
Rindu nak makan paprik ayam di kedai Thai? Kini anda boleh je masak sendiri di rumah. Masak guna resipi ni silap haribulan, masakan anda jadi lebih sedap dari yang dijual di kedai Thai. Ha..Anak-anak pun puji tau. Jangan was-was lagi, anda boleh cuba resipi ini. Nak buatnya pun tidaklah susah. Selamat mencuba!
RESIPI PAPRIK AYAM THAI PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- Ayam bahagian dada
- Sedikit serbuk kunyit
- MAGGI® CukupRasa
- Kacang panjang
- Bawang besar
- Cili besar
BAHAN-BAHAN SOS:
- 3 biji bawang merah – ditumbuk
- 5 biji bawang putih – ditumbuk
- 1 inci halia – ditumbuk
- MAGGI® Sambal Tumis 30gm
- 1 batang serai
- Daun limau purut
- MAGGI® Sos Tiram
- MAGGI® Sos Cili
- Kicap manis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan kunyit dan MAGGI® CukupRasa.
- Kemudian, goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
- Tumiskan bahan yang ditumbuk, MAGGI® Sambal Tumis 30gm, serai dan daun limau purut. Tumis sehingga garing.
- Kemudian, masukkan air dan tambah MAGGI® Sos Cili, MAGGI® Sos Tiram dan kicap.
- Tambah MAGGI® CukupRasa untuk melengkapkan rasa.
- Apabila sudah pecah minyak sempurna, masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar dan cili besar.
- Gaul hingga sebati. Siap!
PETUA: Selain ayam, anda juga boleh memasak Paprik yang enak dengan menggunakan aneka makanan laut dan juga daging. Bahan dan cara memasaknya sama sahaja. Memang enak & dijamin berselera.
Kredit foto: Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu Apa Jadi Pilihan Sharifah Shahirah Minggu Ini & Siapakah Pemenang Saji-An Misteri Minggu Ketiga?

Sajian warisan turun temurun tentunya menjadi kebanggaan keluarga dan punya keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun terdapat beratus-ratus resipi yang serupa, namun keenakannya pastinya tak sama.
Sajian Rendang Ayam merupakan salah satu juadah popular yang menjadi kegemaran ramai. Tua muda tidak kira bangsa, semua menggemari hidangan ini. Malah setiap keluarga mempunyai resipi rendang yang tersendiri dan ianya menjadi ikutan dari generasi ke generasi.
Dimasak dengan ramuan serta rempah ratus asli, ditambah pula dengan santan kelapa segar menjadikan Rendang Ayam satu hidangan yang cukup istimewa dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Dalam setiap hidangan, pasti tidak lengkap tanpa manisan. Salah satu yang popular di kalangan rakyat Malaysia ialah Puding Sagu Gula Melaka. Dihasilkan dari bahan-bahan yang ringkas, namun kombinasi rasa lemak, masin dan manis menjadikan ia sebagai satu juadah pencuci mulut yang sangat mempersonakan.
Istimewa minggu keempat ini, Cabaran Saji-an Misteri menampilkan selebriti cantik manis Sharifah Shahirah yang menyahut cabaran memasak dua hidangan istimewa menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Siap kongsi resipi rendang warisan tau. Anda harus cuba.
RENDANG AYAM MAK ESAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – dipotong kecil
- 3 sudu makan kerisik
- 3 biji bawang besar – dikisar halus
- 3 ulas bawang putih – dikisar halus
- 15 tangkai cili kering – dikisar halus
- 5 inci lengkuas – dikisar halus
- 3 inci halia – dikisar halus
- 2 inci kunyit hidup – dikisar halus
- 6 batang serai – dikisar halus
- 300ml Santan Kelapa SAJI
- 1 helai daun kunyit – dimayang halus
- 5-6 helai daun limau purut
- Garam Gunung SAJI
- Gula Kasar SAJI
- Minyak masak SAJI untuk menumis secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak masak SAJI di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan cili kering kisar. Masak lagi.
3. Kemudian masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut dan mengeluarkan air.
4. Bila air ayam sedikit kering, masukkan Santan Kelapa SAJI. Tambah sedikit air jika perlu.
5. Tambahkan Garam Gunung SAJI dan Gula Kasar Saji dengan secukupnya.
6. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut yang diracik halus.
7. Masukkan juga kerisik. Gaul sebati hingga rendang masak sekata.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
PUDING SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan sagu – direndam 1/2 jam
- 4 cawan air – tambah air bila perlu
- 2 helai daun pandan
- Pewarna pilihan
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih.
2. Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi ditambah pewarna ikut cita rasa dan biarkan sejuk.
KUAH:
- 2 1/2 cawan Santan Kelapa SAJI
- 1/2 cawan air
- Secubit Garam Gunung SAJI
- 1 helai daun pandan – simpul
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan Santan Kelapa SAJI dan Garam Gunung SAJI ke dalam periuk.
2. Tambahkan sedikit air. Biarkan mereneh.
3. Masukkan daun pandan. Masak hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
AIR GULA MELAKA:
- 1 ketul gula kabung /gula melaka – potong kecil
- 1/4 cawan Gula Kasar SAJI
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Secubit Garam Gunung SAJI
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan dan masak sampai agak pekat. Padamkan api.
2. Campur sagu, air gula melaka, santan dan sejukkan sebelum dinikmati.
Pemenang Minggu Ketiga
Tahniah kepada para pemenang Saji-an Misteri minggu ketiga. Berikut merupakan mereka yang terpilih berdasarkan pilihan juri.
1. Bsod666 | @bsod666
2. Hamnee Mod Zain | @amnee_janne
3. Zuhira Mohd | @zuhira_mohd
4. Ticer Shahira SharapOva | @ticershahira
5. Aizan | @aizanaziz31
Masak, Kongsi & Menang!
Nak menang wang tunai RM500 serta barangan SAJI? Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu tonton aksi empat personaliti ini memasak pada setiap minggu di mana mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan bahan yang ada di dalam kotak misteri SAJI terutamanya produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI.

Santan Kelapa SAJI diperbuat daripada perahan kelapa segar yang terbaik. Aroma dan teksturnya yang lemak berkrim menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk setiap hidangan di atas meja. Santan Kelapa SAJI juga bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet.
Aksi empat personaliti ini dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November 2020. Kalau anda nak sertai, ini cara-caranya:
- Follow Instagram @majalahrasa @sajimalaysiaofficial
- Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mestilah menggunakan produk SAJI.
- Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.

Tonton video Saji-an Misteri Sharifah Shahirah disini:
Siapa Bakal Bergelar Juara? Ini 12 Finalis Yang Layak Ke Separuh Akhir jagOH! RASA BABA’S

Setelah empat minggu menjelajah ke empat zon di Malaysia, Pencarian jagOH! RASA BABA’S kini menghampiri kemuncaknya. 12 orang peserta mewakili zon Utara, Pantai Timur, Selatan dan juga Sentral telah pun dikenal pasti. Bukan biasa-biasa ya calon juara ni. Semuanya hebat belaka.
Misi mencari jagOH! RASA BABA’S dimulakan dengan zon Utara di mana selebriti Shiha Zikir merupakan team leader bagi kawasan ini. Dari puluhan penyertaan yang dihantar secara atas talian, hanya 13 orang peserta sahaja dipilih untuk ke peringkat penjurian yang berlangsung di MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kari dan orang Utara memang kamching! Memang tidak boleh dinafikan menu-menu yang dimasak, memang sangat padu dan sedap. Masakan homemade tapi ibarat makan hidangan kari dari restoran terkenal. Semerbak bau kari dalam bilik juri. Memang terbaiklah!




Seminggu kemudian, team jagOH! RASA BABA’S menjelajah pula ke MYDIN Tunjong, Kota Bharu Kelantan bagi mencari wakil bagi zon Pantai Timur. Kakak kawasan mereka tidak lain tidak bukan adalah selebriti yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Shahirah.



Jangan tak tahu, masakan orang Kelantan, Terengganu dan Pahang ni pun tak kurang hebatnya. Sajian istimewa Pantai Timur yang dimasak menggunakan rempah BABA’S. Ada Kari Otak Lembu, Gulai Kawah, Gulai Darat, Kari Ikan, Kari Kambing dan banyak lagi.









Malah kreativiti peserta menghasilkan menu-menu fusion dan moden menggunakan rempah kari BABA’S seperti Kari Kofta, Kari Kekacang Lamb Skewer, Kari Western Spageti dan macam-macam lagi turut mengagumkan para juri.


Usai bertemu orang Pantai Timur, tiba giliran orang Selatan pula menunjukkan kehandalan memasak. Bertempat di MYDIN Mutiara Rini, Johor Bahru, Feeya Iskandar atau lebih terkenal dengan panggilan Cik Piah, menjadi team leader menampilkan barisan peserta terbaik mewakili Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk para juri menilai masakan mereka.






Bukan mudah nak pilih wakil ni. Hebat-hebat menunya. Bergegar lidah juri merasa semua masakan. Dari pagi sampai ke petang juri menilai dan meneliti hidangan yang memenuhi kriteria. Ada Nasi Turkey, Mee Rebus Johor, Laksa Johor, Chicken Masu Nepali, Savoury Mutabak Choux Ala Babas, Kari Pathan, Kari Tenggiri, Bebotok, dan banyak lagi sajian istimewa orang Selatan yang dimasak menggunakan rempah Babas dengan cara yang tersendiri.








Selesai team Shiha, Kak Shiera & Cik Piah, giliran team Zulin Aziz pula menunjukkan belang. Kalau nak tahu, team Sentral mencatatkan paling banyak penyertaan. Memang hangat sambutan yang diberikan. Di lokasi lain, penjurian hanya dua sesi tapi di MYDIN Subang Jaya, Selangor ni kena buat tiga sesi. Bak kata para juri, kawasan sentral ni paling pening untuk pilih wakilnya. Malah slot untuk Wild Card juga semua dibolot oleh team Sentral! Terbaiklah orang KL & Selangor!


Hangat memang hangat. Pada sesi penjurian di setiap lokasi, memang ‘strugggle’ para juri nak memilih juadah mana yang terbaik sebab semuanya enak-enak belaka. Para peserta pula terdiri dari pelbagai latar belakang dan masing-masing punya kepakaran yang tersendiri.
Sepanjang pertanding berlangsung di empat lokasi ini, banyak kisah suka dan duka yang bakal menjadi memori.
Ada peserta yang kemalangan hingga terpaksa naik kenderaan awam ke tempat pertandingan, terlewat sampai disebabkan kesesakan lalu lintas dan cuaca buruk, mangkuk pecah ketika sesi plating, masakan yang siap dihias tertumpah hingga terpaksa kru bantu untuk sediakan pinggan hidangan yang dan banyak lagi. Mendebarkan tetapi ia pasti menjadi satu kenangan indah dalam mencari jagOH! RASA BABA’S kali ini.










Malah pertandingan ini juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dimana Puan Selvi Nadaraja yang berumur 69 tahun menjadi peserta tertua yang masuk bertanding dan beliau juga terpilih untuk ke peringkat separuh akhir bagi mewakili kawasan Sentral!


Di setiap lokasi, semua masakan diadili berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh barisan juri yang terdiri dari Cik Ida Abd Aziz, Editor Pengurusan Rasa, Encik Claudian Navin Stanislaus Babas; Ketua Komunikasi & Pemasaran Pengguna BABA’S, Encik Farhan Hafetz; Pengurus Komunikasi & Pemasaran Pengguna BABA’S dan barisan team leader Shiha Zikir (Utara), Sharifah Shahirah (Pantai Timur) Feeya Iskandar (Selantan) & Zulin Aziz (Sentral).
Berikut adalah senarai 12 peserta yang berjaya menduduki tangga teratas pencarian jagOH! RASA BABA’S.
TEAM UTARA:

- Mastura Binti Mohammad Nordin – Udang Masak Berempah
- Norsyahida Binti Mat Isa – Kari Kepala Ikan Nyok-Nyok
TEAM PANTAI TIMUR:

- Asmahani Binti Mohamad – Focaccia Kari Baba’s & Kari Kofta
- Wan Nurliza Binti Wan Nor – Daging Masak Serai Berempah
TEAM SELATAN:

- Aliff Bin Oslan – Savoury Murtabak Choux Ala Babas
- Mohd Sharifudin Bin Salleh – Lamb Chop Hitam Manis Masa’la Baba’s
TEAM SENTRAL:

- Budiman Bistari Bin Mohamed – Nasi Paella Kari Ikan Babas Karipoley
- Nor Azimah Binti Ahmad Afandi – Shell Out Kasih Babas
- Muhammad Qayyum Irwanzi Bin Alwi – Ayam Goreng Kari Babas- Saranghae
- Fazerina Binti Ibrahim – Ayam Masak Vanggey – Nasi Kandar Melayu
- Fazalina Binti Ismail – Nasi Udang Berempah Dengan Sotong Sumbat Bersos Spicy Creamy Cheese & Salad Mangga Sotong Ala Baba’s
- Selvi Nadaraja – Pumpkin Crab Peratal
Siapakah yang bakal terpilih sebagai TOP 4 dan seterusnya mewakili zon masing-masing ke peringkat akhir bagi membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000?
Anda boleh bantu mereka merialisasikan impian bergelar jagOH! Jadi jangan lupa undi peserta pilihan anda di www.rasa.my/babas/ bermula 1-31 Julai ini.
Nantikan ya!
Hanya Jarak Yang Memisah, Kerinduan Terubat Dengan Masak Resipi Mak.

Esok seluruh umat Islam di seluruh dunia akan mula menjalani ibadah puasa. Biasanya pada saat-saat begini, ramai yang mengadakan kenduri kecil-kecilan atau majlis Mantai bagi meraikan kedatangan Ramadan. Meriahnya seakan raya dengan hidangan seperti lemang, ketupat dan rendang.
Saat ini jugalah sang anak yang jauh di rantauan akan mengambil cuti dan pulang ke kampung halaman untuk ‘menyambut puasa’ bersama ibu bapa tercinta. Memang meriah dan menyeronokkan. Terukir senyuman manis di bibir emak dan ayah yang tua, melihat anak dan cucu di depan mata.

Bau wangi masakan di dapur, aktiviti bertukar juadah bersama jiran-jiran menjadikan saat ini sangat menghiburkan.
Namun apakan daya, tahun ini suasananya agak berbeza dan tentunya tidak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Penularan wabak Covid-19, memberi impak yang sangat mendalam. Siapa sangka, hanya dalam beberapa waktu sahaja, masyarakat terpaksa menjalani kehidupan yang luar dari kebiasaan.
“Luangkan masa bersama anak-anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlulah kemana-mana. Just stay at home” – TSMY
Rasa sayu dan sedih bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan perhubungan fizikal. Namun kita juga harus selalu bersyukur kerana adanya kemudahan teknologi seperti telefon pintar dan internet untuk terus berhubung.
Manfaatkan kemudahan yang ada. Jika sebelum ini kita sibuk dengan urusan kerja dan tiada masa untuk memasak, gunakan waktu PKP ni untuk buat ‘’video call’ dengan ibu di kampung. Belajar terus secara ‘online’ ni lagi mudah dan pasti jadi berbanding ikut resipi bertulis.
Ramai juga yang sedih kerana puasa tahun ini tiada bazar Ramadan. Terasa kurang meriah kan? Namun jangan risau kerana RASA awal-awal lagi telah sediakan pelbagai resipi menarik istimewa buat anda.
30 Hari 30 Resipi Sahur, 30 Hari 30 Resipi Bazar, 30 Hari 30 Resipi Berbuka & 30 Hari 30 Resipi Bubur & Kuih Muih adalah antara pengisian dan himpunan resipi yang akan memudahkan anda memasak sajian buat keluarga setiap hari di bulan Ramadan ini. Pilih sahaja sajian mana yang berkenan di hati. Pastinya mudah dan sedap untuk dinikmati.

Masa masak tu, bolehlah buat panggilan video dengan mak, adik beradik dan sahabat handai. Kadang-kadang, kita tak sangka boleh masak sajian yang hebat. Tapi sebenarnya boleh je. Inilah masa nak tunjuk bakat!
InsyaAllah Ramadan kali ini boleh dirasai ‘kemanisannya’ jika kita sentiasa bersyukur. Walau insan tercinta jauh dimata, tapi sekurangnya kita masih boleh berhubung. Diharap dengan pengorbanan ini boleh memutuskan rantaian Covid-19 dan supaya kita semua boleh bersama kembali dengan keluarga dan menyambut Syawal dengan gembira seperti tahun-tahun sebelumnya.
JOM CUBA!

