Tak mau anak-anak bosan dengan menu bekal yang sama, apa kata mak-mak cuba dua menu ringkas tapi sedap yang menggunakan bahan asasnya roti dan mi kering yang kebiasaannya ada tersedia di dapur. Dengan sedikit kreativti, mak-mak boleh jadikannya bebola yang sedap dan gerenti anak-anak suka. Apa yang penting ia lebih berkhasiat dan dijamin kebersihannya. Kalau nak cuba ini dua menunya, boleh siapkan malam, pagi tinggal goreng dan sedia dibawa oleh anak-anak.
.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN BAHAN-BAHAN:
Ads
2 keping mi kering | celur dan tos
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 biji telur
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 Sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati. 2. Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran. 3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata. 4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. 5. Bulat-bulatkan doh hingga habis. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan. 7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
.
Ads
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
.
Ads
BEBOLA KENTANG INTI AYAM BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
CARA MEMASAK:
1. Masukkn kentang rebus dalam mangkuk, lenyekkan hingga hancur.
2. Campurkan daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
3. Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
4. Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
5. Golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
6: Panaskan minyak dengan api sederhana.
7. Goreng bebola kentang hingga keperangan.
8. Angkat dan sedia dihidangkan bersama sos kesukaan anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mi kuning ni selain digoreng, kalau masak berkuah macam Mi Rebus ni pun sedap. Masak pula pakai daging. Fuhh..memang serasi! Ada rasa pedas, masin yang seimbang. Ubi kentang digunakan bagi menjadikan kuah lebih pekat dan enak. Sesuai sangatlah anda jadikan sebagai salah satu menu istimewa sempena majlis rumah terbuka anda nanti.
MI REBUS DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning | rendam dan tos
500gm daging | rebus
500ml air rebusan daging
8 tangkai cili kering | kisar
1 biji kentang | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
1 biji bawang merah | kisar
50gm cili sos
30gm gula
10gm garam
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN SAYUR:
Sawi secukupnya | celur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis semua bahan kisar hingga terbit wangi.
Masukkan air rebusan daging tadi dan kacau sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan daging yang telah direbus tadi dan biar ia memekat. Kacau sekata. Biar ia mereneh seketika dan tutup api.
Untuk menghidang; masukkan mi ke dalam mangkuk. Tuang sup bersama hirisan daging di atas mi. Letakkan sawi yang telah dicelur dan sedia untuk dinikmati.
Kuih Cakoi makan panas-panas memang padu lah. Lembut, gebu dan berongga di dalam nikmatnya dapat makan masa berbuka. Rahsia kegebuannya ni terletak daripada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya.
Jom semak perkongsian rahsia resipi kuih cakoi yang lembut dan gebu di FB Resipi Sedap Mudah Dibuat, resipi dari Hamidah. Cubalah nanti masa berbuka nanti.
KUAH CAKOI LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
LANGKAH PERTAMA :
Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .
Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.
LANGKAH KEDUA :
Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.
Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.
Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
LANGKAH KETIGA :
Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1sm tebal dan panjang 2 sm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
LANGKAH KEEMPAT :
Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
Tomato puree atau dalam bahasa Melayunya Puri Tomato adalah salah satu bahan masakan yang banyak gunanya dalam masakan. Jika tiba-tiba nak masak tapi stok habis, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri secara homemade. Amat mudah! Malah, tomato puree homemade perkongsian AJ Idris ini juga tahan lebih kurang seminggu. Jadi, jom lihat cara-cara pembuatannya.
CARA-CARA BUAT TOMATO PUREE SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 kg tomato masak
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Basuh tomato dan belah dua. Asingkan isi tomato ke dalam bekas berlainan.
2. Buang isi tomato guna sudu macam dalam gambar di bawah.
3. Rebus tomato sampai mendiidh. Kemudian padamkan api. Jangan rebus lama. Tapis dan sejukkan buah tomato tadi.
4. Bila tomato dah sejuk, kupas kulit luar hingga habis.
5. Kisar tomato tadi hingga hancur tanpa letak air.
6. Masak seketika kisaran tomato tadi. Ia bertujuan untuk memekatkan puri.
7. Sejukkan puri tomato tadi dan simpan dalam bekas bersesuaian. Masukkan minyak zaitun di permukaan puri supaya tahan lama.
8. Jika suka, lebihan isi tomato boleh dinikmati dengan kicap.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.