Di media sosial terdapat banyak resipi-resipi viral yang menarik perhatian kita untuk mencubanya. Semuanya sangat mudah disediakan, sedap dan sesuai disajikan buat keluarga tercinta. Rata-rata resipi yang viral ini adalah resipi harian mudah yang senang untuk kita cari bahannya dan cara memasaknya juga tidak rumit. Khas buat anda, RASA kongsikan bersama anda seleksi resipi-resipi yang pernah viral di FB yang boleh anda cuba. Memang sedap dan dijamin menjadi. Selamat mencuba!

 

KOLEKSI RESIPI VIRAL YANG POPULAR DI FB

1. TORTILLA TWISTER HOMEMADE

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

 

BAHAN-BAHAN:

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

  • Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
  • Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
  • Mayones secukupnya
  • Sos Thousand Island secukupnya
  • Daun salad secukupnya
  • Tomato – potong dadu  
  • Lobak merah – disagat
  • Timun – disagat
  • Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa

BAHAN PERAP AYAM

  • Tepung gorengan serbaguna
  • Telur – dipukul
  • Bahan perasa

CARA MEMASAK:

1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.

2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.

3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.

5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.

6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.

8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

9. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mastura Razali

 

 

2. BIHUN SUP SIAM

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

 

BAHAN-BAHAN:

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

  • Kuetiau/ bihun/mi – dicelur

BAHAN KUAH SUP SIAM

  • 4 ketul dada ayam
  • 1/2 kg kaki ayam
  • 2 inci halia – dititik
  • 2 batang serai  – dititik
  • 1 inci lengkuas  – dititik
  • Sos tiram secukupnya
  • Sos sotong secukupnya
  • Kicap secukupnya
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Daun ketumbar & akar ketumbar
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)

 

BAHAN SAMPINGAN:

Ads

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

  • Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
  • Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
  • Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.
  • Emping cili kisar – boleh beli di pasaraya
  • Fish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelur
  • Tauge

CARA MEMASAK:

  1.  Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis.
  2.  Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap.
  3.  Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk.
  4.  Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi.
  5.  Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api.  
  6.  Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
  7. Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nur Ramizah

 

 

3. NASI AYAM PENYET RANGUP

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

 

BAHAN UNTUK AYAM:

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

  • 1 ekor ayam – dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Masa rebus, masukkan kiub pati ayam ke dalam air rebusan. Air rebusan ayam jdisimpan untuk dijadikan sup.
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Sedikit air untuk mengisar
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • 1/2 cawan tepung beras | tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
  • 1 biji telur | tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

BAHAN SANGAI TANPA MINYAK:

  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar

BAHAN SAMPINGAN LAIN:

  • Tauhu
  • Tempe

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan sangai, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambah sedikit air kemudian kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan kisar pada ayam yang telah direbus. Perapkan selama 2-3 jam sebelum dimasak. Lagi enak jika diperap semalaman.
    Gaul tempe dan tauhu bersama lebihan bahan perapan ayam. Goreng hingga garing. Ketepikan.
  3. Baki bahan perapan ayam dan tempe yang selebihnya jangan dibuang. Gaulkan pula bersama telur dan tepung beras. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
  4. Celupkan ayam perap tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
    Renjiskan baki adunan tepung mengoreng ayam ke dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.

 

BAHAN SUP AYAM:

 

  • Baki air rebusan ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 inci halia – dihiris
  • Daun sup dan daun bawang  – dihiris
  • Bawang goreng 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air rebusan ayam diatas dapur dan tambahkan serai, halia serta sup bunjut. Biar hingga mendidih.
  2. Perasakan sup dengan garam kemudian taburkan daun sup serta daun bawang.
  3. Bila nak dihidangkan, tabur bawang goreng jika suka.

 

BAHAN SAMBAL PENYET

  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang merah | belah 4
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 5 biji tomato | belah 4 
  • 5cm belacan bakar
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan gula merah
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Limau nipis atau limau kasturi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan minyak yang sama,gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layu.
  3. Tunggu bahan-bahan goreng tadi sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam pengisar kering. Tambah ikan bilis serta belacan. Kisar halus.
  4. Panaskan semula baki minyak menggoreng tadi dan tumis bahan kisar hingga
  5. Perasakan dengan gula merah dan garam secukup rasa.
  6. Perah limau kasturi jika suka.
  7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas, ayam goreng serta sup.

 

Kredit resipi & foto: Zira Tag

 

 

4. KEK 2 BAHAN

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

BAHAN-BAHAN:

  • 2 bungkus Oreo
  • 1 kotak susu coklat kecil (200ml)

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

CARA MEMASAK:

  1. Patah-patahkan biskut Oreo dan masukkan dalam blender. Tuang susu dan kisar sekaligus sampai sebati.
  2. Tuangkan ke dalam acuan kukus yang disapu marjerin sikit.
  3. Apabila air kukusan dah mendidih, kukus dalam 15-20 minit.
  4. Bila kek dah sejuk, boleh letak topping ikut citarasa sendiri.

INFO CHEF: Jika gandakan adunan resipi, kukus kek selama 30 minit.

 

Kredit resipi & gambar:  Zuraita Mohd Anua

 

 

5. NASI AYAM THAI

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

BAHAN-BAHAN:

  • Isi dada ayam
  • Akar ketumbar
  • Hirisan halia secukupnya
  • Air secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasi
  • Kiub pati ayam secukupnya
  • 3 cawan beras – dibersihkan dan ditos

 

BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:

  • Sos cili thai maggi
  • 1 sudu kicap pekat
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • Sedikit air jika perlu
  • Cili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas

 

CARA MEMASAK:

  1. Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.

5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!

Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.

Kredit resipi & gambar: Shahril Romli

 

 

6. CHICKEN PIZZA

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

BAHAN AYAM:

  • Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipisa
  • Tepung bestari ( pedas)

CARA-CARA:

  1. Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
  2. Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.

TOPPING:

  • Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.
  • Nanas dalam tin
  • Tomato
  • Lada benggala merah
  • Keju mozzarella parut
  • Chilli flakes

CARA MEMASAK:

1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.

2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

3. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Yumni Syazwani‎ 

Ads

 

 

7. TAUHU BERGEDIL DAGING

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

BAHAN-BAHAN:

  • Tauhu kering
  • 5-6 biji ubi kentang
  • Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
  • Bawang goreng secukupnya
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2-3 sudu makan bawang goreng
  • Daun sup – potong halus
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • 2-3 biji telur
  • Garam & serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
  2. Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
  3. Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
  4. Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
  5. Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
  6. Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
  7. Pecahkan telur dan pukul.
  8. Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
  9. Sedia untuk dinikmati bersama sos.

 

BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau gula merah
  • Bijan (disangai)
  • Gula biasa (kalau kurang manis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit belacan
  • 300ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.

Kredit resipi & gambar: Izan Abd Rahman

 

 

8. GARLIC BREAD TANPA MSG

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

 

BAHAN-BAHAN:

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

  • Roti gardenia (potong panjang-panjang)
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit Parsley flakes
  • Unsalted butter / mentega tanpa garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang putih sampai lumat.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

2. Unsalted butter dah habis. So Aya beli yang ni. Sebaiknya, beli unsalted butter ye.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

3. Tumis bawang putih dengan mentega tadi. (Nota RASA:  untuk 1 ulas, anggaran 1 sudu teh lebih kurang.)

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

4. Tumis sampai macam ni. Jangan sampai hangit pula.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

5. Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan ( Nota RASA: jumlah emntega bergantung pada roti yang anda guna.)

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

6. Gaul sampai sekata.

Ads

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

7. Letak sikit parsley flakes. Jangan banyak sangat.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

8. Gaul sampai macam ni.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

9. Sapu dekat roti.

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

10. Bakar dalam oven/ pemanggang ajaib hingga garing. ( Nota RASA: Kalau guna ketuhar, suhu antara 160C dan bakar dalam 5 minit atau hingga roti nampak keperangan.)

Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB

11. Taraaaa siap! Sedia di hidang untuk si kecil anda!

 

INFO: Kalau ada sup cendawan, memang lagi sedap.

 

Kredit resipi & foto: Aya Zuki

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

resipi viral

resipi viral

resipi viral

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI