Nasi Serai Halia, Bantu Buang Angin Dalam Badan

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan nasi serai halia. Nasi ini dimasak dengan menggunakan beras basmathi dicampur dengan beras biasa. Ada juga bahan-bahan herba yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Halia misalnya, boleh membantu masalah angin dalam badan.

Menurut empunya resipi iaitu Husna Azlan, nasi ini boleh dimakan dengan pelbagai lauk. Gulai ayam pun sudah cukup untuk menaikkan selera.

"First time buat nasi ni. Sedap sangat sebab tak muak. Ringkas dan mudah juga nak buat. Tak renyah. Lauk boleh pelbagai. Ikut korang nak buat lauk apa. Gulai ayam saja pun dah cukup. Boleh juga kalau nak buat daging masak merah, ayam masak merah, gulai daging, ayam masak ros atau daging palembang," katanya.

NASI SERAI HALIA

BAHAN-BAHAN
6 cawan beras basmathi + beras biasa
Minyak sapi untuk menumis
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, cengkih, kayu manis) (BELI DI SINI)
3 ulas bawang merah (BELI DI SINI)
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai (diketuk) (BELI DI SINI)
3 tangkai daun limau purut
1 kiub pati ayam (BELI DI SINI)
Garam
.


.


.

CARA MEMBUAT
1. Basuh beras, letak air secukupnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun limau purut. Tumis sampai naik bau.
4. Masukkan bahan tumisan dalam periuk yang berisi beras tadi.
5. Masuk kiub ayam dan garam.
6. Tekan button On pada periuk nasi. Biarkan masak. (BELI PERIUK NASI ELEKTRIK DI SINI)


.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Husna Azlan

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=xGSSTi-U9Q8

Published by
Siti Mariam Elias