
Sebut pasal menu sambal udang tempoyak, memang tak boleh nak kata apa. Lauk ini antara lauk paling bahaya kerana boleh membuatkan makan bertambah.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi saudari Umi Watie ini.
SAMBAL UDANG TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:
300gm udang
1 genggam cili api** – beli online di sini
2 biji bawang merah** – beli online di sini
3 ulas bawang putih** – beli online di sini
¼ cawan tempoyak
1 ikat petai
Daun kunyit

TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Bahan bertanda ** kita kisar halus. Kemudian, mula-mula garam kunyitkan udang. Lepas tu gorengkan sekejap. Angkat dan toskan tepi.

2. Minyak tadi tu, kita tumiskan bahan yang telah dikisar halus, bebawang dan cili api. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi tau cili tu.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan tempoyak tadi tu.
4. Masukkan air dalam suku cawan. Biarkan sambal kita merenih dan memekat.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Tempoyak tadi kalau dah manis, jangan bubuh gula banyak sangat tau.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Masukkan udang yang kita gorengkan tadi. Masukkan juga petai. Saya pakai semua seikat petai tu. Baru puas hati.
7. Masukkan juga daun kunyit yang telah kita hiriskan. Gaulkan rata. Dah siap.

Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!
Kukus Boleh, Bakar Pun Boleh, Puding Roti Dengan Sos Kastard
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Hidangan Pembuka Selera Popular Baba Nyonya Melaka, Memang Sedap Berselera.

Seperti juga hidangan kaum lain, keturunan Baba Nyonya dan Peranakan juga mempunyai hidangan pembuka selera yang tersendiri. Penuh aroma dan perisa. Walau pun ada persamaan dengan masakan kaum lain, namun hidangan mereka ada kelainan tersendiri. Sila cuba ya!
1. FRESH SPRING ROLL

BAHAN-BAHAN
- 1 biji sengkuang | potong julliene
- 1 biji lobak merah | potong julliene
- 4 biji bawang merah | tumbuk halus
- 3 ulas bawang putih | tumbuk halus
- Sedikit udang kering | tumbuk halus
- 2 biji telur
- Kulit popia secukupnya
- Sedikit bijan
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering. Gorengkan bahan-bahan tumis ini sehingga naik bau. Kemudian pecahkan telur ke dalam tumisan tadi dan kacau.
- Setelah itu, masukkan bahan sayur seperti sengkuang dan lobak merah dan goreng sehingga layu. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika
- Kemudian masukkan inti sayur tadi ke dalam kulit popia dan taburkan sedikit bijan ke dalam inti tadi.
- Lipat dan gulung sehingga ketat dan lenserkan dengan telur untuk melekatkan kulit popia tadi.
- Kemudian, gorengkan popia dengan api yang perlahan dan menggunakan minyak yang banyak.
- Setelah kuning dan garing, angkat dan toskan. Sedia dimakan bersama sos cili.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana sudah ada udang kering yang masin. Namun terpulang kepada cita rasa masing-masing.
2. PIE TIE

BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN KULIT PIE TIE:
- 50ml tepung jagung
- 50ml tepung gandum
- 100ml tepung beras
- 500ml air
- Sedikit garam
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN INTI:
- 5 biji bawang merah | tumbuk halus
- 3 ulas bawang putih | tumbuk halus
- Lobak merah secukupnya | parut halus
- Sengkuang secukupnya | parut halus
- Sedikit udang kering | tumbuk halus
- Daun ketumbar secukupnya
- Kacang tumbuk secukupnya
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bancuh bahan-bahan untuk membuat kulit pie tie ke dalam satu mangkuk, untuk membentuk adunan. Kemudian masukkan air dan garam secukupnya.
- Kacau sehingga sebati dan adunan itu hendaklah nipis dan jangan terlalu pekat. Jika terlalu pekat masukkan lagi air.
- Kemudian panaskan minyak yang banyak. Celup acuan pie tee ke dalam minyak panas sebelum mencelupkan ia ke dalam adunan tepung tadi.
- Celup acuan ke dalam tepung dan goreng sehingga adunan pie tie tertanggal daripada acuan dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan.
- Kemudian angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
- Untuk inti, tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan udang kering. Kemudian masukkan sayur seperti sengkuang dan lobak merah. Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Sejukkannya.
- Kemudian setelah inti sejuk, masukkan inti ke dalam kulit pie tie yang telah digoreng tadi. Masukkan daun ketumbar dan taburkan sedikit kacang tumbuk.
- Boleh dimakan bersama sos cili.
Info chef: Pastikan minyak betul-betul panas ketika acuan dicelup.
3. LOH BAK SAYUR

BAHAN-BAHAN INTI LOH BAK:
- 1 biji sengkuang | potong Julliene
- 1 biji beet root | potong julliene
- 1 biji lobak merah | potong julliene
- 1 paket tauhu telur
- 1 paket tauhu lembut
- 1 sudu makan serbuk 5 rempah
- 2 sudu makan tepung jagung
- Garam secukupnya
- 1 biji telur | untuk lekatkan kulit
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBALUT LOH BAK:
- Kulit tauhu kering secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Satukan kesemua bahan sayuran serta serbuk 5 rempah, tauhu telur, tauhu lembut, tepung jagung dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Ketepikan.
- Potong kulit tauhu kering selebar segi empat sama.
- Lapkan tauhu kering itu dengan menggunakan kain basah sehingga tauhu kering itu lembut.
- Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu kering seperti membalut popia.
- Balut dengan ketat dan gamkan dengan telur. Ulangi hingga selesai. Ketepikan.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng sehingga ia bertukar kekuningan. Angkat dan toskan.
Info chef: Boleh menggunakan sayur lain yang anda suka.
4. LAKSA NYONYA

BAHAN-BAHAN:
BAHAN- BAHAN KUAH LAKSA LEMAK:
- 1500ml air rebusan kulit udang
- 250ml pati santan
- 10 keping kek ikan
- ½ kilo udang saiz XL | bersihkan
- 1 tangkai daun kesum
- 2 batang bunga kantan | belah 2
- 3 sudu makan cili kisar
- 3 sudu makan serbuk kari ikan
- Air asam jawa secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 8 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 3 batang serai
- 4 biji buah keras
- 50gm genggam udang kering | rendam 10 minit dan toskan
- 1 inci belacan | bakar
- 3 biji cili merah
BAHAN SAMBAL BELACAN:
- 1 cawan cili kisar
- 1 inci belacan | bakar
- Garam dan gula secukupnya
ULAM:
- Sedikit timun | hiris nipis dan mayang halus
- Sedikit bawang besar | hiris nipis dan leraikan
- Sedikit tauge | cuci dan toskan
- Sedikit kek ikan yang telah digoreng
- Bunga kantan | hiris halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
- Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip)
- Limau kasturi secukupnya | belah 2
- Sambal belacan tumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk sambal belacan tumis: Tumis cili kisar dan masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa kemudian boleh matikan api. Ketepikan.
- Untuk kuah laksa lemak: Panaskan minyak di dalam periuk lebih kurang ½ cawan. Tumis bahan-bahan yang dikisar halus hingga terbit harum.
- Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan-bahan tadi garing, kemudian masukkan pes kari ikan dan air asam jawa.
- Kemudian tuang air rebusan kulit udang. Kacau rata dan biar mendidih.
- Masukkan pula udang, bunga kantan dan daun kesum. Kacau dan biar udang masak. Tambah kek ikan, dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sebati. Tutup api.
- Untuk menghidangkan laksa nyonya: Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk. Tuang kuah laksa bersama isinya sekali (termasuk udang). Hias dengan ulam-ulaman, sambal belacan tumis dan perahkan jus limau kasturi sebelum makan.
Info chef: Boleh juga dihidangkan bersama ulam-ulaman daun selasih, dan telur rebus.
5. SAMBAL IKAN BILIS NYONYA

BAHAN-BAHANNYA:
- 300gm ikan bilis
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 sudu makan cili kisar
- 1/2 mangkuk air asam jawa
CARA MEMASAK:
- Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
- Kemudian masukkan bahan-bahan tumis tadi seperti bawang merah, bawang putih, cili kisar dan tumis sehingga garing.
- Kemudian masukkan air asam jawa. Goreng lagi sehingga garing. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Setelah kering, masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
Info chef: Sedap juga jika dimakan dengan ubi kayu rebus atau roti.
6. OTAK-OTAK

BAHAN-BAHAN:
- 3 keping isi ikan tenggiri atau ikan merah | cincang halus
- 3 batang cili merah | dibuang biji dan dikisar halus
- 5 tangkai cili kering | rebus hingga lembut dan kisar halus
- 4 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 3 biji buah keras | kisar
- 1 cm halia | kisar
- 1 batang serai | kisar
- 1 cm kunyit hidup | kisar
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 175ml pati santan
- Garam secukup rasa
- 20 helai daun kelapa
- Lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan kecuali isi ikan, daun kelapa dan lidi di dalam periuk. Gaul sekata.
- Panaskan di atas dapur sekejap hingga mendidih dan pekat kuahnya
- Tunggu sehingga kuah sejuk. Bila sudah sejuk, gaulkan dengan isi ikan tadi. Sudukan ramuan ke atas daun kelapa.
- Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan setelah siap boleh disimpan dalam peti sejuk atau terus dibakar. Bakar kedua-dua belah sehingga masak.
- Angkat dan enak dinikmati ketika panas.
Info chef: Boleh juga digantikan daun kelapa dengan daun pisang.
7. DUMPLING AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji bawang merah | cincang halus
- 450gm ayam cincang
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1/2 biji Benggala hijau | cincang halus
- 1 sudu teh rempah 5 rasa
- Sedikit daun bawang
- Kulit wantan secukupnya
- Air secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan seperti ayam cincang, bawang merah, cili Benggala, daun bawang, minyak bijan dan garam, gaul sehingga rata.
- Masukkan rempah 5 rasa ke dalam adunan tadi. Kemudian masukkan lebih kurang 1 sudu teh adunan tadi ke dalam kulit wantan.
- Basahkan tepi kulit wantan dengan air dan kelim tepi kulit wantan dengan kemas. Ulangi langkah hingga selesai.
- Kemudian kukus wantan ini selama lebih kurang 20 minit. Apabila masak boleh dihidangkan bersama sos cili.
Info chef: Jika mahu pedas boleh gaulkan bersama cili yang dicincang.
Kredit Resipi: Terima kasih Suhaili Mohd Noor, Seri Kembangan, Selangor.
Sedap…Begini Cara Buat Coleslaw Sebijik Macam KFC

Coleslaw antara sajian sampingan yang sangat enak dimakan bersama Ayam Goreng dan juga kentang putar. Sayur kubis dan juga lobak merah yang dicincang halus dan kemudiannya digaul bersama mayones ini akan rasa lebih enak jika dimakan sejuk. Anda peminat Coleslaw? Jom cuba resipi perkongsian saudari Mamapapa Rea ni. Persis sajian yang anda beli di restoran KFC. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI COLESLAW ALA KFC

BAHAN-BAHAN:
1/4 biji kubis – buang bahagian keras dan cincang halus
1 batang lobak merah – sagat dan cincang halus
1/2 cawan susu segar
5 sudu makan mayones – beli online disini
1 sudu makan gula – beli online disini
1 sudu teh garam – beli online disini
CARA MEMASAK
1. Satukan cincangan kubis dan lobak merah. Gaul sebati.

2. Masukkan susu segar.

3. Kemudian masukkan mayones kegemaran. Boleh letak lebih mengikut cita rasa masing-masing.

4. Masukkan juga gula dan garam. Sebatikan.


5. Simpan Coleslaw dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati supaya campuran bersatu.

6. Coleslaw homemade boleh dimakan bersama ayam goreng ala kfc.

7. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Mamapapa Rea
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan
Bakar 10 Minit Je. Resipi Cupcake Sarang Semut Ni Memang Mudah & Sedap!
Resipi Kuih Serabai Kuah Durian & Petua Supaya Adunan Tak Melekat Di Acuan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Makaroni Goreng Paling Sedap, Cepat & Mudah Masak.

Bila beli makaroni, pasti ada kalanya buntu nak masak apa. Kalau asyik masak makaroni goreng, bakar atau buat sup pun jemu juga. Kalau nak ubah selera, resipi perkongsian saudari Ziera Johari II antara yang boleh dicuba. Rasanya memang sedap dan sangatlah mudah nak dimasak. Malah rasanya pun sangat sedap. Memang berbaloi kalau masak ni. Cubalah! Boleh dijadikan hidangan makan malam dan juga bekal untuk anak-anak ke sekolah.
MAKARONI CHEESE GORENG PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 500gm makaroni – direbus
- 2 tin sos Cheese & Herbs
- 2-3 ulas bawang putih | diketuk/dihiris
- 1 biji lada benggala ( merah & hijau) – hiris
- 1 tin cendawan butang – hiris
- 1 paket sosej ayam – hiris
- 2 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Kacau hingga hancur.

2. Masukkan sosej dan cendawan butang. Goreng seketika. Tambah sedikit minyak jika berkurangan.


3. Masukkan sos cheese & herbs. Kacau sebati.

4. Masukkan makaroni yang telah direbus. Jika kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam jika perlu.


5. Seterusnya masukkan lada benggala.

6. Untuk lebih rasa berkeju, boleh tambahkan sekeping keju cheddar. Kalau tak masukkan pun tidak mengapa. Sedia untuk dinikmati.



Nota: Jika nak buat separuh paket makaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Untuk rasa lebih sedap, boleh tambah isi ayam yang dipotong kecil.
Kredit resipi & foto: Ziera Johari II

