Katanya, mi rebus ini adalah hidangan terkenal di daerah selatan tanah air. Mana lagi kalau bukan Johor. Kuah keledek dan kentang menjadikan mi ini berbeza dengan mi lain.
Mi rebus adalah salah satu jenis masakan mi yang sangat sedap. Rasanya memang sedap dan bercita rasa. Kuahnya pekat kerana ada keledek dan kentang. Ditambah pula dengan keenakan pedas-pedas cili potong.
Kalau dimasak dengan air rebusan daging lagi sedap. Ditambah pula ada lemak tetel. Wow sungguh. Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi mi rebus. Namun beliau menggunakan ayam.
MI REBUS
Ads
BAHAN MI
1 peket mi kuning (rebus sekejap dan toskan)
2 keping tauhu (goreng dan potong kecil)
Daun sup (basuh dan hiris halus)
Cili besar hijau
Cili besar merah (jika suka)
Bawang goreng (BELI DI SINI)
Limau kasturi
Telur ayam (direbus dan dibelah)
Dada ayam (goreng dan dicarik. Boleh juga guna daging. Lebih sedap. Simpan airnya)
BAHAN KUAH
4 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
5 ulas bawang merah kecil (BELI DI SINI)
2 cm halia
1 biji keledek oren
2 biji kentang
1 sudu besar udang kering
Minyak masak untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT KUAH
1. Cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Ketepikan.
2. Rebus keledek oren dan kentang. Toskan dan kiasar halus. Ketepikan.
3. Kisar udang kering. Ketepikan.
4. Panaskan minyak masak. Tumiskan cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar tadi.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi.
6. Masukkan air rebusan dada ayam. Biarkan mendidih.
7. Masukkan keledek oren dan kentang, udang kering dan biarkan mendidih.
8. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan garam. Biarkan mendidih, matikan api.
Ads
Letakkan mi, tahu, taugeh, daun sup, bawang goreng, telur rebus, cili potong dan ayam dalam mangkuk.
Udon adalah sejenis mi dari Jepun yang selalu digunakan dalam masakan. Ia juga sudah semakin diterima masyarakat di negara ini yang sememangnya suka mencuba pelbagai makanan.
Jika selalu makan mi sup, bihun sup atau kuetiau sup, tapi kalau mahukan kelainan boleh juga gunakan udon ini. Rasa supnya ringan, tiada rasa rempah tapi sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Anna Lee.
Resipi sup mi udon
Bahan-bahan
Udon
Bawang putih – cincang
Bawang merah – cincang
Mushroom seasoning
Seaweed
Ikan bilis
Garam
Daun bawang
Lobak putih -dipotong(pilihan)
Japanese dumpling (boleh perisa udang)
Steamboat mix
Fucuk ikan
Sawi Jepun atau pak choy
Cara membuat
1. Bawang merah dan putih goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak goreng bawang. Masukkan air dalam periuk, letak sikit bawang yang digoreng, sedikot mushroom seasoning, bilis, garam, kemudian rebus.
3. Masukkan juga lobak putih, selepas menggelegak masukkan dumpling dan mix, steamboat dan fucuk ikan. Bila semua bahan sudah masak, masukkan udon.
4. Taburkan seaweed dan bawang goreng dan bolehlah dimakan. Boleh juga ditambah dengan cili potong.
Rasa bihun tomyam campur pedas dan masam secukup rasa. Kuah tomyam yang pekat dan merah hingga terasa pedas berapi walaupun hanya memandangnya. Memang terbaik! Bihun boleh juga digantikan dengan kuetiaw mengikut citarasa sendiri.
RESIPI BIHUN TOMYAM CAMPUR PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm bihun
10 ekor udang besar | dibelah dua
10 biji cili padi | diketuk
200gm bawang besar | dihiris
200gm sotong | dihiris
200gm isi ayam | dihiris
200gm tomato | dihiris
4 helai daun limau purut | dikoyak
2 batang serai | diketuk
6 sudu makan pes tomyam
4 biji limau nipis | diambil jusnya
200gm lobak merah | dihiris
200gm bunga kubis | dipotong kecil
200gm putik jagung |dibelah dua
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air kemudian celurkan bihun sehingga lembut. Angkat dan toskan.
Untuk kuah tomyam, didihkan air bersama pes tomyam dan bawang besar. Anda juga boleh hasilkan pes tomyam sendiri, klik homemade pes tomyam untuk resipi.
Selepas itu masukkan cili padi, daun limau purut, jus limau, serai, bunga kubis, lobak merah, putik jagung dan isi ayam.
Setelah ayam dan sayuran keras masak, masukkan pula udang, sotong dan tomato
Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit bihun dan masukkan ke dalam mangkuk.
Tuangkan kuah tomyam ke atasnya. Sedia dinikmati.
Tip untuk dapatkan bihun tomyam campur pedas dan masam secukup rasa
Masukkan cili boh atau cili kisar untuk dapatkan warna merah yang cantik
Jus limau boleh digantikan dengan perahan air asam jawa untuk mendapatkan rasa masam
Sayuran keras seperti kobis, lobak merah dan putik jagung perlu di masukkan lebih awal berbanding tomato
Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging yang dihiris.
Memandangkan udang dan sotong cepat masak, masukkan ayam lebih awal sebelum udang dan sotong
Kuah tomyam ini sedap juga dimakan dengan nasi panas
Cuti-cuti macam ni buat mi pun sedap juga, kan? Jom cuba 3 resipi mi yang RASA kongsikan ni. Senang je nak masak mi. Lagipun tak perlu nak memasak lauk dah. Sediakan mi saja, raikan hari cuti di rumah sendiri.
MI KARI ALA NYONYA
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
500 gram ayam (potong kecil)
1 kg kerang (rebus dan ambil isi)
300 gram udang (rebus dan buang kulit)
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam (bancuh menjadi pes pekat)
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (rebus dan toskan air)
2 sudu makan udang kering (rendam sehingga lembut)
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus (potong dua)
2 tangkai sawi (potong dan rebus)
Bawang goreng
Limau kasturi (potong dua)
Tauge
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
Cara memasak:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes
rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak
kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah
semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
MI SIAM SINGAPURA
Bahan-bahan:
Minyak masak untuk menumis
200 gram bihun (direndam sehingga lembut)
2 genggam tauge (dibuang ekornya)
100 gram kucai (dipotong 3 cm)
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil (kupas kulitnya)
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering (cuci dan rendam)
Secubit belacan (dibakar)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan taucu (lecek sehingga hancur)
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai (dititik)
2 keping hirisan lengkuas (dititik)
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan sampingan:
Telur rebus (dibelah dua)
Tauhu goreng (dihiris)
Hirisan daun bawang
Timun (dihiris memanjang)
Limau kasturi (dibelah dua)
Sambal tumis (jika suka)
Cara memasak mi siam:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali mengandungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Cara memasak kuah:
1. Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucu, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
2. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
4. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan hidangkan.
MI GORENG DAGING
Bahan-bahan:
1/2 kg mi kuning (dicuci dan tos)
300 gram daging (dihiris nipis dan direbus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut)
4 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
1sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 Kiub ikan bilis
3 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Sawi dan tauge secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah di dalam minyak panas. Kemudian masukkan cili kering kisar.
2. Setelah naik bau dan cili masak, masukkan daging dan 3 cawan air rebusan daging dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan kicap pekat, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan mi dan kacau seketika. Sesuaikan rasa.
4. Masukkan sawi dan kacau rata. Tutup api dan masukkan tauge.
5. Kacau rata dan angkat.