Penggemara udang dan sotong, korang wajib cuba dua menu yang senang gila nak masak ni. Tak pandai masak pun asal ikut resipi yang dikongsikan gerenti jadi. Tak banyak guna bahan dan tak perlu ambil masa lama memasaknya, lagi pun seafood memang tak perlu masak lama.

Menu Udang & Sotong  Yang Sedap, 10 Minit Siap.
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:

Ads
  • 300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • ½ sudu teh serbuk lada sulah

Hirisan:

  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang

Lain-lain:

  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 50gm daun bawang | potong 3cm
  • 1 sudu makan susu segar
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
  5. Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
  6. Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
  7. Kacau rata dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan panas-panas.

Menu Udang & Sotong  Yang Sedap, 10 Minit Siap.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:

Ads
  • 500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 serbuk lada sulah
  • Bahan tumisan:
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • Bahan-bahan lain:
  • 2 biji cili hijau | hiris bulat
  • 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh rempah masala
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
  2. Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
  5. Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
  6. Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI