sudu makan garam
- 2 sudu makan kicap
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan kisar, asam jawa, gula melaka, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata.
- Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata. Perap ayam selama dua jam.
- Panaskan pemanggang dan letak kepingan aluminium foil. Kemudian susun ayam. Terbalikkan-terbalikkan ayam hingga masak. Anggaran masa antara 15-20 minit.
- Angkat dan nikmati bersama keluarga tercinta.
Info chef: Jika menggunakan ketuhar, masa memasak yang diperlukan adalah antara 20 – 30 minit menggunakan suhu 200C.

2. AYAM PERCIK MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dipotong empat
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 1 batang serai
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil garam
- 2cm halia
BAHAN KUAH PERCIK:
- 3 cawan santan pekat
- 1 batang serai
- 2cm halia
- 5 tangkai cili kering
- 8 ulas bawang merah
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
- Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama lebih kurang satu jam setengah. Lagi lama diperap, lagi terasa keenakan perapannya.
- Untuk menghasilkan kuah percik, kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah hingga halus.
- Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak.
- Perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Panggang ayam di dalam pemanggang hingga hampir masak. Kemudian celup ayam di dalam kuah percik dan panggang lagisehingga garing dan masak sepenuhnya.
- Setelah ayam masak, celupkan sekali lagi ke dalam kuah percik dan sedia untuk dihidangkan.

3. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN UTAMA:
- 4 bahagian paha saiz sederhana (whole leg)
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh gula melaka
- 1 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 10cm halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 1 sudu makan lada hitam
- 1cm kunyit hidup
- 3 biji cili merah
BAHAN KUAH:
- 1 ulas bawang merah | dihiris halus
- 1 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1cm halia | dipotong julliene
- 1 biji cili merah | dipotong serong
- 2 sudu makan madu
- 125ml air asam jawa
CARA MEMASAK:
- Bagi menyediakan kuah ayam panggang, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan halia diikuti madu dan sedikit air asam jawa. Kacau sebati.
- Perasakan dengan garam. Ketepikan seketika.
- Bagi menyediakan ayam panggang halia, gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama. Perapkan ayam selama lebih kurang satu jam setengah.
- Susun ayam dalam pemanggang yang telah disapu minyak masak dan bakar menggunakan api sederhana selama 20 minit atau sehingga ayam kelihatan masak. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos.
Info chef: Untuk memastikan ayam masak, pastikan ketebalan isi ayam sama tebal. Anda juga boleh keluarkan tulang ayam dan masak isinya sahaja.

4. SIAKAP BAKAR PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap
- 1 keping asam gelugur
- 50gm petai
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air
- Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulasa bawang putih
- 2cm kunyit
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 1 batang serai
- 10 biji cili kering
- 2cm belacan
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
- Masukkan air dan asam gelugur. Masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat.
- Letak aluminium foil dan alaskan dengan daun pisang. Sudukan sambal yang dimasak tadi dan ratakan.
- Letak ikan dan sudukan lebihan sambal sehingga rata. Taburkan petai dengan secukupnya.
- Bungkus ikan dengan kemas dan bakar dalam pemanggang ajaib selama 30 minit atau sehingga masak. Terbalikkan agar masak sekata.
- Angkat dan nikmati bersama nasi putih.
Info chef: Ikan hendaklah disiang dan dibelah belakangnya. Perapkan bersama 1 sudu makan serbuk kunyit dan 1/2 sudu teh garam.

5. KETUKA BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan ketuka
- 3 ulas bawang merah
- 3 batang serai
- 5cm kunyit
- 25 biji cili kering
- 4cm halia
- 2 helai daun kunyit | diracik halus
- Sedikit udang kering
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sebati dan padamkan api. Bahagikan sos kepada dua bahagian.
- Untuk menyediakannya, alas aluminium foil dengan daun pisang dan letakkan sebahagian sambal diikuti ikan ketuka diatasnya.
- Kemudian letakkan lebihan sambal. Ratakan.
- Kemaskan aluminium foil dan bakar dalam pemanggang dengan api perlahan sehingga masak.
Info chef: Jika guna ikan pari, potong isi ikan dengan nipis agar mudah masak. Untuk rasa lebih enak, perah jus limau kasturi sebelum dinikmati.

6. KUIH BAKAR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung jagung
- 170gm gula pasir
- 200ml santan pekat
- 25gm tepung kastard
- 350ml air
- 2 sudu makan mentega
- 4 biji telur
- 1 tin jagung manis
- Sedikit bijan
- Pewarna kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam pengisar.
- Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
- Oles pemanggang menggunakan mentaga dan panaskan seketika.
- Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di permukaan adunan dengan secukupnya.
- Bakar selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan. Guna api kecil sahaja.
- Sedia untuk dinikmati.
- Jika guna ketuhar, masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di atas api sehingga mentega cair.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan.
- Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.
Info chef: Jika guna ketuhar, untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak, pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.

7. KUIH BAKAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 375gm tepung gandum
- 720ml santan cair
- 720ml air
- 5 biji telur
- 350gm daging kisar
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 biji cili merah | dihiris
- 1 biji bawang besar | dimayang
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu besar minyak masak
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
- Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
- Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
- Oles sedikit minyak pada pemanggangdan panaskan dengan api perlahan.
- Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 pemanggang.Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili. Tutup pemanggang.
- Masak sehingga kuih kelihatan garing dan masak sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.
- Jika bakar menggunakan ketuhar, isi adunan ke dalam acuan, masukkan intu dan masak diatas dapur seketika.
- Setelah kuih kelihatan garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.

8. PAIS DAGING
BAHAN-BAHAN A:
- 30gm daging | cincang kasar
- 3 sudu air asam jawa
- ½ cawan santan pekat
- 1 helai daun kunyit |dihiris
- Garam dan gula secukupnya
- Daun pisang secukupnya
BAHAN B (KISAR KERING):
- 5 tangkai cili kering |kisar kering
- 1cm halia
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1/2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan bahan A selama ½ jam.
- Masukkan bahan B dan perap lagi selama ½ jam.
- Bungkus di dalam daun pisang.
- Bakar di dalam pemanggang ajaib hingga masak sepenuhnya.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan.

9. SIAKAP STIM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap |bersihkan
- 100gm cendawan tiram |carik kasar
- 100gm lada benggala |potong
- 40gm bawang besar |belah enam
- 5 ulas bawang putih |belah dua
- 2 inci halia |hiris halus
- 50ml sos ikan
- 5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
- 100ml kicap cair
- 10gm cili padi |hiris halus
- 5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK:
- Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut. Jangan terlalu kemas. Biarkan ada ruang sedikit.
- Kemudian masukkan ikan ke dalam pemanggang ajaib. Masukkan air anggaran satu cawan. Tutup pemanggang dan buka api.
- Kukus ikan tadi selama 15 minit atau lebih bergantung pada saiz ikan.
- Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.

10. PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur masin
- 1 biji telur biasa
- Sedikit hirisan daun kunyit
- Sedikit hirisan daun limau purut
- Sedikit hirisan serai
- 2 sudu makan santan pekat
- Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Sediakan daun pisang dan bentukkan seperti mangkuk.
- Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
- Kemudian pecah dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
- Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
- Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
- Masukkan ke dalam pemanggang ajaib yang telah dialas dengan aluminium foil, tuang sedikit air dan kukus kira-kira 5 minit atau hingga air kering.
- Kemudian teruskan membakar (tanpa air dalam pemanggang) sekitar 5 minit lagi.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini tidak perlu tambah garam kerana telur masin sudah sedia masin.

11. AYAM BAKAR BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | belah empat
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan sos soya pekat
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan air asam jawa
- 8 biji bawang merah | kisar
- 5 biji bawang putih | kisar
- 2 biji buah keras | kisar
- 1 batang serai | kisar
- 2cm halia | kisar
- Minyak untuk menumis secukupnya
- Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam pemanggang selama 20-25 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan. Api jangan terlalu besar kerana dikhuatiri ayam akan hangus diluar tetapi di dalamnya tidak masak.
- Untuk membuat kuahnya; Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
- Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula mengikut cita rasa.
- Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan hidang. Tuang kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.

12. CENCARU BELAH BELAKANG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 ekor ikan cencaru | belah bahagian belakang
- ½ biji kelapa parut | ambil putihnya
- 4 biji cili merah | tumbuk
- 6 biji bawang merah | tumbuk
- 4 biji bawang putih | tumbuk
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya
- Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan.
- Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan tumbuk dengan air asam, kelapa parut dan serai. Gaul rata.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Sendukkan campuran kelapa ke dalam ikan dan balut dengan daun pandan.
- Bakar hingga ikan masak. Lapik dengan aluminium foil di dasar pemanggang jika perlu.Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga dimakan bersama dengan sambal kicap jika suka.

13. DAGING BAKAR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging
- Garam dan lada sulah secukupnya
Bahan-bahan B (air asam):
- 300ml air asam
- 6 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 3cm belacan bakar
- 1 biji tomato | cincang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan lada sulah pada daging dan perap selama setengah jam atau lebih.
- Bakar daging di dalam pemanggang hingga masak dan hiris nipis-nipis. Ketepikan.
- Sementara itu; cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk lumat.
- Satukan bahan tumbuk dengan tomato, bawang besar, kerisik, air asam, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
- Tuang air asam ke atas hirisan daging bakar dan sedia dihidangkan.

14. IKAN BAKAR DENGAN KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 1 –2 ekor ikan cencaru/senangin/kembung
- ½ biji kelapa parut – sangai
- Daun Pisang/aluminium foil secukupnya
- Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):
- 250ml air asam jawa
- 1 biji tomato | cincang halus
- 1 biji bawang besar | mayang halus
- 1 biji cili merah | mayang halus
- 3 biji cili padi | hiris nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Letakkan ikan di dalam daun pisang/aluminium foil, tabur kelapa sangai dan kemaskan balutan. Bakar di atas pemanggang ajaib hingga masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat pencicah: satukan semua bahan di dalam mangkuk. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan sedikit gula secukup rasa.
- Hidangkan ikan bakar dengan pencicah.
Info chef: Jika tidak suka pedas, tidak perlu masukkan cili padi.

15. IKAN LIKING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan kembung | belah belakang
- 8 biji bawang merah | mayang halus
- 4 biji bawang putih | mayang halus
- 2 sudu makan air asam jawa
- 2 sudu makan cili kisar
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan bawang merah, bawang putih, air asam jawa dan cili kisar di dalam mangkuk. Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul rata (jadikan pes).
- Sumbatkan bahan-bahan pes tadi ke dalam ikan yang dibelah di bahagian belakang.
- Lumur lebihan pes ke atas ikan. Bakar ikan hingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya perap ikan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dibakar. Ia akan menjadi lebih sedap.
16. KAMBING BAKAR LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 keping kambing (bahagian rusuk/bahu)
- 1 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh madu
- Daun rosemary segar | cincang halus
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur kambing dengan semua bahan dan perap selama sejam atau semalaman.
- Panaskan pemanggang dan bakar kambing hingga masak.
- Hidangkan bersama sos pilihan
Info chef: Boleh juga dihidangkan dengan perahan lemon.

17. SOTONG BAKAR PAPRIKA
BAHAN-BAHAN:
- 6-8 ekor sotong saiz besar
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk hitam
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus. Jika gun sotong saiz sederhana, tidak perlu kelar.
- Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Panaskan pemanggang ajaib dan susun sotong. Bakar hingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.

18. TAUHU BAKAR BERSOS CILI
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping tauhu | potong dua
- 2 biji cili merah | tumbuk lumat
- 3 biji bawang putih | tumbuk lumat
- 3cm halia muda | tumbuk lumat
- 1 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan sos tomato
- Daun bawang secukupnya – dicincang
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tauhu dilumur sedikit garam dan bakar di dalam pemanggang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
- Tuang sos tomato, sos cili Thai dan sedikit air. Didihkan.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Tuang campuran sos ke atas tauhu bakar dan tabur cincangan daun bawang.
- Sedia dihidangkan.

19. TERUNG DAN BENDI BAKAR BERSAMA PENCICAH
BAHAN-BAHAN A:
- 3 biji terung panjang | belah dua
- 6 biji kacang bendi
- Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN B (PENCICAH):
- 1 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan air asam jawa
- 5 biji bawang putih | cincang halus
- 1biji bawang besar | dadu kecil
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada terung dan bendi. Bakar di dalam pemanggang ajaib hingga masak. Ketepikan.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan bawang besar, sos cili Thai, sos tomato dan air asam. Didihkan hingga pekat.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Susun terung dan bendi bakar di dalam pinggan. Tuang kuah pencicah dan hidangkan.

20. UDANG PERISA TOMYAM BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor udang saiz sederhana | bersih dan buang kulit
- 2 helai daun limau purut | mayang halus
- 2 batang serai | hiris halus
- 1 biji bawang besar | mayang halus
- 2 biji cili merah | cincang halus
- 3 biji bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan pes tomyam
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun pisang/aluminium foil secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan pes tomyam, bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut, garam dan gula secukupnya di dalam mangkuk. Gaul sebati.
- Masukkan udang dan gaul rata.
- Senduk campuran udang ke dalam daun pisang/aluminium foil dan balut kemas.
- Bakar dalam pemanggang hingga udang masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jangan bakar sehingga udang terlalu lembik.

