Sesekali ubah selera dengan masakan barat yang lengakap dengan protien makanan yang seimbang. Hidangan sihat spageti olio dengan tambahan dada ayam yang dipanggang dengan herba campuran yang enak.
SPAGETI OLIO GRILLED CHICKEN
SPAGETI OLIO
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus spageti
garam
minyak zaitun
CARA MEMASAK:
Spageti rebus dengan air yang sudah mendidih yang sudah di masukkan sedikit garam dan minyak zaitun.
INFO:
Ads
Untuk tahu spageti sudah lembut ke atau tidak. Patahkan sedikit spageti kalau tengah masih ada warna putih maksudnya tidak masak lagi.
Kalau sudah lembut toskan dan gaul minyak zaitun sekali lagi supaya tidak melekat.
BAHAN TUMIS:
5-6 ulas bawang putih
1 labu besar bawang holland-dipotong dadu
Minyak zaitun
Tomato ceri-potong dua
Lada benggala (merah, kuning dan hijau)-potong dadu
Cendawan shitake- hiris memanjang
Daun ketumbar
Cili kering atau cili padi-hiris menyerong
Chili flakes
Mixed herbs
Garam
Gula
Lada hitam- ditumbuk kasar
Lemon
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau, layu dan sedikit perang. Bawag yang garing jadikan masakan tahan lama dan susah basi.
Masukkan chilli flakes, black pepper dan cendawan.
Bila cendawan sudah lembut masuk spageti yang sudah direbus tadi.
Selepas itu masukkan lada benggala dan tomato. Sudah layu sedikit masuk garam dan mixed herbs. Sesuaikan rasa.
Tutup api. Tabur daun ketumbar. Perah sedikit lemon. Gaul sebati dan siap.
INFO: Kalau kering masa hendak hidangkan itu boleh gaul dengan sedikit minyak zaitun.
Ads
AYAM GRILLED BLACK PAPER
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam (bahagian dada)
Garam
Mixed herbs
Lada hitam – ditumbuk kasar
Daun ketumbar – di potong kasar
CARA MEMASAK:
Ads
Kelar-kelar isi ayam dan perpakan dengan garam, serbuk persa, mixed herbs, lada hitam, perahan jus lemon dan daun ketumbar. Kacau rata.
Balut dalam plastik kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk (chiller). Lebih elok perapkan semalaman atau 1 hingga 2 jam.
Boleh panggang ayam guna pemanggang ajaib atau oven.
Ayam yang siap dibakar boleh dipotong keciil dan tabur atas spageti.
Hidangan lauk pauk yang sedap dan mudah dimasak tentunya menjadi pilihan para ibu terutamanya di hari cuti Merdeka begini. Selain enak dan menyelerakan, sajian sebegini amat senang disediakan serta menjimatkan masa di dapur lebih-lebih lagi di hari yang terlalu banyak urusan untuk diselesaikan. Sajian lauk pauk sebegini juga sangat sesuai bagi kaum ibu yang gemarkan hidangan yang ringkas dan juga berkhasiat buat keluarga.
RESIPI LAUK PAUK SEDAP & MUDAH MASAK SEMPENA HARI MERDEKA
1. AYAM GORENG BBQ
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam | dibersihkan
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh herba parsli
1 sudu teh serbuk stok ayam
2 sudu makan minyak masak
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk besar, satukan sos tiram, sos tomato, madu, lada, herba parsli, stok ayam dan minyak masak. Kacau sehingga sebati. Tambah garam mengikut cita rasa anda.
Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama satu jam.
Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.
Sedia untuk dihidangkan sebagai menu cuti hari merdeka.
2. KERANG GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
500gm kerang | dibersihkan
5 ulas bawang putih | diketuk
2 batang serai
50ml kicap masin
250ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang sebgai menu cuti hari merdeka.
Info chef: Cuba rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam kerana kicap telah memberikan rasa masin. Tambah gula jika perlu.
3. LALA GORENG CILI API
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 sudu makan sos tiram
50ml air
1 batang bunga kantan
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
Masukkan cili padi dan bunga kantan. Tumis sehingga wangi.
Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.
Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.
Sedia untuk dihidangkan.
4. SOTONG NESTUM
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | dibersihkan
60gm tepung gandum
3 ulas bawang putih | dicincang halus
100gm nestum
50ml susu pekat
50ml susu cair
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu makan mentega
Sedikit minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sotong digaul dengan tepung dan sedikit garam lalu di goreng separuh masak. Ketepikan.
Tumis bawang putih dengan mentega sehingga garing kekuningan.
Masukkan susu cair, susu pekat dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan sotong dan nestum. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidang sebagai menu cuti hari merdeka.
Info chef: Kurangkan jumlah susu pekat jika kurang menggemari hidangan yang sedikit manis.
5. DAGING GORENG UBI KENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
2 biji ubi kentang | dipotong dan digoreng separuh masak
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk kari
2 ulas bawang putih | dihiris
Sedikit minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
125ml air
CARA MEMASAK:
Masukkan daging ke dalam periuk dan rebus menngunakan api kecil selama 20 minit. Sejukkan daging seketika.
Hiris daging nipis-nipis dan lumurkan dengan campuran serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Perap seketika.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan daging. Goreng hingga separuh masak lalu masukkan air dan juga ubi kentang.
Ubah suai rasa mengikut cita rasa anda dan menu ini sedia untuk dihidangkan sempena cuti hari merdeka.
Info chef: Jika menggunakan daging bahagian lain, pastikan anda merebus lebih lama bagi mendapatkan tekstur daging yang empuk.
6. CENDAWAN TOFU GORENG
BAHAN-BAHAN:
3 paket tofu jepun | dipotong bulat
1 paket cendawan shintake | dihiris
1 paket cendawan inoki
1 paket cendawan shimeiji
3 ulas bawang putih | dihiris
2 sudu makan sos tiram
2 biji cili padi
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih menggunakan sedikit minyak sehingga wangi.
Kemudian goreng tofu jepun sehingga hampir masak dan berwarna kekuningan.
Masukkan kesemua cendawan dan masak sehingga sedikit layu.
Tambahkan sos tiram, sedikit air dan cili padi. Reneh sehingga cendawan masak.
Angkat dan hidangkan segera.
Info chef: Hidangan ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram telah memberikan rasa masin pada masakan.
7. PUCUK MANIS TELUR GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis
3 ulas bawang putih | diketuk kasar
2 biji telur
1 sudu teh stok ayam
Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Pecahkan telur dan perasakan dengan stok ayam dan juga serbuk lada hitam. Pukul sedikit hingga rata.
Masukkan bancuhan telur ke dalam kuali. Kacau dengan cepat dan masukkan pucuk manis.
Masak seketika dan tambah bahan perasa jika perlu.
Sedia untuk dinikmati sebagai menu sempena cuti hari merdeka.
Info chef: Tambah sedikit air jika sukakan sayur goreng yang sedikit berkuah.
8. TELUR HANCUR PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam | dipukul
2 biji peria katak | dihiris nipis
3 ulas bawang putih | dihiris
3 biji bawang merah | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga garing.
Kemudian masukkan peria dan gaul sehingga separuh masak.
Setelah itu tuangkan telur dan gaul lagi sehingga semua bahan kelihatan sebati.
Perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa.
Angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.
Info chef: Rendam hirisan peria di dalam air garam selama 10 minit bagi mengurangkan rasa pahit.
9. NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – rebus empuk
1kg beras basmathi – cuci & tos
1.5kg air
1/2 tin susu cair
2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
1 kiub pati daging
1 helai daun pandan
2 biji tomato – belah empat
Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN AIR ASAM:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
30gm belacan
Sedikit ikan bilis
Sedikit gula
Garam jika perlu
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 sudu makan kerisik
1 cawan air rebusan daging
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi. 2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak. 3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan. 4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa. 5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. 6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata. 7. Hidangkan bersama nasi daging.
10. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL – bersihkan
1 cekak daun selom – celur seketika
700ml santan
1 keping asam gelugur
3 batang serai – titik
1 helai daun kunyit – hiris
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan. 2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan. 3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api. 4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta menu ini sedia untuk dihidangkan sempena cuti hari merdeka.
11. SATE DAGING GORENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris kecil & nipis
200gm kacang tanah – sangai & kisar
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
4 batang serai
2cm lengkuas
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
CARA MEMASAK: 1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya. 2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati. 3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk. 4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika. 5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak. 6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya. 7. Sedia untuk dihidangkan.
12. KARI IKAN BAWAL MAS
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
200ml santan
½ cawan air asam
3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ½ sudu makan rempah penumis
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
3 biji bendi – potong dua
1 biji cili merah – belah dua
1 biji cili hijau – belah dua
1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi. 2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api. 3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa. 4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih. 5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah 2-3 minit, tutup api dan hidangkan segera sebagai menu cuti hari merdeka.
Bukan senang nak jumpa hidangan kerabu maggi yang sama seperti kita makan di negara jiran, Thailand. Lebih-lebih lagi musim PKP sekarang ini, lagilah tak boleh nak merentas sempadan.
Nah, perkongsian resipi daripada Cik Wan Kitchen ini pasti dapat mengubat rindu untuk merasa juadah kerabu maggi ala Thailand.
Apatah lagi, bahan-bahan untuk membuatnya sangat senang untuk didapati. Jom kita penuhi selera walaupun hanya berada di rumah!
1 biji buah tomato | dihiris – beli online di sini
1/2 labu bawang besar Holland – beli online di sini
Sejengkal batang saleri
Segenggam daun ketumbar
1 biji cili merah besar
1 sudu sos ikan (jika suka) – beli online di sini
1 sudu air asam limau (jika suka)
2 paket rempah maggie siam (yang ada dalam paket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).
BAHAN LAUK:
Sotong
Udang
Fish cake
Crab stick
Fish ball
CARA-CARA:
1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan maggi segera.
2. Masukkan 1 paket rempah maggi segera. Tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan udang, sotong, kemudian diikuti dengan fish cake (hanya sekejap sahaja, rebus secara berasingan).
4. Keluarkan udang, sotong.
5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan maggi segera.
6. Apabila sudah lembut, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang kerana digunakan untuk dicampurkan dengan kerabu.
7. Masukkan kesemua bahan dan juga air rebusan di dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga semuanya sekata. Siap untuk dihidang!
Suka makan mi? Jom belajar cara-cara menyediakan hidangan ini secara homemade. Bagi yang belum pernah cuba, percayalah, masakan homemade ni memang rasa sangat lain dari yang lain. Rasanya lebih segar, sedap malah lebih diyakini dari sudut kebersihan. Malah lebih jimat berbanding dengan yang dibeli. Anda teringin nak cuba buat misendiri? Jom cuba resipi step by step perkongsian Chef Sue M Arukin ni. Hanya perlukan empat bahan asas sahaja. Mudah dan berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT HOMEMADE FLAT NOODLES
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung gandum
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya (kena pandai agak semasa menguli)
CARA MEMBUAT:
1. Gaul tepung bersama telur dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
2. Setelah doh sebati dan tidak melekat pada bekas, rehatkan selama satu jam sebelum dicanai.
3. Tabur tepung pada papan pencanai dan letak doh. Canai doh hingga nipis.
4. Kemudian potong doh mengikut saiz yang disukai dengan menggunakan pemotong piza.
5. Jika tiada pemotong piza, boleh juga guna pisau biasa atau mesin pasta.
6. Celur doh yang dipotong tadi hingga masak. Tanda doh telah masak ialah ia akan menjadi kenyal. Kemudian angkat mi, masukkan ke dalam air sejuk selama beberapa minit dan toskan.
7. Mi yang telah siap dicelur. Bolehlah dimasak mengikut citarasa dan selera masing-masing.
8. Salah satu menu yang boleh dibuat: Flat NoodlesSoup With Chicken.
9. Atau boleh juga hasilkan, Aglio Olio Flat Noodles with Prawn. Selamat mencuba!
Info chef:
Jika suka perisa tambahan, boleh tambah masa menguli doh. Contohnya: kisar daun bayam jadikan puri (dalam setengah cawan). Kemudian campurkan dalam campuran tepung tadi dan uli macam biasa. Maka jadilah spinach noodles.
Boleh pelbagaikan perisa noodles dengan bahan-bahan lain yang disukai seperti tomato, lobak dan sebagainya.
Malah mi ini juga boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Ia boleh dijadikan noodles soup, digoreng dan bermacam-macam lagi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!