

Menu cepat yang boleh kita terfikir bila tiba-tiba lapar. Ubah supaya tidak bosan dengan cara makan mi segera yang biasa.
MI SEGERA GORENG CAMPAK-CAMPAK
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji bawang putih – diketuk
- 3 biji cabai melaka -diketuk
- 2 sudu makan sos cili
- Sos tiram – agak-agak
- Kicap pekat – agak-agak
- Kuib pati ayam- secukup rasa
- Udang
- Sotong
- Sawi
- Taugeh
- Sebungkus mi segera
BAHAN HIASAN
- Telor mata kerbau
- Daun bawang
- Limau nipis
- Bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Rebus mi segera dan toskan.
- Tumis bawang putih hingga naik bau
- Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, kuib pati ayam dan cabai melaka. Tumis sekejap.
- Selepas itu masukkan sotong dan udang. Gaul sekejap.
- Masukkan mi segera dan sawi. Gaul hingga sebati.
- Tutup api dan akhir sekali baru letakkan taugeh.
- Hidangkan bersama-sama bahan hiasan lain.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Juma Natull
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mi Champa Punya Lah Sedap. Berpeluh Satu Badan.

Resipi Mi Champa versi Tahrunnisa Jali ni memang gerenti sedap, tengok rupa pun dah cukup membangkit selera.

.
Kata Tahrunnisa “Mi Champa pedas berasap ni boleh berpeluh satu badan, hari ni saya share resipi yang pasti meleleh air hidung”.
Tu dia berani sahut cabaran rasa dari Tahrunnisa ni. Jom follow resipi yang dikongsikan dalam FB nya
MI CHAMPA

.
BAHAN KUAH
- 1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuatair rebusan tulang(bone broth)
- 3 liter air
- 4 biji bawang holland |belah 4
- 3 biji bawang besar | belah 4
- 2 inci lengkuas | dipotong nipis* hiris nipis
- 1 ekor sotong kering sebesar tapak tangan |kalau takde kurang ummphlah, tapi kalau tiada boleh la abaikan
- daun ketumbar seikat
- daub bawang
- 2 batang kulit kayu manis* – beli online DI SINI
- 4 biji bunga lawang* -beli online DI SINI
- 1/2 cawan sos ikan – beli online DI SINI
- gula – beli online DI SINI
- garam – beli online DI SINI
- perasa jika suka
- serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam – beli online DI SINI
- 3 kiub stok perisa daging – beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita ..
2. Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.
3. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya. Masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi, kali ini rebus sehingga daging empuk.Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..

.
4. Sementara daging kita empuk , anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering,kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)

.
5. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi.Masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.
6. Rebuslah dengan api perlahan, sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.

SAMBAL LADA

.
Bahan sambal lada :
- 4 biji lada merah (besar)*
- 20-30 biji cili api*
- 2 ulas bawang putih*
- 2 sudu besar cuka – beli online DI SINI
- sedikit garam
CARA MEMASAKNYA :
1. Rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap
MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan minyak bawang putih :
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api .
BAHAN LAIN:
- kuey teow, mihun,mee champa
- daun ketumbar, daun sup, daun bawang
- limau nipis
- hirisan daging
- minyak bawang putih
- lobak asin yang dipotong halus
- sambal lada
- tauge
- kicap
- serbuk lada sulah/lada hitam – beli online DI SINI
- gula (tambahan jika suka manis)
- sos ikan jika perlu – beli online DI SINI
CARA HIDANGAN:
1. Masa nak makan tu kan bolehlah letak kicap, perah asam limau, letak sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.

.
2.Bahan tambahan ni la penyedap mi sup

.
Selamat mencuba
Kredit resipi & foto : FB :Tahrunnisa Jali
ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN REBUS DAGING. JOM BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Resipi Mi Kari Sedap Penuh Lauk. Kuah Tak Muak, Memang Puas Hati.
Makaroni Goreng Simple Tapi Anak Gerenti Suka

Makaroni goreng simple ini menjadi kesukaan anak-anak. Hanya guna sos Kimball. Tak susah pun nak buat. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Fatimah Saari ini ye. Selamat mencuba!
Makaroni Goreng Simple
Bahan-Bahan:
Makaroni
1 tin sos pasta Kimball cendawan
1 biji bawang Holland (potong dadu) – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih (racik) – boleh beli online di sini
Sedikit mentega
Daging cincang
Garam – boleh beli online di sini
Gula
Brokoli (hiris) – boleh beli online di sini
Kepingan keju cheddar secukupnya – boleh beli online di sini
Air
Cara Memasak:

Mula-mula masak air dan bila air dah mendidih, masukkan macaroni. Rebus pasta hingga masak, angkat dan tapiskan.
Panaskan sedikit mentega, tumis bawang Holland/bawang merah dengan bawang putih. Tumis hingga terbit bau wangi.

Kemudian masukkan daging cincang atau kalau tak ada, boleh juga masukkan daging burger. Hancurkan. Tumis hingga daging masak.
Setelah itu masukkan sos pasta cendawan Kimball. Gaul sebati.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Kacau lagi sekitar enam minit dan tambah hirisan brokoli dan keju cheddar sekeping. Gaul sekata. Siap!!
Boleh beli online di sini
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Signature Bumi Kenyalang, Resipi Laksa Ini Wajb Cuba!


Buat peminat laksa, laksa Sarawak antara yang wajib yang perlu dicuba bagi meraikan kepelbagaian menu laksa.
Laksa Sarawak ni sejenis mi Chinese juga kerana pada penghujung, rasa seperti laksa kari.
Menerusi perkongsian daripada saudari Keroroyz Royz, walaupun menggunakan bahan yang agak banyak, namun cara buatnya memang mudah. Jom cuba!
CARA BUAT LAKSA SARAWAK (UNTUK HIDANGAN 4-5 ORANG)

BAHAN KUAH:
200g pes perencah laksa Sarawak Hj Manan (beli di shopee)
400g udang | dibuang kulit
150-200 ml santan (ikut selera) – beli online DI SINI
1-2 ketul dada ayam
1-2 batang serai | diketuk – beli online DI SINI
1 kiub ayam – beli online DI SINI
garam (jika perlu) – beli online DI SINI
Sedikit gula – beli online DI SINI
1 liter air

TONTON Istimewa Rasa 20 Tahun: 20 Petua Mudahkan Tugas Di Dapur
TONTON Gerenti Jadi S3 EP3: Resipi Laksa Lemak Sri Mersing Yang Sedap
BAHAN SAMBAL UDANG KERING
6 biji bawang merah * – beli online DI SINI
2 ulas bawang putih * – beli online DI SINI
Sedikit belacan bakar * – beli online DI SINI
Segenggam udang kering * – beli online DI SINI
10-15 tangkai cili kering * – beli online DI SINI
*Kisar semua bahan bertanda *
Sedikit air asam jawa – beli online DI SINI
1 keping asam gelugur – beli online DI SINI
Garam & gula
Kiub bilis (optional)
Minyak untuk menumis – beli online DI SINI

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN PELENGKAP:
1/2 bungkus mihun | dicelur
400g udang
Dada ayam | dicarik
4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus
Fishcake | dicelur & dihiris (optional)
Tauge | dicelur
2 tangkai daun ketumbar | dihiris – beli online DI SINI
Limau kasturi | dibelah dua – beli online DI SINI
CARA-CARA:
1. Di dalam periuk, masukkan air, dada ayam dan serai. Bila air mula mendidih, masukkan pes laksa. Biarkan hingga ayam masak, kacau sekali-sekala. Bila ayam masak angkat dan toskan. Carik-carikkan sebagai bahan pelengkap.

2. Masukkan santan. Kacau dan masukkan pula udang dan fishcake. Bila udang dan fishcake masak (4 minit sahaja) angkat dan toskan.
3. Perasakan kuah dengan garam jika perlu, gula dan kiub ayam. Didihkan hingga sedikit pekat. Kuah siap.

4. Sambal udang kering: panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak (macam sambal tumis) perasakan dengan kiub bilis, garam, gula dan air asam jawa.
5. Hidangkan bersama bahan pelengkap dan kuah.
*kalau rajin, rebus kulit udang yang dicuci bersih tu dengan 1 liter air untuk dibuat kuah. Sambai udang kering buat pedas sikit baru ada kick!
Kredit resipi: Keroroyz Royz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap Mengalahkan Laksa Di Kopitiam, Kuah Hanya Guna Sardin Dalam Tin Saja
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

