
Ada yang teringin nak buat cup cake untuk hidangan tetamu raya nanti? memang mudah dan yang penting ia sedap dan tidak menjemukan. Perisa coklat memang menjadi kegemaran ramai. Min yakin korang pun sukakan. Lihat bahan yang digunakan dan langkah membuatnya.




















Kredit : Intan Rohainah Pudin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wow, Sedapnya Sambal Gesek Nogori!

Bagi peminat pedas, makan tanpa sambal sangat tak puas rasanya. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal gesek yang dibuat oleh Syarifah Hasanuddin atau mesra dipanggil Effa.
Bak kata orang nogori sambal gesek podeh melaha. Pekena pula dengan lauk sambal kobis masak lemak atau masak lemak pucuk paku. Memang sedap. Nah Effa belanja resipi simple tapi boleh bertambah nasi.
SAMBAL GESEK NOGORI

BAHAN-BAHAN
Cili api (BELI DI SINI)
Ikan bilis (BELI DI SINI)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
Limau kasturi atau nipis
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk cili api sampai lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi.
2. Masukkan garam gaul rata.
3. Perah asam limau sampai agak berair sedikit.
Selamat mencuba!
Sumber: Syarifah Hasanuddin
ANDA PASTI SUKA RESIPI SAMBAL INI JUGA
SAMBAL SARDIN
SAMBAL KENTANG BERLADA
JOM TONTON VIDEO NI
Sambal Belado Bilis Kentang & Terung, Lauk Simple Tapi Sedap. Sepinggan Nasi Confirm Tak Cukup!

Sambal belado bilis kentang dan terung lauk simple dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Bila makan lauk macam ni tak cukup sepinggan nasi mesti bertambah.
Masakan belado begini boleh juga ditambah dengan bahan-bahan lain seperti tempe. Goreng semua bahan dan kacau sebati dengan bahan yang dikisar, rasa dia memang paling legend.
Kalau dah jemu makan lauk bersantan dan juga berlemak, boleh jadikan menu ini idea untuk hidangan keluarga. Berebut semua nak makan.
Sambal belado bilis kentang & terung

Bahan-bahan:
Ikan bilis
Kentang (potong dadu)
Terung (potong memanjang)
Tempe
(semua bahan goreng tak perlu letak kunyit)
Bawang putih
Bawang merah
Cili api merah
Cili besar
Belacan

Bahan (kisar kasar)
Bawang holand ( hiris besar
Garam
Gula

Cara Memasak:
- Goreng ikan bilis, kentang, terung dan tempe secara berasingan dan ketepikan.
- Tumis bahan kisar kasar sampai garing.
- Masuk garam, gula, dan bawang Holland

- Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
- Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang sedap!
Kredit resipi dan foto: Siti Nornaim Keng
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Asam Pedas Kembung Yang Mudah, Sedap & Tak Hanyir.
Ayam Sos Tiram Masak Cili Kering, Menu Simple Cukup Rasa. Makan Tanpa nasi Pun Layan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Jangan Asik Membijan, Ambil Tahu Dulu Asal Usul Bijan!

Terus popular bijan kebelakangan ni, tapi pernah tak kamu tahu dari mana datangnya bijan dan asal usulnya? Jom tambahkan pengetahuan selain hanya tahu gunakan minyak bijan dan biji bijan untuk memasak!

Bijan atau nama glamournya ‘sesame seed’ selalu dijumpai bila makan burger, cucur badak atau makanan jepun. Tapi saat kamu makan pernah tidak kamu terfikir bagaimanala agaknye rupa pokok bijan nih? Namanya diambil dari bahasa Latin iaitu sesamum yang dipinjam dari bahasa Greek iaitu sesamon.

Pokok di atas itu la pokok bijan. Pokok ini berasal dari benua Afrika serta India merupakan tumbuhan pertama yang digunakan oleh manusia untuk kegunaan sebagai minyak masak.
Bijan ini banyak khasiatnya yang mengandungi mineral yang mampu mencegah rheumatoid arthritis, memberi kekuatan kepada sistem pernafasan dan peredaran darah. Ia mengandungi bahan sesamin dan sesamolin yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan dan mengelakkan tekanan darah tinggi.
Pokok Bijan ini banyak ditanam di negara afrika serta beberapa negara asia seperti China, Myanmar (Pengeksport terbesar dunia) dan India, kenape Malaysia tak tanam ye? Ia terkenal sebagai Survivor Crop kerana boleh tumbuh di mana-mana tempat, tidak memerlukan penjagaan rapi oleh petani, malah boleh ditanam di pinggir kawasan gurun!




Gambar diatas ialah buah yang mengandungi bijan, bila sudah masak ia akan pecah macam pokok keembung. Mungkin sebab tu orang barat selalu guna istilah ‘open sesame!’
Kredit: kautahutak
RESIPI AYAM KEPAK MASAK MINYAK BIJAN

BAHAN-BAHAN:
- Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
- Sesame oil/Minyak bijan
- Serbuk lada hitam
- Fish sauce/Sos ikan
- Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
- Sos tiram
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat – secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
Kongsi resipi: asapdapur



