Muruku dan Deepavali sangatlah sinonim. Sama jugalah dengan hari raya dengan lemang. Senang cakap, kena ada. Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah sepanjang Deepavali nanti. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih sedap sebab air tangan sendiri. 

Kali ni RASA nak kongsi resipi kudapan berupa muruku cheese yang rasanya manis dan berlemak. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka makan muruku macam ni.

MURUKU CHEESE

Muruku Cheese Buat Deepavali Lebih Istimewa

BAHAN-BAHAN
175 gram tepung beras pulut (BELI DI SINI)
250 gram krim keju
100 gram gula ising
1 biji telur ayam
60 gram air
1/2 sudu kecil garam (BELI DI SINI)
Minyak masak untuk menggoreng

IKLAN

Cara memasak
1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam.
3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul.
4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana.
5. Angkat muruku setelah ia kelihatan kekuningan.

Selamat mencuba!

IKLAN

 

ANDA MESTI SUKA RESIPI INI

IKLAN

DAGING GORENG PETAI

KEK CHIFFON PANDAN

JOM TENGOK VIDEO NI

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI