
Apa menu tengah hari anda? Kalau belum terfikir nak masak apa bolehlah masak tempoyak ikan patin. Masakan ni ikut cara asli dari Pahang.
Tempoyak ikan patin
Bahan-bahan:
Cili
Kunyit
Daun kesom
Tempoyak
(tidak menggunakan bawang,serai,bunga kantan dan bawang putih)
Cara memasak:
1.Tumbuk cili dengan kunyit ikut kepedasan masing-masing.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan,daun kesum, tempoyak(ikut kepekatan yang korang suka) ,timun tua nak letak atau tidak ikut suka juga.
3.Masukkan cili dan kunyit yang dah tumbuk lumat.
4.Masukkan air,masak hingga mendidih.Perasakan secukup rasa.
5.Untuk resipi ni masukkan ikan yang bersesuaian(patin,talapia,kembung,kerisi,tenggiri),ayam, tulang pun boleh juga.
Kredit: Ieda Ida
Resipi Scone Cara Mudah, Buat Banyak Boleh Simpan Dalam Freezer
Resipi Asam Pedas Daging Tetel Ala Melaka, Pekat Merecik Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Sendiri Serbuk Pati Bilis Untuk Makanan Bayi.

Bagi yang ada anak kecil, pasti anda seronok menyediakan pelbagai jenis sajian berkhasiat untuk mereka. Namun, makanan untuk si kecil tidak seperti orang dewasa. Sajian mereka mestilah kurang garam, gula dan minyak. Oleh itu, untuk memberikan sedikit rasa pada sajian si manja, anda boleh hasilkan serbuk pati ikan bilis secara homemade. Jom lihat cara-caranya yang dikongsi dari blog lobaksusue.blogspot.my ini.
SERBUK PATI IKAN BILIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis secukupnya | dibersihkan dan dibuang tulang
CARA-CARA:
- Rendam ikan bilis di dalam air selama 4 jam. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa masin.
2. Toskan air dan sejatkan.
3. Sangai ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.
4. Kisar ikan bilis sangai tadi menggunakan mesin kisar hingga halus.
5. Simpan dalam bekas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesuai dijadikan bahan perasa untuk makanan bayi anda seperti bubur dan sup.
Kredit resipi & foto: http://lobaksusue.blogspot.my/2015/10/resepi-untuk-bayi-homemade-serbuk-ikan.html
Resipi Ikan Selayang Rebus Goreng, Bau Sedap Buat Ramai Terliur!

Ikan rebus goreng. Lauk kampung yang ringkas namun sangat enak dan membuka selera. Goreng garing-garing dan nikmatinya segera bersama nasi putih hangat. Dicicah dengan budu, sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi berselera dimakan. Baunya ketika digoreng sangat menggugat iman. Harum! Isi ikan yang pejal dan wangi, rasa manis, masam dan masin yang seimbang, memang tak jemu dimakan. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom lah cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN SELAYANG REBUS YANG SEDAP, TAK HANYIR & PEJAL
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan selayang / sardin – disiang dan dibersih
1 sudu besar garam bukit – beli online disini
1 senduk cuka – beli online disini
1 keping asam gelugur – beli online disini
1 keping kecil nise Kelantan atau gula melaka – beli online disini
1-2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 helai daun pandan
Dapatkan COOWIN DETACHABLE MARBLE COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Ikan selayang atau ikan sardin disiang dan dibersih.
2. Kemudian susun ikan dalam periuk.
3. Taburkan garam bukit dengan rata di atas ikan.
4. Masukkan cuka dan asam gelugur. Ia adalah tip untuk membuatkan isi ikan menjadi pejal.
5. Tidak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan sendiri sewaktu dimasak nanti.
6. Untuk memberikan rasa ikan yang manis dan sedap, patahkan nise kelatantan atau gula melaka.
7. Masukkan juga hirisan lengkuas, halia dan daun pandan. Ia adalah rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
8. Rebus ikan guna api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
9. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan lebihan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
10. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
11. Ikan Rebus sedia untuk dinikmati. Untuk rasa lebih sedap, ia boleh digoreng. Caranya ialah, panaskan minyak dalam kuali.
12. Masukkan ikan rebus dan goreng hingga garing guna api sederhana.
13. Tambahkan hirisan bawang dan cili untuk rasa enak yang lebih nikmat. Boleh cuba cicah dengan budu. Ikan rebus goreng ini juga enak dimakan bersama Pulut yang digaul dengan kelapa muda.
PETUA: Ketika menggoreng ikan rebus, minyak akan meletup-letup. Tutup kuali guna penutup periuk untuk mengelakkan minyak merecik.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Biskut Kudap-Kudap
Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Cara Siang Ikan Siakap, Cubalah Resipi Ikan Siakap Masak Asam Ni.

Ikan siakap tulangnya keras. Kalau nak sedap makan elok dibuang tulangnya dahulu. Tulang ikan siakap ni besar dan keras, kalau dah tak de tulangnya taklah kita bimbang anak-anak tercekik tulang.
Ni RASA kongsikan cara-cara membuang tulang ikan siakap dengan teknik yang betul. Perkongsian dari laman dapurkakyah. blogspot.com.
1. Menggunakan pisau yang tajam, rapatkan mata pisau di sebelah atas tulang utama ikan dan potong memanjang sepanjang atas tulang ikan tersebut(pastikan jangan sampai terbelah belakangnya)
2. Proses yang sama, lakukan cara yang sama untuk bahagian tulang di sebelah bawah pula(untuk memudahkan ubah kedudukan ikan tersebut..lihat kedudukan kepala ikan untuk gambar atas dan yang ini.
3. Menggunakan gunting khas(guna pisau pun boleh..) potong bahagian bawah tulang utama tersebut.
4. Lakukan cara yang sama untuk bahagian atas tulang tersebut
5.Tarik tulang tersebut..kalau susah untuk tanggal gunakan gunting untuk menanggalkan bahagian yang melekat tersebut.
6. Mudahkan dah pun boleh tertanggal kesemua tulang yang memanjang tersebut.
7.Menggunakan alat mencabut tulang guna playar(plier)…guna pisau pun boleh tapi berhati-hati jangan terkena jari.Selepas itu pastikan tulang-tulang dibuang kesemuanya.
8. Akhirnya menggunakan gunting atau pisau potong ekor, sirip dan apa-apa yang patut..
Dan bersihkan dengan melumur dengan asam jawa dan cuci dengan air bersih akhirnya…
Haa..ikan dah pun siang, ni min kongsikan resipi Ikan Siakap Masak Asam.. Elok juga untuk orang berdiet. Sempena hari kemerdekaan ini best jugak kalau mencuba hidangan Cina tau. Bolehlah cuba…
MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
- 100 gm bawang putih
- 100 gm bawang besar
- 50 gm Serai
- 100 gm Lada Merah
- 150 gm Cili Boh
- 5 keping asam keping
- 50 gm Asam Jawa
- 50 gm Air Limau Nipis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Bahan-bahan ikut citarasa ( dipotong kasar & digoreng sekejap saja):
- Kacang Panjang
- Kacang Bendi
- Tomato
- Bawang Besar
- Lada Merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi menjadi kuning
2. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa & garam secukup rasa
3. Campur sedikit air jika rasa agak kering.
4. Masukkan Ikan siakap yang di kukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
5. Siap untuk dihidangkan.
Kredit : dapurkakyah.blogspot.com