Siapa pernah masak sayur ni? Mesti pernahkan malah ada yang berhadapan bila menggoreng sayur bendi ni berlendir dah macam gam UHU. Walaupun masakan ni nampak simple kalau tak kena cara, maka tak cantik kejadiannya. Yatie Kitchen kongsi tip agar bila goreng bendi tak berlendir dan cantik, basuh bendi bersih dan lap sehingga kering sebelum dipotong serong-serong. Tumis menggunakan bawang putih saja, kalau saya pakai bawang merah terus berlendir masa goreng sebab bendi alah pada air,bawang merah mempunyai kandungan air. Selain itu semasa menggoreng api kenalah besar , stir fry. Jangan letak air semasa menggoreng . Selamat mencuba.
BENDI GORENG FUCUK Bahan-bahan: 10 batang bendi 5 keping fucuk 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil lada putih-BELI ONLINE DI SINI 5 ulas bawang putih Mushroom seasoning secukup rasa-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Basuh bendi hingga bersih dan toskan. 2.Panaskan minyak, masukkan fuchuk dan bawang putih. Masak hingga garing 3. Kemudian masukkan bendi yang sudah dipotong serong. 4.Perasakan dengan lada putih bersama mushroom seasoning. 5.Masak dengan api besar,gaul hingga sebati dan tutup api 6.Siap untuk dihidang. Kredit: Yatiekitchen
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cik CA. Nampak mudah dan sedap. Persis resipi dan cara orang tua dulu-dulu. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
RESIPI SAMBAL BELACAN SEDAP, MUDAH & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay, guna 2 biji dah cukup )
2 ulas bawang putih
**( Alirkan @ basuh bawang bawah air paip sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang. Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambik masa lama sikit untuk masak.Takpa bagi hangit kulit tu. Nanti nak kisar baru kupas. Tak perlu basuh dah)
1 inci belacan bakar juga ( alirkan bawah air juga sebelum bakar )
NOTA: Panduan sukatan diatas adalah untuk 1 bahagian sambal. Jika nak buat lebih, gandakan sahaja bahan-bahannya.
CARA MEMASAK:
1. Potong cili, alirkan bawah air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga nak bagi sambal sedap.
2. Dalam pengisar,masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan,bawang putih dan tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.
3. Lepas tu kisar bagi lumat atau hingga dapat tekstur yang anda mahu.
4. Kemudian barulah masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi ( tanpa sebarang biji dan tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang andaCA suka 80-85% lumat je.
5. Seterusnya tabur parutan kulit limau kasturi yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi (kalau suka.) Lepas tu boleh rasa sambal dan ubahsuai rasa ikut citarasa masing-masing.
6. Simpan sampan dekat luar semalaman. Esok baru simpan dalam peti dan mula makan. Makin lama makin sedap rasa sambal ni.
SILAKAN SHARE TAK PERLU MINTA IZIN YA. CA HALALKAN.
INFO DARI CIK CA:
CA sekeluarga ni jenis hantu sambal belacan. Sekali buat stok tu dia. Buat cicah dengan ikan sardin goreng,ulam. Aduhhh pekat kaw. Makan dengan semua benda sambal ni.
Tak guna air kosong masa kisar sambal. Air hanya dari air bawang, cuka, air asam limau kasturi.
Sambal dalam gambar ni CA buat 5 kali ganda sukatan. Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja sukatan di bawah. Sambal ni pedasnya level rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili padi hijau thai.
Sambal ni tak perlu tumis ya. Memang warnanya cantik macam tu sebab ia akan masak sendiri perlahan-lahan hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap rasanya.
Resepi CA bgi ni untuk 1 sukatan senang nak buat sikit. CA buat dalam gambar tu 5 kali ganda .
Nasi karot atau lobak merah adalah satu lagi resipi dalam kumpulan Nasi Tumis yang sedap. Ramuan lobak merah @ karot tu memberikan kelainan rasa yang sungguh sedap. Paling enak bila dapat digandingkan dengan lauk pauk raya seperti Opor Daging.
Untuk dapatkan nasi yang lembut, jangan lupa merendamkannya 30 minit sebelum masak. Opor daging sedap berempah ini pulak memang sedap diganding dengan Nasi Karot, sedap juga dimakan dengan roti. Jom cuba hidangan ini untuk dihidang di pagi Raya.
NASI KAROT
BAHAN-BAHAN :
5 cawan beras basmati | cawan penyukat periuk elektrik 6 cawan air 3 biji lobak merah | disagat batang mancis 4 ulas bawang putih | ditumbuk 4 biji bawang merah | ditumbuk 2 biji bunga lawang 1 batang kulit kayu manis ½ tin susu cair | susu isian sejat 1 sudu kecil garam 4 helai daun pandan 1 lembar daun pudina | disimpul 1 lembar daun ketumbar | disimpul 4 sudu makan mentega Segenggam kacang gajus | digoreng tanpa minyak *Beras basmati direndam sekurangnya 30 minit sebelum masak
CARA MEMASAK :
Panaskan mentega dalam periuk lain dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu, manis dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
Masukkan air, susu cair dan garam, dan biarkan mendidih.
Ambil beras yang telah dibersih dan toskan dan masukkan ke dalam periuk elektrik,
Kemudian masukkan bahan yang ditumis dan mendidih tadi (air, susu cair dan garam) ke dalam periuk elektrik .
Masukkan lobak merah yang telah disagat .
Bila air sudah mengering masukkan daun pudina dan daun ketumbar.
Balik-balikkan nasi bila sudah betul-betul kering. Sajian siap dihidang.
1 sudu makan ketumbar biji 1 sudu teh Jintan manis 1 sudu teh Jintan putih 6 sudu makan kerisik 2 sudu makan rempah opor Gula merah dan garam secukup rasa 1 sudu kecil asam jawa Minyak masak secukupnya Sedikit air | secukupnya untuk mengelakkan kering
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar , kemudian masukkan bahan-bahan yang disangai.
Tumis hingga naik minyak dan masukkan rempah opor, tumis lagi sampai naik minyak.
Tambahkan sedikit air, masukkan daging dan kacau sehingga kesemua bahan yang ditumis sebati dengan daging. Biarkan daging empuk.
Masukkan kerisik, kacau dengan api yang perlahan. Biarkan mereneh sebentar.