Zaman sekarang, niaga makanan adalah antara yang boleh mendatangkan wang dengan cepat. Nak cuba niaga roti golok? Boleh cuba resipi ini. Ringkas dan sedap.
Roti Golok ni pernah viral suatu ketika dulu. Jadi sejak viral tu memang ramai peminatnya. Kalau beli, sebiji roti golok berharga RM2. Jadi, jom cuba buat sendiri. Puas makan.
Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea di facebook RASA Share Resepi. Bolehlah cuba.
BAHAN A
1 cawan air suam
1 peket yis segera
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam / kuning telur
BAHAN B
4 cawan tepung roti / tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin (BELI DI SINI)
1 sudu kecil pelembut roti
1/2 sudu kecil garam halus
TOPPING
Marjerin (BELI DI SINI)
Gula kastor secukupnya (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua BAHAN A kecuali telur ayam. Kemudian kacau sebati.
2. Biarkan sehingga yis mengembang. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, satukan pula BAHAN B.
4. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan.
5. Ambil adunan BAHAN A tadi. Campurkan telur ke dalamnya. Adun rata.
6. Tuang BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan menjadi doh.
7. Uli doh sehingga lembut dan elastik.
8. Bulatkan doh dan sapukan keliling doh dengan sedikit minyak masak.
9. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
10. Tumbuk-tumbukkan doh tersebut dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil ikut saiz yang disukai.
11. Bentukkan doh tersebut. Kemudian susun doh di dalam loyang pembakar yang telah digris.
12. Rehatkan doh selama 20 minit atau sehingga doh mengembang. Dalam masa sama, panaskan oven.
13. Sapukan permukaan doh dengan sedikit air.
14. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing .
15. Setelah masak, sejukkan seketika sebelum diletakkan topping. Sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi: Farisha Sofea
Nak resipi lain?
Sambal Goreng Peria Ikan Bilis
Kerepek Labu Rangup Lemak Manis
Jom tengok video ni