Mee Hailam memang enak dinikmati dan menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Saudari Mariana Zainalbermurah hati berkongsi resipi Mee Hailam kegemaran anak-anaknya. Menurut beliau, resipi ini cukup untuk 10-12 orang makan. Boleh makan berulang-ulang. Pasti puas hati. Jom cuba!
RESIPI MEE HAILAM / MI HAILAM SEDAP & MUDAH
Ads
BAHAN-BAHAN KISAR: 10 tangkai cili kering (belah tengah buang bijinya rendam dengan air panas sekejap) – beli online disini 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih – beli online disini (kisar halus semua bahan ini dengan sedikit air)
BAHAN-BAHAN LAIN: 2 senduk minyak untuk menumis 1/2 cawan kicap manis (empunya resipi sukat guna cawan kopi) – beli online disini 1/4 cawan kicap masin – beli online disini 6 sudu makan sos tiram – beli online disini 2 sudu makan sos cili – beli online disini Sedikit bahan perasa 1 jug air atau 2 liter air (untuk kuah) 5 biji telur 3 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air) – beli online disini 1 batang lobak merah – dipotong 1 peket putik jagung – potong serong 2 biji tomato – dibelah 4 Sedikit ayam – potong kecil Sedikit udang atau sotong – tak letak pun tak apa tapi kuah jadi lebih sedap Bebola ikan – jika suka
BAHAN SAMPINGAN: Mi kuning – celur sekejap dan toskan Sawi – celur hingga lembut Cili padi – potong
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan elok garing. 2. Masukkan sedikit bahan perasa. 3. Masukkan juga sos cili, sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Kacau sekejap. 4. Masukkan ayam. Kacau sekejap dan masukkan air. 5. Apabila kuah mendidih, masukkan lobak merah dan putik jagung. Biar dalam 1-2 minit barulah masukkan udang, sotong, bebola ikan dan tomato. 6. Masukkan juga bancuhan tepung jagung. Biarkan mendidih ganas dan pecahkan telur. Jangan kacau. 7. Biarkan telur masak seketika. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.
8. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam atau hanya renjiskan kicap masin. 9. Mee Hailam sedia untuk dinikmati.
Anda penggemar pai, ini menu pai yang sedap sangat gabungan buah-buahan dan bijirin oat yang sangat sedap dan sihat, sesuai untuk anda yang ada diabetes atau sedang berdiet. Cara membuatnya pun mudah. Jangan tunggu lagi jom cuba.
PAI BUAH –BUAHAN BERSAMA BIJIRIN OAT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Isian:
1 biji epal hijau | dadu
6 biji strawberi | dadu
100gm buah blueberi segar – dadu
2 sudu makan gula
Bahan Toping:
150gm kepingan oat
100gm mentega
50gm tepung gandum
135gm gula perang
Sedikit serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
Dalam satu mangkuk, campurkan semua buah yang telah dipotong dadu.
Campurkan bersama gula dan digaul rata.
Masukkan buah tadi ke dalam mangkuk cosserole kecil.
Untuk toping pula, gaul semua bahan hingga rata dan latakkan di atas buah tadi
Tutup keseluruhan permukaan dan bakar pai pada suhu 180C selama 30 minit.
Dapatkan bijirin dan kekacang organik di Love Earth
Jika ada menu pembuka selera yang kena dengan tekak, memang bertambah nasi dibuatnya. Sambal ketuk ikan bilis bersama cili padi dan belimbing buluh merupakan antara menu ringkas yang mampu membuka selera kita. Gabungan rasa pedas, masam dan manis ini memang sedap, lagi-lagi dimakan bersama nasi panas.
RESIPI SAMBAL KETUK IKAN BILIS BERSAMA CILI PADI & BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Cili padi merah
Cili hijau
Cili merah
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Ikan bilis – direndam dan ditoskan
Stok ikan bilis
Sedikit gula
Belimbing buluh – dihiris halus
CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng semua bahan dengan sedikit minyak sehingga kekuningan. Jangan goreng ikan bilis sehingga rangup.
2. Tumbuk lumat bahan-bahan yang digoreng tadi dan tambah sedikit gula.
3. Kemudian, masukkan belimbing dan tumbuk kasar belimbing tersebut.
Bayam merah kaya dengan pelbagai vitamin yang bagus untuk badan. Jika anda memasak menu ini, elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
BAHAN-BAHAN:
1 ikat bayam merah | dibersihkan
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 hiris halia
Garam secukup rasa
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.