Hari ni min nak kongsi lokasi makan sedap untuk korang cuba. Mungkin korang pernah melepasi gerai D’Warees Resepi ni, bersebelahan Kilang Gula CSR dan stesen minyak Petron.
Buat warga Shah Alam tak jauh tempatnya iaitu di Batu 3. Waze jer nama D’Warees terus jumpa tempat ni.
Rata-rata pengunjung yang datang ke sini kerana tarikan kari kepala ikan yang memang terangkat sedapnya.
Antara jenis ikan yang ditawarkan ialah Kerapu, Jenahak dan Ikan Merah. Setiap hari 50 – 60 kepala ikan terjual. Menurut pemiliknya, Ahmad Tarmizi Khalid kari kepala ikan ini adalah resipi olahan mereka sendiri mengikut kesesuaian cita rasa masyarakat Melayu khusus dan rakyat Malaysia amnya.
Operasi bermula seawal 630 pagi. Kari Kepala ikan mula dijual bermula dari 10 pagi hingga 430 petang. Dibuka setiap hari kecuali Ahad.
Selain Itu Kari Kambing dan Asam pedas Ikan Mayong juga menjadi tarikan.
Harga kepala ikan bermula dari RM25-100 mengikut jenis dan saiz ikan. Setiap hari gerai ini mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan.
Korang juga wajib cuba kuih onde-onde, pulut panggang, lepat, kuih bakar yang menjadi signature di sini.
Selebriti juga pernah datang ke sini antaranya Jaafar Onn, Dato’ Jamal Abdillah, Wan Maimunah, Linda Rafar, Nelydia Senrose & Zaidi Omar.
Boleh je terjah ke gerai ini tetapi dinasihatkan datang awal untuk dapat tempat duduk, Kalau tak kenalah menunggu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Tradisi Peranakan Baba Nyonya Di Santa Grand Signature Kuala Lumpur
Santa Grand Signature Kuala Lumpur memperkenalkan “Menu Tradisi Peranakan Baba Nyonya”.
Menu promosi boleh didapati di ketiga-tiga restoran; Kopi Bar, Kapitan Café dan Sky Lounge dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Anda boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef)
Menu Nyonya ini merangkumi kesegaran, kemanisan, masam dan pedas iaitu Assam Laksa, Mee Kari dan Peranakan Nyonya Laksa.
Selain hidangan istimewa ini, pengunjung juga boleh menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk Cucur Udang, Nasi Goreng Nyonya dan banyak lagi.
Sehingga hari ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar. Inilah yang benar-benar membezakan hotel ini daripada yang lain.Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi atau e-mel reservation@santagrandhotels.com.my.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Chef Amer Bongkar Lokasi Soto Paling Power di Parit Raja, Johor
Melalui facebook seorang chef yang dikenali dengan coklat, Chef Amer, beliau telah membongkar satu lokasi warung yang menghidangkan soto paling sedap di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Menariknya, warung ini menyediakan soto dengan cara asli iaitu ayamnya disiat-siat. Bukannya dipotong-potong. Inilah istimewanya soto di Warong Satar.
“Sotonya agak ‘clear’ tidak berempah dan terasa manis ayamnya. Ayamnya digoreng setelah direbus dan disiat-siat isinya. Inilah cara hidangan soto yang asli. Bukannya ayam yang dipotong-potong. Nasi himpit juga lembut. Selesa je masuk ke perut,” katanya.
Menurut Chef Amer, selain menu soto, ada juga menu lain seperti mi rebus, lontong, rojak dan nasi lemak.
“Hanya ‘Makan Mania’ dan jiwa yang kental sahaja berani sampai sejauh ini semata-mata untuk semangkuk soto. Apabila dah berhajat, jauh pun sanggup diredah. Siri Alas Perut di Johor meneruskan pencarian soto yang paling sedap. Terletak dalam kampung yang agak ke dalam sedikit. Warong Satar terletak di Kampung Parit Daun, daerah Parit Raja, Batu Pahat. Warungnya kecil sahaja tetapi sotonya power giler. Diusahakan oleh satu keluarga Jawa di hadapan rumah,” kata Chef Amer lagi.
Info Warung:
Nama warung: Warong Satar
Lokasi: Kampung Parit Daun, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Tutup Jumaat dan Sabtu)
Sumber: Chef Amer
Inilah Rahsia Kehebatan Restoran Cina Muslim Mohd Chan Selepas Pemiliknya Memeluk Islam
BERKONGSI KISAH DATO MOHD CHAN
Bertuah dapat bertemu sendiri dengan pengasas restoran Cina Muslim yang tidak asing lagi iaitu Dato Haji Mohd Chan Abdullah, 64. Sudah lebih sedekad lamanya Restoran Mohd Chan bertapak dalam industri pemakanan dengan memperkenalkan kepelbagaian makanana Cina ala kantonis.
Pada mulanya Dato Mohd Chan ada berkongsi masa susah untuk menarik orang Islam untuk masuk dan mencuba makanan di restorannya. “Kebanyakkan pelanggan terutama berbangsa Melayu melihat restoran yang menjual makanan Cina, mereka akan berasa was-was kerana pada ketika itu tidak banyak lagi restoran Cina Muslim.”
Beliau yang sudah memeluk agama Islam 10 tahun dahulu ada menyatakan perlu mengambil masa lebih dari enam bulan untuk mendapatkan kepercayaan dari pelanggan yang beragama Islam.
“Dahulu pasti ada pelanggan akan bertanya restoran ini betul-betul halal ke, tetapi bila diberitahu yang pemiliknya beragama Islam barulah mereka mula berasa yakin.”
BORN TO BE
Memang meminati dengan industri pemakanan dan masakan menjadikan itu sebagai pendorong utama untuk membuka Restoran Mohd Chan. Asalnya, hanya membuka kedai kecil yang pertama di Bukit Beruntung dan ketika itu hanya beliau dan anak lelakinya sebagi tukang masak iaitu Dato Nik Chan.
“Saya tiada kelulusan tinggi dalam bidang masakan tetapi memang saya minat dan born to be untuk memasak. Saya juga bangga anak lelaki saya juga ada minat yang sama.”
ISLAM MENGUBAH KEHIDUPAN SAYA – DATO’ MOHD CHAN
Bercerita bagaimana hatinya tergerak untuk memeluk Islam, Dato Mohd Chan memberitahu hidupnya sering dilanda masalah dan ada sahaja yang tidak kena. Hidupnya juga tidak teratur lalu beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan berharap dapat mengubah keseluruhan kehidupannya.
Ternyata kata hatinya benar belaka. Hidayah Allah tiada sempadan. Kalimah Syahadah yang dilafazkan telah memberi sinar baru dalam hidupnya. Pun begitu, beliau tidak membawa dan memaksa isteri serta anak-anaknya untuk serta. Namun Allah sekali lagi memberikannya sebuah kebahagiaan apabila beberapa bulan selepas memeluk Isalam, Isterinya dan keluarganya yang lain turut serta mengucap dua kalimah syahadah.
“Alhamdulillah selepas beberapa bulan saya memilih sebagai Muslim, Isteri saya pula ingin memeluk agama Islam. Tidak dapat digambarkan bagaimana bahagianya saya. Kegembiraan saya digandakan lagi oleh Allah, apabila anak-anak dan menantu mengambil keputusan yang sama untuk memilih agama Islam. Saya tidak memaksa mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka sendiri yang terbuka hati untuk memilih Islam kerana melihat saya solat dan mengamalkan cara hidup sebagai orang muslim. Semuanya berlaku dalam masa setahun.” ceritanya.
Melihat wajah lelaki ini, nyata terpancar kegembiraan di wajahnya. Isterinya Datin Aminah Lee dan anaknya Dato Nik Chan turut tersenyum mengiyakan ceritanya.
GENERASI BARU
Selepas bersara Dato Mohd chan sudah berehat dari urusan restoran. Sekarang anak-anak beliau yang banyak menguruskan urusan restoran dan memberi penjenamaan baru sesuai dengan perubahan keadaan semasa.
“Sekarang sempena tahun yang kesepuluh kami memperkenalkan konsep yang lebih moden, kerana konsep yang dahulu seperti gerai dan susah untuk menarik golongan muda,” ujarnya sambil memberitahu kini Restoran Mohd Chan mempunyai 9 cawangan.
Kini mereka ingin mengubah persepsi pelanggan yang menganggap Restoran Mohd Chan hanya untuk makan tengah hari atau makan malam sahaja tetapi sebenarnya restoran ini menawarkan makanan yang bersesuaian sepanjang masa dan sesuai untuk golongan muda untuk berlibur.
UDANG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- Udang
- Telur masin (kuning sahaja)
- Bawang putih
- Cili padi
- Susu cair
- Daun kari
- Mentega
CARA MEMASAK:
- Celup udang dengan tepung gandum dan goreng sehingga ranggup.
- Tumiskan sedikit mentega dan kuning telur masin.
- Perasakan sedici garam, gula & serbuk perasa
- Masukkan cili padi dan susu cair.
- Selepas itu masukkan daun kari dan udang yang sudah digoreng. Kacau sebati dan siap.
IKAN SIAKAP STIM TEOWCHEW ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap – stim terlebih dahulu
BAHAN KUAH:
- Halia – dihiris halus
- Sayur Jeruk
- Cili Padi
- Cili Merah
- Biji asam
- Tauhu Jepun
- Isi Ayam
- Cendawan Hitam
- Bawang Putih
- Sos Tiram
- Minyak Bijan
- Daun Bawang
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali masukkan sedikit air, bawang putih dan sos tiram.
- Masukkan isi ayam, halia, cendawan, cili padi dan cili merah.
- Tambahkan lagi satu senduk air dan masukkan tauhu jepun.
- Biarkan mendidih seketika dan siap untuk dituangka di atas ikan.
- Hiaskan dengan daun ketumbar serta hirisan halus cili merah dan lobak merah.
INFO RESTORAN:
PELBAGAI MENU ENAK DITAWARKAN DI SINI
Istimewa untuk mereka yang gemar makan makanan Cina anda boleh mencuba rangkaian Restoran Mohd Chan merupakan antara pelopor awal makanan cina muslim yang berstatus Halal. Sepanjang 10 tahun dalam perniagaan makanan, Restoran Mohd Chan sudah melebarkan rangkaian dengan mempunyai 14 cawangan sekitar lembah klang.
Restoran Mohd Chan menawarkan hidangan gabungan makanan Cina Muslim Alal Kantonis yang lazat yang berbentuk ala carte dan set menu. Antara signature dish di Restoran Mohd Chan yang harus pelanggan cuba adalah udang masak telur masin, siakap stim teowchew, siakap goreng tiga rasa dan shark fin soup. Hidangan lain yang ditawarkan ada ikan, lembu, ketam, ayam, sayur serta pelbagai jenis hidangan mi dan nasi. Terdapat juga perkhidmatan katering yang ditawarkan untuk majlis keramaian, mesyuarat, latihan dan private event.
“Ramai yang tidak tahu kami ada menawarkan khidmat katering dan kami ingin mengubah persepsi masyarakat terutama orang Melayu bahawa boleh menghidangkan makanan Cina untuk majlis perkahwinan,” ujar Dato Nik Chan Pengarah Restoran Mohd Chan.
RAHSIA KEENAKAN HIDANGAN
Semua bahan perapan, sos khas dan makanan segar dihantar setiap hari ke semua cawangan dari Central Kitchen di Bukit Beruntung bagi memastikan tahap kelazatan makanan di Restoran Mohd Chan setiasa berada ditahap berkualiti dan selamat. Ia juga bagi memastikan kesemua cawangan mempunyai rasa hidangan yang sama.
INFO KEDAI: Waktu Operasi: 11pagi-11malam (setiap hari)
FOTO: Mohd Izari Rosli