Nasi goreng antara menu kegemaran rakyat Malaysia untuk sarapan. Memang banyak jenis nasi goreng yang mudah untuk disediakan, salah satunya adalah Nasi goreng cili padi bujang style seperti yang dikongsikan oleh Aniqclone ini. Kena selera makan memang bertambah-tambah.
Bubur Lambuk cukup sinonim dengan bulan Ramadan. Ia adalah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan menjadi pilihan ramai bila tibanya waktu berbuka. Hidangan ini juga menjadi simbol penyatuan masyarakat dimana ia biasanya dimasak di dalam kuantiti yang banyak secara bergotong-royong dan diagihkan kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang dan peringkat usia.
Terasa nak masak Bubur Lambuk yang enak untuk keluarga? Resipi Bubur Lambuk Campbell’s ni antara yang terbaik. Hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas dan cara memasak pun paling mudah. Tak perlu tambahan santan hanya guna Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s je. Rasa sedap pun tetap sama. Jom cuba resipi dibawah ni!
RESIPI BUBUR LAMBUK CAMPBELL’S
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 45 minit
Hidangan: 5 orang
BAHAN A (TUMISAN):
4-5 sudu besar minyak sayuran
½ batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar (bombay) – dicincang
4 ulas bawang putih – dicincang halus
2 inci halia – dicincang halus
1 helai daun pandan – potong 1 inci
2 batang serai – diketuk
BAHAN B:
1tin (420gm) Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s
2 liter air
1/2 cawan beras – cuci dan tos
100gm daging kisar
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
BAHAN C (SAMPINGAN):
Lobak masin cincang
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
CARA MEMASAK:
Sediakan periuk saiz melebihi 5 liter.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bau harum. Kemudian tuangkan air dan masukkan beras.
Masak sehingga beras kembang menjadi nasi. Setelah beras kembang dan menjadi nasi, pastikan nasi sentiasa dikacau (tip: proses ini bukan sahaja mengelakkan nasi didasar periuk menjadi hangus tetapi ia juga mempercepatkan proses menghancurkan nasi menjadi bubur).
Seterusnya setelah nasi menjadi hancur hampir sepenuhnya, masukkan 1 tin (420gm) Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s dan kacau sehingga bubur hampir pekat.
Perasakan bubur dengan garam dan lada sulah.
Hidangkan bubur didalam mangkuk bersama bahan hidangan sampingan.
JOM DAPATKAN BUBUR LAMBUK SECARA PERCUMA!
Nak rasa macam mana sedap bubur lambuk dimasak dengan Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s ni? Ha…Datanglah beramai-ramai ke Program Rasa Bubur Lambuk Mega yang bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor pada 25 Mei 2019 nanti.
Acara yang dijalankan secara bergotong royong ini bakal melibatkan barisan chef, selebriti terkenal, Hero Remaja, Dewi Remaja, organisasi kerajaan, NGO, organisasi swasta, para pelajar IPTA & IPTS, kariah masjid dan juga anggota-anggota badan beruniform.
Sebanyak 5,000 bungkus Bubur Lambuk akan diedarkan kepada orang ramai bermula jam 5.00 petang. Jadi jom bawa keluarga ke Program Rasa Bubur Lambuk Mega dan nikmati keenakan berbuka puasa beramai-ramai bersama Bubur Lambuk.
Sesekali menjamah Nasi Ulam memang sedap. Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak hasilkan menu ini untuk keluarga? Resipi Nasi Ulam Utara perkongsian saudari Ani Mizi ni antara yang terbaik yang boleh dicuba.
RESIPI NASI ULAM UTARA
BAHAN-BAHAN:
7-10 senduk nasi sejuk
BAHAN ULAM ( HIRIS HALUS):
Daun selom
Daun Kesum
Daun Kemangin
Daun Ulam Raja
Daun kunyit ( aneka ulam ni boleh ditambah pelbagai jensi lagi. Paling bagus guna ulam yang beraroma)
1 biji bawang besar
5-6 batang serai
BAHAN TUMBUK:
1kan tenggiri masam atau gelama masam – digoreng dan ditumbuk
½ inci lengkuas
15-20 biji cili padi
1 inci belacan
3 sudu makan beras – goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
Kerisik
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam nasi dan gaul rata.
2. Kemudian masukkan aneka ulam-ulaman yang dihiris. Gaul rata.
3. Rasa nasi dan jika kurang rasa, boleh tambah garam atau isi ikan masin tumbuk dengan secukupnya.
Oat memang bagus kerana kandungan serat yang tinggi. Sebab itulah oat dianggap sebagai salah satu bahan makanan yang boleh bantu menurunkan berat badan. Namun tak ramai yang mampu nak telan oat sebab rasanya yang kurang menyelerakan. Wanita yang menggunakan facebook dengan nama Kak Long Faizah berkongsi resipi oat yang sedap namun boleh bantu turunkan berat badan.
Jom ikuti kisah Kak Long Faizah.
Bila facebook throwback gambar Kak Faie sebelum bermula bertukar gaya hidup sihat dan pemakanan sihat ni. Mulalah nak throwback jugak macam mana tekad nya diriku ini. Tiga bulan on off MC aka cuti sakit sebab pergelangan kaki membengkak. Hampir menangis bila nak berjalan pun seksa yang amat tau.
Bila pi satu klinik ni doktor suh buat check darah sebab dia suspek Gout. dah keluar results rupanya daku ada penyakit Rheumatoid Athiritis. Lebih kurang 2 bulan sementara nak hilang sakit selepas dapat ubat yang betul memang seksa sangat. Lepas pergelangan kaki dia serang sendi-sendi di tangan. Nak buat susu, nak tepuk baby twin tidur semua menangis tau. Sakittt.
Alhamdulillah akhirnya amik keputusan nak ubah berat badan nak susut kan badan supaya darah dalam badan jadi elok semula. Agak lama jugak nak sampai ke tahap ni hampir 2 tahun dari berat 91.6 kg kepada 67 kg. Perghhh.
Jom try buat Bubur Oat Lambuk.
BUBUR OAT LAMBUK
.
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah (BELI DI SINI)
1 keping dada ayam (potong kecil)
1 batang lobak merah (potong kecil)
3 sudu besar rolled oat (rendam sekejap)
2 cawan air
2 biji buah pelaga
Lada hitam
Garam (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan ayam dan lobak merah. Tunggu hingga ayam masak.
2. Masukkan rolled oat, 2 cawan air, buah pelaga, lada hitam dan garam. Biar sehingga oat kembang dan masak.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.