Peminat pelbagai minuman boba yang sedap boleh cuba minuman tersebut di Gerai Ibu Ila, Kampung Delek Kanan, Klang. Cita rasanya bagai minuman boba yang mahal. Namun harganya sangat berpatutan. Selain boba, ada juga dijual minuman lai chi kang dan juga bomboloni.
Gerai ini dinamakan Gerai Ibu Ila bersempena dengan nama pemiliknya Rahila Eila. Waktu operasi adalah dari jam 12 tengah hari hingga jam 10 malam. Harga bermula dengan RM5 untuk lai chi kang. Minuman lain bermula dengan RM6 untuk saiz biasa dan RM8 untuk gelas besar.
.
GERAI IBU ILA
Lokasi: Kampung Delek Kanan (sebelah balai raya, berhadapan Kedai Dobi Kita dan Kedai Waq Dan Gas)
Waktu Operasi: Jam 12 tengah hari – 10 malam (Sabtu hingga Khamis), Jumaat tutup.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie meraikan rakan korporat, warga kerja dan anak-anak
yatim dalam Majlis Citarasa Desa Bufet Review yang diadakan di Kites Restaurant, Shah Alam, Selangor.
Pada majlis ini 35 orang anak yatim berusia antara empat hingga enam tahun itu dari Rumah
Nur Sakinah, Bandar Pinggiran Subang telah menerima sumbangan ikhlas dan buku
pendidikan serta buku aktiviti dari Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Majlis ini telah
dirasmikan oleh Pengurus Besar Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie dan Datuk Aznil Haji
Nawawi. Selain Datuk Aznil Haji Nawawi, antara yang hadir memeriahkan majlis adalah Shiha
Zikir, Qody, Pasha, Nizam Laksamana, Ezlyn, Kay Khydir, Zaim, Lana Nordin dan beberapa lagi
artis di bawah pentadbiran Musik-Musik.
Dalam pada masa yang sama, pihak hotel mengadakan Bufet yang bertemakan
‘Citarasa Desa’ bersama 200 sajian disertakan beberapa ‘stall’ berkonsepkan masakan
tradisional, bazar ramadan, dan suasana kampung ini pasti memeriahkan lagi ramadan nanti.
Antara hidangan istimewa yang telah disediakan oleh professional chef kami ialah Kambing
Golek, Satay Klasik Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar
Aroma Desa, Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk,
Dodol Durian Kampung, Aneka Kerabu dan Pencuci Mulut yang pastinya menepati selera.
Kali ini, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie telah membawa Chef Professional iaitu Othman
Abu Baker, yang telah berkhidmat di dalam bidang masakan hampir 30 tahun untuk menjadi
ketua masakan bagi Ramadan kali ini. Selain itu, hotel juga telah membuat resepi baru
untuk menarik pelanggan menjamu selera. Antara tarikan berbuka dengan kami ialah
mendapat parking percuma, WiFi, tempat permainan kanak-kanak, Surau, live band, badut,
pertunjukan masakan dan pelbagai lagi.
HARGA CITA RASA DESA BUFET, KITES RESTAURANT
TARIKH NORMAL
6 Mei 2019 – 4 Jun 2019
TARIKH EARLY BIRD
SEKARANG– 30 April 2019
WAKTU OPERASI
6.30 PM – 10.30 PM
HARGA NORMAL
Dewasa RM 148 nett
Kanak-kanak RM 75 nett
Warga emas RM 99
HARGA EARLY BIRD
Dewasa RM 118 nett
Kanak-kanak RM 48 nett
(6 – 12 tahun)
Warga emas RM 88
(55 tahun ke atas)
Food Review untuk Ramadan Buffet sudah bermula, antara yang awal mengadakan food review ialah Sime Darby Convention Centre (SDCC), Bukit Kiara Kuala Lumpur. Meneruskan tradisi, kali ini SDCC mempromosikan tema ‘Jalan-Jalan Ramadhan Buffet’. Di mana anda boleh kunjungi gerai-gerai pilihan yang ditempatkan di beberapa jalan utama seperti Jalan Daud, Jalan Imbi, Jalan Konlay, Jalan Kepong, Jalan Sungkai dan Jalan Lang Emas.
Sesuai dengan tema ini, Pastry Chef Mohd Nordin Bin Abdullah bertanggungjawabkan mengetuai team chef menyediakan pelbagai jenis menu yang pasti menjadikan anda yang datang untuk iftar di SDCC kecur air liur. Sudah pasti menu wajib cuba di sini adalah Udang Sambal Tumis Petai, Bubur Lambuk Berherba, Kambing Panggang dan Kacang Pool Istimewa.
Selepas solat Maghrib, anda semua boleh sambung makan dengan mengunjung mana-mana gerai berkenan di hati kerana ada 30 gerai disediakan yang turut mempamerkan live cooking Sup Berempah, Laksam Kelantan, Gulai Kawah, Lidah Bakar, Ayam Panggang Dalam Tempayan, Teppanyaki, Assorted Sushi and Sashimi, Sizzler, Hot Plate dan pelbagai cucur seperti cucur udang dan goreng pisang. Atau, anda boleh mencuba Roasted Crispy Duck with Plum Sauce serta kerang dan ikan bakar yang panas-panas, memang menyelerakan.
Jangan tak tau, makanan barat pun ada, jadi gerai yang wajib anda singgah ialah di gerai Italian Pasta yang menyediakan pelbagai menu pasta. Istimewanya, pasta akana hanya disediakan apabila ada permintaan. Antara menu boleh anda pilih adalah Spaghetti Carbonara atau Tomato Concasse, Panne atau Fettuccine with Balognese.
Terasa dahaga, anda boleh saja pilih minuman sejuk atau panas di gerai minuman yang menyajikan pelbagai variasi minuman kegemaran rakyat Malaysia, seperti Teh & Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Guana Asam Boi, Cincau, Air Jagung, Air Tebu, Ais Blended dan Mocha.
Sambil mengopi, anda boleh cuba pelbagai jenis kuih muih tempatan. Antara manisan tradisional turut dihidangkan Tapai Pulut, Wajik dan Dodol. Ingin rasa yang lebih segar, panas atau sejuk, anda boleh cuba ABC, Pancake, Ice Cream dan Orio Churros with Caramel Sauce and Green Tea Caramel.
Istimewa menu tambahan setiap hari Jumaat dan Sabtu, anda boleh menikmati, Gulai Siput Sedut, Otak-Otak Sotong Sumbat, Baked Saffron Lamb with Saffron Rice, Green Tea Caramel dan Chili Crab Chinese Style Cooking.
Buffert Ramadan bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam, dari 6 Mei hingga 2 Jun 2019. HargaRM99++ (dewasa), untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun) serta warga emas 60 tahun ke atas diskaun 25%, dan kanak-kanak usia bawah lima tahun adalah percuma.
Jika teringin makan steamboat, anda boleh ke D’Atap Gazebo Steamboat yang menawarkan 100 jenis item hanya dengan RM49++ (dewasa), RM37++ kanak-kanak (5-12) serta warga emas (60 tahun ke atas), untuk kanak-kanak di bawah usia lima tahun adalah percuma.
Ingin mencuba masakan Cina, anda boleh terus ke Restoran China Treasures juga di SDCC, restoran ini menawarkan 60 jenis makanan All -You-Can -Eat ala minute Dishes seperti Deep Fried Shimeji Mushroom with Salted Wgg Yolk and Chili Powder, Steam Grass Craps with Minced Chili Soya Sauce, Deep Freid Tiger Orawns with Creamy Butter Sauce dan banyak lagi yang semuanya boleh anda nikmati bersama 79 variasi dimsum yang sungguh sedap. Untuk semua ini anda hanya perlu membayar RM99++ (dewasa) Diskaun 25% (kanak-kanak usia 6-12 dan warga emas 60 tahun ke atas), kanak-kanak bawah usia 6 tahun adalah percuma, Buffet Ramadan Dinner ini bermula dari 1 May hingga 30 Jun 2019, dari 7.00 malam -10.30 malam.
Ramadan yang bakal menjelang tiba disambut dengan penuh kesyukuran. Bulan ini masanya keluarga dan rakan-rakan berkumpul bersama untuk meraikan bulan yang mulia ini.
Bagi meraikan bulan yang penuh keberkatan yang bakal tiba nanti, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mengadakan rebiu Ramadan buat para media untuk merasai hidangan homecook , di mana mengingatkan resipi ibunda yang tiada tandingan untuk tetamu apabila berbuka puasa di hotel ini.
Bagi menambah keceriaan di kala waktu berbuka puasa nanti, tetamu dihiburkan dengan persembahan Ghazal.
Pelbagai menu terpilih bakal dihidangkan pada tetamu antaranya Nasi Kerabu, Paru-Paru Berlada, Pedal Hati Ayam Masak Cili, Tempeh, Acar Buah, Acar Rampai dan juga seleksi buffet antarabangsa seperti Thai Green Curry Duck, Dawood Basha( Arabic Lamb Ball), Indian Style Chicken Masala, Salmon Fillet dan pelbagai lagi.
Anda juga boleh memilih seleksi makanan dari gerai yang menggamit rasa seperti Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda, Lempeng Pisang Kelapa Bidara, Pisang Goreng Keju Makmur, Aneka Sup Serantau, Rendang Daging Khatulistiwa, Popiah Basah Mahsyur, Kambing Golek Penawar Rindu, Nasi Lemak Lobster Tersohor, Otak-Otak Dibuai Rasa dan Sous Vide Burger Nusantara.
Tidak lengkap hidangan tanpa manisan. Antaranya seleksi buah-buahan segar, pilihan kuih muih Melayu dan kek seperti Mango Charlotte, Pandan Chiffon Cheese Cake, Chocolate Brownies dan lain-lain.
Bufet Ramadan bermula dari 8 Mei hingga 6 Jun dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di tingkat 14. Pada minggu pertama 8-12 Mei dan minggu terakhir 29Mei-2Jun, harga untuk dewasa ialah RM48nett. Sepanjang 13-28 Mei, harga untuk dewasa ialah RM128 manakala untuk kanak-kanak RM 58. Rebut harga early bird sekarang hanya RM98 nett untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM48.
Buat anda yang tercari-cari Nasi Briyani untuk hidangan berbuka, hotel ini menyediakan Nasi Briyani Take Away berlauk ayam atau kambing yang disediakan oleh Chef Yusoff. Gerai Nasi Briyani akan berada di lobi hotel dari jam 5 petang hingga 8 malam dengan harga RM10nett. Untuk membuat tempahan anda boleh menghubungi Big Apple Restaurant.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.