Penceramah Kesihatan, Norazizah Ruslan memberikan resipi membuat jamu cekur kunyit dan teh masala yang bagus untuk kesihatan dalam seseorang individu. Menurut beliau, jamu cekur kunyit membantu meningkatkan antibodi tubuh seseorang disebabkan khasiat dalam kunyit itu sendiri.
Di samping itu, teh masala pula membantu masalah angin dalam badan. Minum teh masalah pada ketika teh itu suam amat bagus juga untuk membantu seseorang itu berpeluh sekali gus meningkatkan stamina badan.
Menurut Norazizah, minum jus yang dibuat sendiri lebih baik berbanding dibeli kerana kita boleh pantau kandungan yang dimasukkan dalam jus tersebut. Jangan tambah gula untuk mengekalkan khasiat jus di samping tidak menambah gula dalam badan.
BAHAN-BAHAN
200 gram kunyit segar (sebaiknya ibu kunyit)
200 gram temu kunci
200 gram kencur atau cekur
Air gula merah atau madu (secukupnya)
Air asam jawa atau jus limau atau jus lemon.
CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan kunyit, temu kuci dan kencur atau cekur dalam slow juicer.
2. Jika tiada slow juicer, masukkan dalam pengisar dan kisar bersama 500 ml air.
3. Perah guna penapis teh tarik atau kain kasa.
4. Pati perahan tadi boleh dicampurkan dengan air gula merah atau madu dan perahan air asam jawa, jus limau atau lemon mengikut cita rasa.
Jamu cekur kunyit elok untuk manfaat dalaman wanita. Selain bantu tingkatkan antibodi, boleh juga membantu masalah angin dalam badan dan pelawasan.
BAHAN-BAHAN
5 uncang teh
1/2 cawan susu segar
2 susu besar gula perang atau secukup rasa.
1 helai daun pandan disimpul
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
500 ml air
CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam hingga betul-betul mendidih.
2. tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa.
Teh masala memang bagus untuk bantu buang angin dalam badan.
Selamat mencuba!
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar jus dengan blender baru. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7