Ini adalah cara masak gaya Negeri Sembilan. SuiSan Aliezsha melalui facebook telah berkongsi resipi masak lemak cili api jantung pisang dan pucuk ubi. Memang nampak menyelerakan sungguh apabila makan nasi panas dengan lauk ini bersama ikan goreng. Sedap sungguh.
Gunakan jantung pisang nipah kerana jantung pisang nipah tidak kelat dan tidak pahit. Sedap juga kalau direbus dan dimakan cecah dengan budu atau sambal belacan.
BAHAN-BAHAN
1 biji jantung pisang
Semangkuk air
3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang)
Garam secukup rasa
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 1/2 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)
Segenggam ikan bilis
Pucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan)
2 keping asam keping untuk memasak
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang.
2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini.
3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus.
4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih.
5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut.
6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api.
Kredit Resipi: SuiSan Aliezsha