Dapatkan Primada Mircocomputer Rice Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar daun pandan bersama secawan air. Tapis dan ambil airnya sahaja. 2. Bancuh semua bahan bagi sebati. 3. Kemudian, letakkan di atas dapur dan biarkan ia mendidih.
Sambal tempoyak bilis petai ini memang sedap dan memanggil-manggil untuk makan bertambah-tambah nasi nanti.
Sebenarnya mudah saja nak masak sambal tempoyak bilis petai ini. Bahan pun tak banyak sangat guna. Lauk yang cukup simple tapi boleh berpinggan makan nasi. Tak caya, cubalah!
Okay, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sanah Anaini ye.
Sajian asam rebus menjadi kegilaan ramai. Manakan tidak, mendengar namanya sahaja sudah mampu mengecurkan air liur. Titisan kuah beraroma, pedas dan masam ini menjadikan sajian dinikmati penuh berselera hingga ke akhir suapan.
Nak cuba? Jom lihat menu-menu yang boleh anda sediakan tengah hari ni.
1. KELADI MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm batang keladi
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
Sedikit hirisan lengkuas dan halia | dimayang halus
Sedikit ibu kunyit
2 tangkai daun kesum
Sedikit belacan
800ml air
CARA MEMASAK:
Batang keladi dibersihkan lalu dipotong kecil. Basuh dan toskan airnya. Celur seketika.
Tumbuk belacan, cili kering, bawang merah, bawang putih dan ibu kunyit sehingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk, daun kesum, asam gelugur dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan batang keladi. Kacau rata.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Apabila batang keladi kelihatan lembut, angkat dan nikmati bersama nasi putih.
2. LALA MASAK ASAM REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris nipis
2 biji cili merah | dihiris nipis
4 biji cili padi | dihiris nipis
1 batang serai | dihiris nipis
2cm lengkuas
2cm halia
1 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2cm kunyit
4 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata.
Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. ASAM REBUS IKAN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1/4 biji nanas | dipotong kecil
Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji cili merah | ditumbuk halus
Sedikit belacan | ditumbuk halus
2 biji bawang merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan. Jika guna ikan bersaiz besar, potong kecil.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih.
Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
4. ASAM PEDAS DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | dihiris nipis
4 keping asam gelugur
2 ulas bawang putih
5cm lengkuas
3cm kunyit
15 biji cili padi merah dan hijau
1 sudu makan biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
Garam secukup rasa
Air secukupnya | untuk merebus
CARA MEMASAK:
Tumbuk biji ketumbar dan jintan manis. Jangan terlalu halus.
Masukkan kesemua bahan (kecuali cili padi ) ke dalam periuk. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk.
Kemudian masukkan garam dan cili padi. Imbangkan rasa masin mengikut cita rasa anda.
Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya guna daging batang pinang kerana ia mudah empuk.
Terasa nak makan aiskrim goreng? Kalau nak beli pun, susah jumpa gerai yang jual. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Bahan-bahan sangat mudah malah lebih jimat. Boleh makan puas-puas! Jom cuba. Kalau tak habsi, boleh juga frozenkan dan nikmati bila-bila masa.
AISKRIM GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Aiskrim – perisa ikut kegemaran masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping roti dan sudukan aiskrim secukupnya. Letak di tengah-tengah. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
2. Kemudian ambil cawan atau gelas dan tekap pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi. Jika ada cookies cutter berbentuk bulat pun boleh juga guna.
3. Hasil roti yang telah ditekap. Jika ada lubang dekat tepi, tekan supaya roti tertutup kemas. Ia bagi mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu digoreng.
4. Simpan aiskrm yang telah ditekap tadi di dalam peti sejuk beku paling minimun 1 jam. Lebih lama lagi bagus.
5. Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan tunggu hingga minyak betul-betul panas.
6. Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan pantas kerana roti cepat garing.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!