Nak makan meriah hujung minggu atau ada perancangan ajak kenkawan atau sanak saudara makan tengahari atau malam kat rumah, ini RASA kongsikan set Nasi Kunyit dengan lauk Ayam Bakar Ketumbar dengan Acar Nanas Kunyit. Senang nak sediakan, paling penting ia sedap dan tidak begitu pedas. Masak je sendiri, tak perlu nak oder catering.

Menu Kenduri, Nasi Kunyit, Ayam Bakar Ketumbar & Nanas Tumis Berempah,

NASI UDANG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 3 cawan beras basmathi | rendam setengah jam dan tos
  • 250gm udang | bersihkan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • 1 ketul perasa ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN HIRISAN:

  • 1 biji bawang besar | hiris kasar
  • 4 biji bawang putih | belah dua
  • 3cm halia | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan daun pandan.
  2. Masukkan pula bahan hirisan, kacau hingg layu baru masukkan rempah penumis.
  3. Setelah wangi, masukkan udang dan gaul rata.
  4. Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan beras, gaul rata.
  5. Setelah beras berubah warna masukkan serbuk kunyit, air, susu cair, perasa ayam dan garam secukup rasa.
  6. Tutup periuk, kecilkan api dan biarkan mereneh.
  7. Setelah kuah kering kecilkan api dan biarkan nasi masak lebih kurang 10 minit.
  8. Setelah masak, nasi boleh dihidangkan.

Menu Kenduri, Nasi Kunyit, Ayam Bakar Ketumbar & Nanas Tumis Berempah,

AYAM BAKAR KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 600gm ayam bahagian kepak dan dada
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh cajun
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 biji lemon | ambil jus sahaja
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3cm halia
  • 2 batang serai
  • 2 biji cili merah
  • 1 sudu makan ketumbar biji

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan kisar, serbuk cili,cajun, serbuk kunyit, serbuk jitam manis, jus lemon, minyak zaitun, garam dan gula secukupnya.
  2. Gaul rata dan perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam.
  3. Masukkan ayam yang diperap dalam periuk dan tambahkan sedikit, kacau rata.
  4. Masak ayam atas api sederhana hingga tiga perempat masak dan kuahnya pekat.
  5. Tutup api dan keluarkan ayam dari periuk.
  6. Letakkanya di atas dulang pembakar dan curahkan sedikit kuah di atasnya dan bakar dalam ketuhar hingga masak atau ayam bertukar kening keemasan.
  7. Keluarkan dari ketuhar dan ayam panggang sedia dihidangkan.

Menu Kenduri, Nasi Kunyit, Ayam Bakar Ketumbar & Nanas Tumis Berempah,

Ads

ACAR NANAS KUNYIT
BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin nanas dalam tin
  • 6 ulas bawang merah | belah dua
  • 4 ulas bawang putih | belah dua
  • 2 hirisan halia
  • 1 biji cili merah | hiris memanjang
  • 1 biji cili hijau | hiris memanjang
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh cuka makan
  • 3 sudu makan minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 sudu teh biji sawi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, putih, halia dan cili.
  2. Setelah layu masukkan rempah menumis.
  3. Kacau rata dan masukkan cuka, serbuk kunyit dan nanas.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  5. Setelah cukup rasa tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI