Bagi anda yang tengah tercari-cari resipi Chicken Pot Pie yang sedap dan mudah, resipi perkongsian Instafamous terkenal; Lina Thomas ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bercita rasa Barat namun bahan-bahan yang digunakan juga mudah di dapati di Malaysia. Sesuai sangatlah buat untuk makan malam. Selamat mencuba!
CARA MASAK CHICKEN POT PIE YANG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan sayur campur sejukbeku
- 1 biji bawang besar – dipotong dadu
- 4 sudu makan mentega
- 2 cawan isi ayam – potong dadu
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan stok ( air rebusan) ayam
- 1 kiub pati ayam
- 1 cawan heavy whipping cream
- 1 sudu teh daun thyme kering
- Lada hitam dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bawang hingga wangi dan masukkan sayur campur. Masak selama beberapa minit.
2. Masukkan isi ayam dan kacau sebati.
3. Taburkan tepung secara rata ke atas sayur-sayuran dan kacau lagi hingga sebati. Masak selama beberapa minit sambil dikacau.
4. Tuang air rebusan ayam serta kiub pati ayam.
5. Masukkan heavy whipping cream dan kacau lagi hingga pekat.
6. Tambahkan daun thyme, garam serta serbuk lada hitam. Siap.
7. Tuangkan campuran ayam ke dalam pinggan pai atau mangkuk kaserol kecil. Ketepikan.
BAHAN DOH PIE:
- 80gm tepung gandum
- 115gm mentega
- 2 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan air ais
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung gandum, mentega, telur dan garam ke dalam pengadun. Putar sebati.
2. Masukan air ais, putar lagi.
3. Keluar doh dari pengadun, bungkus dalam cling wrap dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 15 – 20 minit.
4. Tabur sedikit tepung di atas papan atau meja. Canai doh pai supaya ia lebih lebar 1 inci dari pinggan pie @ mangkuk kaserol kecil yang telah diisi bahan inti tadi.
5. Letakkan doh pie di atas permukaan inti campuran ayam tadi.
6. Tekan doh pie dengan perlahan ke bahagian pinggan, kelar sedikit permukaan dih, sapu dengan telur dan tabur sedikit daun thyme.
7. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga doh berwarna perang keemasan.
8. Keluarkan dari ketuhar, sejukkan selama 10 minit dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Lina Thomas
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Roti Telur Berhantu Sebelum Tamat Tempoh, Gerenti Licin Sepinggan
Menu roti sering dihidangkan ketika sarapan. Kadang kala roti yang dibeli jika dalam kuantiti yang besar sukar nak habiskan, silap hari tamat tempoh. Jadi kalau tak nak membazir, jom buat roti berhantu ni. Sekali makan gerenti susah nak berhenti. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kurang. Memang senang nak buat sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu.
Roti Telur Berhantu
Bahan-bahan:
6 keping roti
Susu pekat manis
2 biji telur
Cara membuat:
1.Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.
2.Kacaulah bagi ia sebati
3.Celup roti.
4.Bahagi dua belah dan celup.
5.Gorenglah tanpa minyak atau kurang sebab kalau minyak banyak ia meresap.
6.Nampak manis warnanya boleh la angkat.
7.Dah angkat ia takkan keras. Lembut begini.
Kredit: Cheyah Saripuddin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Mama Shida Kongsi 8 Resipi Masakan Ayam Paling Mudah & Sesuai Masak Setiap Hari.
Bila setiap hari masak lauk yang sama, agak jemu juga kan? Bila sampai tengah minggu, dah tak idea nak sediakan menu apa untuk suami dan anak-anak. Ni ada lapan resipi berasaskan ayam air tangan Mama Shida yang sangat mudah dan sesuai disajikan buat keluarga. Puan-puan boleh cuba.
1. AYAM CENDAWAN SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm hirisan isi dada ayam | diperap 15 minit dengan serbuk lada putih dan garam
- 5-6 ketul cendawan shitake | potong dua
- 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3 cm halia | hiris halus
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
- Garam dan gula secukupnya
CARA-CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng hirisan isi dada ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Seterusnya masukkan cendawan shitake,kacau seketika, masukkan isi dada ayam tadi.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
- Setelaah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas.
2. AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | potong dadu
- 2 biji kentang | belah empat
- 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
- 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
- 1 biji bawang Holland | potong dadu besar
- 2 tangkai daun rosmarry segar
- 1 sudu teh serbuk Thyme
- 1 sudu teh empingan cili
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan yogurt
- ½ cawan parutan keju
- 3 sudu minyak zaitun
- 1/2 biji lembon | jus sahaja
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan ayam,kentang, bawang Holland, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
- Perap lebih kurang 15 minit dalam peti sejuk.
- Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
- Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
- Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
- Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
- Keluarkan dari ketuhar, dan sedia dihidangkan panas-panas.
3. AYAM TERIYAKI
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping isi dada ayam | hiris
- 1/4 cawan kicap cair
- 2 sudu makan cuka makan
- 1 sudu makan parutan halus halia
- 2 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan gula perang/gula putih
- 1 sudu makan sedikit minyak masak
- 1 sudu makan bijan putih | goreng tanpa minyak
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
- Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
- Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15 minit. Angkata dan ketepikan.
- Sementara itu, campurkan minyak bijan, cuka makan, kicap cair dan gula dalam mangkuk. Kacau rata.
- Panaskan minyak, tumiskan parutan halia hingga wangi.
- Seterusnya, masukkan campuran sos tadi, kacau rata dan biarkan hingga kuah pekat.
- Masukkan ayam dan tutup api.
- Taburkan bijan dan gaul rata.
- Sebelum dihidangkan taburkan sedikit lagi bijan dan hirisan daun bawang jika suka.
INFO CHEF: Jangan masak ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras dan kurang berjus.
4. AYAM KARI MENTEGA YOGURT
BAHAN PERAPAN AYAM:
- 500gm isi dada ayam | hiris nipis
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu gogurt
- Sedikit garam
BAHAN CINCANG HALUS:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 1 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
- 1 biji tomato
- 1 pokok daun ketumbar
BAHAN LAIN-LAIN:
- 1 biji ketang | potong dadu
- 125gm yogurt
- 150 ml susu cair
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan serbuk cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Masukkan ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 30 minit dalam peti ais.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan cincang halus hingga wangi.
- Masukkan pula campuran rempah kari dengan cili serbuk yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata hingga timbul minyak.
- Masukkan ayam yang telah diperap, kentang dan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan seketika hingga mendidih.
- Seterusnya masukkan yogurt, susu cair. Kacau lagi hingga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
5. AYAM GORENG PERI-PERI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm drummet ayam | bersih dan toskan
- 2 biji cili merah | cincang halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos peri-peri
- 1 biji perahan lemon
- 1 sudu makan paprika
- sehelai daun bay kering
- 1 sudu teh oregano
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan mentega | untuk menumis
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng ayam
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
- Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan daun bay.
- Masukkan cili, paprika, oregano serta sos peri-peri.
- Kacau rata dan masukkan ayam , Gaul rata.
- Kecilkan api, perah jus lemon dan perasakan dengan garam dan gua secukupnya.
- Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
6. RANCH CHICKEN BITES CRISPY
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | potong dadu dan tos
- 3 sudu makan sos ranch
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1/2 cawan parut keju
- 4 biji tomato ceri
- 1 biji telur
- 2 cawan nestum
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan ayam goreng. Gaulkan ayam bersama lada hitam dan sedikit garam halus. Ketepikan.
- Sementara itu pecahkan telur dalam mangkuk,kacau rata.
- Panaskan minyak dalam kuali .
- Celupkan tempung dalam telur, kemudian gaulkan dalam nestum.
- Goreng hingga kekuningan.
- Langkah seterusnya panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Masukkan ayam goreng dalam dulang pembakar, kemudian taburkan di atasanya dengan parutan keju dan tomato.
- Bakar dalam ketuhar lebih kurang 5 minit sebelum dihidangkan.
7. CILANTRO LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong kecil
- 4 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan empingan cili
- 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- 1 biji tomato | hiris
- 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
- 1/2 cawan daun ketumbar/cilantro | cincang halus
- 4 ulas bawang putih | titik
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawnag putih, hirsan tomato. Gaul rata.
- Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis empingan cili, serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
- Panaskanketuhar pada suhu180C.
- Sementara itu, alas dulang pembakar dengan aluminium foil, kemudian masukkan perapan ayam di atasnya.
- Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili .
- Bakar lebih kurang 15 minit. Angkat dan hidangkan.
8. JEJARI AYAM NESTUM BERSAMA SOS MADU BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | hiris memanjang
- 3 cawan nestum | kisar kasar
- 2 biji telur
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 1 sudu makan daun ketumbar yang dicincing halus
- 1 sudu teh garam
- Minyak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN SOS BAWANG PUTIH MADU:
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 4 sudu makan madu
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan sos cili Thai
- 1/2 biji lemon | jus sahaja
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Keringkan ayam di atas tisu dapur.
- Sementara itu, pecahkan telur di dalam mangkuk dan campurkan lada sulah, garam,serbuk paprika dan daun ketumbar. Kacau rata.
- Celupkan ayam dalam telur, kemudian gaulkan dalam serbuk nestum. Ulang cara yang sama hingga ayam habis.
- Panaskan kuali, goreng ayam hingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.
- Sementara itu sediakan sos Honey Garlic
- Campurkan semua bahan sos dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
- Setelah cukup rasa hidangkan bersama dengan jejari ayam tadi.Cara memasak :
INFO CHEF: Anda sebenarnya, boleh gunakan serbuk roti untuk menggantikan nestum.
5 Idea Masakan Daging Yang Mudah & Sangat Sedap Dimakan Bersama Nasi Putih.
Koleksi resipi daging yang ringkas dan mudah disediakan. Bagi ibu-ibu yang buntu memikirkan menu yang sesuai dimasak untuk keluarga, RASA kongsikan beberapa cadangan masakan yang boleh anda hasilkan menggunakan daging segar. Memang sangat sedap. Selamat mencuba!
1. DAGING DENDENG HITAM BASAH
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | cuci bersih dan rebus
- 1/2 cawan kicap pekat manis
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 1 helai daun salam
- Rempah menumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN MAYANG HALUS:
- 3 biji bawang besar
- 3 batang serai
BAHAN KISAR :
- 10 tangkai cili kering
- 3 biji bawang besar
- 6 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2cm lengkuas
- 3 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
- Hiris nipis daging yang telah direbus, kemudian titik hingga nipis. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan rempah menumis dan bahan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
- Masukkan pula bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan goreng sangai dan kisar. Terus kacau hingga bahan tumisan betul-betul garing.
- Masukkan air asam, daging dan sedikit air. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa,
- Biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Tutup api.
- Daging dendeng basah sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu dendeng kering, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga garing. Dan semasa menumis tidak perlu masukkan air.
2. DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang| hiris nipis
- 1 biji bawang Holland | hiris bulat
- 1 batang seleri | hiris serong
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan yogurt
- 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunya lawang
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
- Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
- Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
- Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan panas-panas .
3. DAGING GORENG BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang| hiris nipis cuci dan tos
- 10 batang serai |hiris halus
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 biji bawang besar | hiris halus
- 20 biji cili padi | hiris
- 4 helai daun limau purut | hiris
- Garam, gula, perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya | untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 8 ulas bawang merah
- 6 ulasa bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan serai dan daun limau purut hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar dan cili padi.
- Kemudian masukkan bahan kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan pula hirisan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering.
- Masukkan sos tiram, sos tomato garam, gula dan perasa secukupnya.
- Apabila daging telah masak, angkat dan hidangkan dengan nasi putih.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
- 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 ulas bawang putih |cincang
- 3cm halia | hiris halus memanjang
- 2 batang serai | titik
- 2 biji cili merah | hiris serong
- 2 biji cili hijau | hiris serong
- 1 batang seleri |hiris serong
- 1 sudu serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
- Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
- Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
- Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau lagi seketika dan tutup api.
- Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
5. GULAI DAGING UTARA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging batang pinang | dihiris
- 400gm daging tetel | dipotong halus
- 125ml santan segar
- 1 liter air bersih
- 2 sudu makan rempak kari daging
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 helai daun pandan
- 1/2 batang lobak merah | potong dadu
- 2 bji kentang | belah empat
- Minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
- 2 batang serai | dititik
- 4 ulas bawang putih | dipotong nipis
- 5 ulas bawang merah | dipotong nipis
- 2sm halia | dipotong nipis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 5gm bunga lawang
- 3gm bunga cengkih
- 2sm kulit kayu manis
- 3gm buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang besar | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 6sm halia | dikisar
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama daun pandan, kemudian biarkan sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga garing.
- Apabila rempah garing, masukkan daging dan biarkan selama 20 minit atau sehingga lembut.
- Akhir sekali, masukkan santan , kentang dan lobak merah
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan biarkan gulai mereneh seketika dan hingga ia timbul minyak.
- Tutup api dan Gulai Daging sedia dihidangkan.