Varuval tu maksudnya garing..haa terjadilah ayam masak garing yang sungguh lazat ini. Masakan India ini antara sajian popular di kalangan masyarakat India. Orang Melayu pun gerenti suka lah.
Ni Deepavali dah makin dekat, jom kita cuba resipi ni, boleh beri kejutan pada rakan India korang.Jom ikut langkah memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Kalaivani a/p Krishnasamy ini.
AYAM VARUVAL
BAHAN PERAP:
1/2 ekor Ayam
Halia
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
CARA MEMASAK:
Ads
1. Perap ayam dengan semua bahan perapan
2. Perap ayam dalam satu jam. Kemudian boleh goreng macam biasa dalam minyak yang banyak (deep fry)
BAHAN VARUVAL:
4 sudu besar jintan manis
15 ulas bawang putih
Daun kari
Cili kering
3 biji bawang besar
Halia-ditumbuk halus
1 biji tomato
3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar
CARA MEMASAK:
Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.
2 Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.
4. Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.
Ads
5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit
6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi jintan manis, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul hingga sebati.
7. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi jika perlu tambah bahan perasa.
Ads
8. Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.
Biasanya kalau buat bihun goreng kalau ada tambahan bebola ayam lagi tambah sedapnya. Selalu beli di kedai, nak jimat dan puas makan bolehlah buat sendiri. Mudah membuatnya dan terjamin kebersihan.
Di hari-hari bekerja menu kalau boleh semuanya menu nak ringkas tapi hasilnya nak sedap dan boleh membuka selera. Pilihan terbaik adalah menu yang bergoreng atau bertumis yang boleh dihidangakan segera dan dimakan panas-panas. Lagi sedap kalau pedas sedikit. Satu lauk pun sudah cukup. Tak percaya korang cuba tiga menu ayam yang ringkas ini tapi hasilnya terbaik.
AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
2 batang serai | titik
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos.
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, tutup api.
Ayam kicap sedia dihidangkan.
AYAM SERUNDING SERBUK ROTI
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
1/2 cawan serbuk roti
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
6 ulas bawang putih | cincang halus
8 biji cili padi hiris halus
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
2 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.
Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.
Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.
Masukkan ayam dan tutup api.
Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.
AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
150gm biji gajus
2 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1/2 bji bawang Holland | dadu besar
5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus memanjang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.