Mi Kuah Tulang Hirup Sampai Licin

Share

Rasa kuah dari rebusan daging yang sedap dengan rasa lemak dari keledek yang dikisar halus.

MI KUAH TULANG

BAHAN KUAH:

  • 1kg tulang lembu | rebus empuk
  • 1 liter air rebusan tulang atau daging
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 labu bawang besar | kisar
  • 4 ulas bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2 sm halia | kisar
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 biji ubi keledek saiz sederhana | rebus dan kisar halus
  • Garam secukupnya
  • Gula perang secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN PERENCAH:

  • 1 paket mi kuning | celur
  • 200gm tauge | celur separuh masak
  • 2 batang sawi | potong pendek dan celur
  • 1 biji tomato | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | belah dua (untuk diperah)
  • Daun bawang secukupnya.
  • Bawang goreng secukupnya.

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat kuah, panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan tulang lembu bersama sos tomato dan air rebusan daging atau tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
  3. Masukkan ubi keledek dan didihkan hingga kuah pekat.
  4. Tambahkan garam dan gula perang secukup rasa.
  5. Untuk menghidang, letakkan sedikit bahan-bahan perencah sebelum menuang kuah dan tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas-panas.
Published by
Zera Naim