Tahukah anda, sebenarnya setiap hiasan yang diletakkan di atas permukaan kek ialah berbeza? Malah namapun lain-lain walaupun rupanya seakan sama.
Fondant/sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing mempunyai fungsi dan kaedah penyimpanan yang berbeza.
Jom kita semak ye.
FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Fondant ini digunakan untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A 15 gm gelatin powder yang halal 70 ml air
BAHAN B 1 kg gula icing | diayak – beli online di sini 1 biji putih telur 50 gm glucose (liquid) cecair yang sangat likat 15 gm tepung jagung – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut. 2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. 3.Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk. 4.Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ia keras.
*Jangan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan untuk jangka masa lebih kurang seminggu. Sekiranya doh menjadi keras sedikit, uli semula untuk melembutkan doh tersebut. *Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut, letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. *Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini, kita kena gunakan royal icing supaya kepingan-kepingan tersebut boleh melekat. Fondant yang dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak, boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
Ads
ROYAL ICING
Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam, dia akan jadi keras. Oleh itu ia tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini ketika hendak menggunakannya sahaja.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A 280-300gm gula icing | diayak
BAHAN B 1 biji putih telur 1 sudu teh jus lemon
CARA-CARA:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit. 2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan. 3. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan. 4. Jika hendak pekat, lebihkan gula icing. Doh tersebut sedia untuk digunakan. Terpulanglah untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki
CARA MEWARNAKAN:
Tambah setitik dua warna dikehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.
BUTTER CREAM
(1) BAHAN-BAHAN: 200gm mentega – beli online di sini 150gm gula icing 1/2 sudu teh esen vanilla
CARA-CARA:
1. Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan. 2. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.
1 kg gula pasir 600ml air 2 slice lemon (tidak perlu diperah)
*Campurkan gula, air dan lemon dan masakkan hingga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.
Ads
CARA MEMBUAT BUTTER CREAM:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang. Masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.
*Krimwell dan shortening nampak serupa, tapi berbeza dalam kegunaannya. Krimwell juga dikenali sebagai cream mixture, rasanya seakan-akan marjerin (masin) tetapi berwarna putih krim berbanding marjerin yang berwarna kuning.
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair, campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Inovasi menjadikan Putu Bambo atau Putu Piring dipelbagaikan cara penyediaan. Antaranya guna daun pisang menggantikan selinder buluh. Anda hanya perlu bentukkan daun pisang seperti selinder kemudian masukkan je adunan tepung beras ke dalamnya dan kukus seperti biasa. Bentuk lebih kurang dan rasa tetap sedap.
PUTU DAUN PISANG BAHAN-BAHAN: 26 sudu makan tepung beras 6 sudu makan tepung pulut 140 air | blender dengan 5 helai daun pandan. 1/2 sudu teh garam Gula Melaka secukupnya | dihiris BAHAN TABURAN: Kelapa parut (putih sahaja) gaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
CARA MEMBUAT:
Dalam bekascampur tepung beras, tepung pulut, garam, air pandan sedikit demi sedikit sambil diadun rata.
Terus adu hingga adunan menjadi butiran halus.
Daun pisang dirollkan dan letak dalam gelas.
Masukkan 1 sudu makan tepung dalam daun pisang, lapiskan dengan gula Melaka dan akhir sekali masukkan 1 sudu makan lagi adunan tepung beras tadi.
Panaskan pengukus dan kukus selama lebih kurang 20 minit.
Angkat dan buka daun pisang dalam bekas berisi kelapa parut.
Susun dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan lebihkan kelapa parut.
Kari sardin ala mamak ini penuh arima rempah ratusnya dan sedap rasanya. Baunya pun dah mampu buka selera. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Dah cukup.
Kadangkala dah tak tahu nak masak apa, sardin sering kali jadi ‘penyelamat’. Pelbagai masakan boleh dimasak menggunakan sardin dalam tin ini. Apa kata kali ini cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zat Hernani ini pula ye.
Kari Sardin Ala Mamak
Bahan-bahan:
2 tin sardin
4 sudu besar rempah kari ikan 1 sudu besar serbuk cili – boleh beli online di sini
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumisan hingga layu dan terbit bau wangi.
Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.
Setelah itu masukkan rempah kari ikan dan serbuk cili, terpulang jenama apa. Tumis hingga pecah minyak. Letak air sikit. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Bila dah pecah minyak dan bahan tumis pun dah garing, bolehlah masukkan ikan sardin bersama kuahnya sekali.
Perakan dengan garam, gula, Ajinomoto, serbuk perasa Maggi dan asam jawa Adabi. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan sayur kegemaran kita. Misalnya bendi, tomato, lada hijau besar. lada akar dan bawang besar.
Tadaaaa. Siap. Buat kuah lebih nanti boleh cicah dengan roti, lempeng atau roti canai. Sedap.
Ketika kami sampai ke kediaman Datuk Mas Ermieyati Samsudin, beliau sedang tangkas memasak di dapur. Aroma wangi dari dapur menusuk selera. Walaupun masakannya ringkas tetapi lauk pauknya memang sungguh sedap sekali dan sesuai dicuba untuk wanita yang sibuk berkerjaya.
Khas buat pembaca RASA, beliau berkongsi tiga resipi ‘favorite’ anak-anaknya iaitu Bawal Sweet Sour, Masak Lemak Putih Soo Hoon dan Ikan Bilis Goreng Cili Padi. Ringkas dan mudah tapi memang membuka selera. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
1. IKAN BAWAL MASAK SWEET SOUR
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal
2 sudu makan serbuk kunyit
1 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu makan pes cili kering
2 biji tomato/dihiris bulat
3/4 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
3 sudu makan sos tiram
Gula dan garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Sayur (lobak merah, kubis bunga dan brokoli)
Saderi
2 biji lada benggala (merah dan kuning)/dipotong kiub
CARA MEMASAK :
1. Lumurkan serbuk kunyit dan garam secukupnya pada ikan bawal.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga garing. Ketepikan.
3. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga kuning,masukkan pes cili kering.
4. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, masukkan pula bawang besar, tomato ,brokoli dan lada benggala biarkan dua minit.
5. Tutup api dan tuangkan sos ke atas ikan. Hias dengan daun saderi.
INFO CHEF : Jika mahukan kelainan anda boleh menambah kiub nenas dan sedikit air nenas ke dalam lauk ini.
2. IKAN BILIS GORENG CILI PADI DAN BAWANG BESAR
BAHAN-BAHAN :
300gm ikan bilis
1 biji bawang besar /dihiris membulat
4 biji cili padi
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bawang besar dan cili padi dan masukkan ikan bilis ke dalamnya.
3. Gaul rata dan boleh dihidangkan
INFO CHEF :Supaya ikan bilis kekal garing, tunggu bawang dan cili padi sejuk dahulu baharu dimasukkan ikan bilis
3. MASAK LEMAK PUTIH SOO HOON
BAHAN-BAHAN :
150gm fucuk/dikerat pendek
2 pek kecil soo hoon/direndam air
1 1/2 biji bawang besar/dihiris
7 ulas bawang putih/dihiris
1 1/2 liter santan cair
400ml pati santan
50gm atau segenggam udang kering/direndam dan ditumbuk kasar
30gm atau segenggam ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak,di dalam periuk, masukkan bawang dan goreng hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan udang kering, dan tumiskan sebentar.
3. Tuangkan santan cair dalam periuk dan masukkan fucuk hingga lembut
4. Kacau sekali sekala di atas api yang sederhana
5. Masukkan soo hoon, toskan airnya dan kemudian tuangkan pati santan.
6. Kacau perlahan, masukkan garam dan gula secukupnya dan pastikan ia dikacau selalu sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan mereneh sebentar.
7. Hidangkan dengan hiasan cili merah jika anda mahukan ia sedikit pedas.
INFO CHEF : Masak lemak putih ini boleh juga dimasak tanpa menumis. Masukkan terus hirisan bawang, udang kering dan ikan bilis ke dalam santan cair dan kemudian baru dimasukkan bahan lain.Pilih fucuk yang berkedut untuk rasa yang lebih sedap.