
Sekarang ni min tengok dah banyak resipi biskut yang senang-senang dan ringkas sahaja bahan-bahan ramuannya. Kalau dulu ada kek Milo ringkas, rupanya biskut Milo tiga bahan pun dah ada.

Jom semak perkongsian resipi dari dapurkakekin ni.
MILO CRACKERS

BAHAN-BAHAN:
- 1 pek biskut Marie
- 1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
- 1/2 cawan Milo atau serbuk koko atau Vico/ Ovaltine
*Boleh salut dengan coklat rice atau nestum, kacang tumbuk dan sebagainya
CARA MEMBUATNYA :
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.
Selamat mencuba!
kredit: dapurkakekin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Pais Tempoyak Ikan Talapia Paling Senang & Sedap

Bagi penggemar hidangan Pais Ikan, boleh cuba resipi perkongsian saudari Umiehanie Aziz ni. Sangat ringkas namun membuka selera. Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur. Nak masaknya pun mudah. Boleh bakar guna kuali je. Guna pun ikan Talapia. Sedap! Tapi kalau nak guna Ikan Patin atau ikan lain pun tiada masalah. Terpulang pada cita rasa masing-masing nak menikmatinya dengan cara bagaimana. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK PAIS IKAN TALAPIA SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Ikan talapia sangkar
Bunga kantan
Daun kesum
Petai
Daun kunyit
2 senduk tempoyak
1/2 cawan air
Cili padi merah
Cili padi hijau
1/2 inci kunyit hidup
Garam, gula & ajinomoto secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat pes tempoyak, tumbuk cili padi merah, cili padi hijau dan kunyit hidup.
2.Bancuh tempoyak dengan air dan gaulkan dengan bahan tumbuk tadi. Kemudian masak sampai mendidih.

3. Perasakan dengan gula, garam ajinomoto dengan secukupnya.
4. Letak pes tempoyak di bahagian atas dan bawah ikan. Sapukan juga dalam perut ikan denga rata.
5. Hiris bunga kantan, daun kesum, petai dengan banyak. Taburkan.

6. Balut ikan dengan kemas menggunakan daun pisang. Empunya resipi balut ikan sedikit tebal kerana tiada aluminium foil.
7. Bakar ikan di dalam kuali atau pemanggang. 5 minit pertama, bakar guna api sederhana dan 15 minit seterusnya, bakar guna api perlahan sampai masak.

8. Pais Tempoyak Ikan Talapia sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Umiehanie Aziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi. Lauk Mudah, Super Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Biskut Mazola Mudah & Sedap Hanya Guna 4 Bahan.

Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya pun semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi Biskut Mazola yang enak, resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ini salah satu yang perlu dicuba.
RESIPI BISKUT MAZOLA

BAHAN-BAHAN:
- 2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
- 1/2 cawan gula icing – diayak
- 2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
- 1 cawan minyak jagung
BAHAN HIASAN:
- Kuning telur secukupnya
- Kacang tanah goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Suzi Yanti Md Hane
JANGAN LUPA CUBA RESIPI DI BAWAH NI YA
Masak Kari Ayam Guna Rempah Kari Dari Kedai Eco. Ehh…Sedap Rupanya!

Rempah kari adalah salah satu bahan masak yang memang wajib ada di setiap rumah orang Malaysia. Tidak kira la apa jenama sekalipun, semuanya bergantung kepada cita rasa dan juga olahan resipi. Bagi anda yang pernah mengunjungi kedai Eco, pasti pernah ternampak pelbagai rempah kari yang dijual. Salah satunya ialah rempah kari Cap Orang Terbang ni. Pasti ada yang was-was nak guna sebab tak pernah cuba. Saudari Rosni Musa tunjukkan hasil Kari Ayam yang dimasak menggunakan rempah ini. Mantap dan sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI KARI AYAM SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam
- 1 biji bawang besar (beli online disini)
- 3 ulas bawang putih (beli online disini)
- 1 inci halia
- 1 paket rempah kari Cap Orang Terbang (beli online disini) – jika tiada, boleh guna mana-mana jenama
- 1-2 sudu cili kisar @ serbuk cili
- 2 tangkai daun kari
- 2 kuntum bunga lawang (beli online disini)
- 1 keping kulit kayu manis (beli online disini)
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 keping asam gelugur (beli online disini)
- 1 batang serai – dititik
- 3 biji ubi kentang (beli online disini)
- Santan
- 1 sudu kerisik

CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat.

2. Panaskan minyak. Tumiskan serai dan daun kari hingga naik bau.

3. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.

4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis lagi buat seketika.

5. Masukkan rempah kari diikuti cili kisar. Kacau rata.

6. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak. Ulang langkah ini sehingga 3 kali. Masuk air dan tumis campai pecah minyak. Langkah ini bertujuan untuk memastikan agar bahan tumis betul-betul masak. Hasilnya, lauk kari akan jadi lebih sedap.

7. Masukkan kerisik. Kacau sebati.

8. Kemudian masukkan ayam. Kacau lagi biar sebati.

9. Masukkan kentang.

10. Tuang santan pekat.

11. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula.

12. Jika kari kelihatan sangat pekat, boleh masukkan sedikit air.

13. Masukkan juga asam gelugur.

14. Kemudian renihkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.

15. Buka penutup kuali dan kacau sebati sekali lagi.

16. Kari Ayam sudah siap untuk dihidang.

Kredit foto & resipi: Rosni Musa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang. Boleh Buat Air Rebusan Macam Ni
Resipi Daging Palembang Warisan Ibu Mertua. Memang Sedap & Patut Dicuba
Resipi Daging Bakar Rimau Menangis Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

