
Nuget Ayam Brokoli ni memang sesuai untuk anak-anak yang suka makan snek. Kalau beli nuget sejukbeku, kandungan lemak dan MSG tentunya ada. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri nuget homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Masz Rita. Istimewa resipi ni ada menggunakan brokoli menjadikannya lebih sihat. Jom cuba. Anak-anak pasti suka.
CARA MEMBUAT NUGET AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping dada ayam | saiz besar
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah besar
- Brokoli secukupnya | dihiris kecil
- Daun ketumbar /daun sup secukupnya | dihiris
- 1 sudu teh lada hitam
- Secubit garam
- 1/2 cawan air masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga halus.

2. Keluarkan dan bentukkan mengikut kreativiti anda.

3. Kukus seketika nugget tadi hingga masak. Sejukkan.

4. Setelah nugget sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk beku dan digoreng pada bila-bila masa.

Kredit resipi & foto: Masz Rita
JOM CUBA!
Mudah, Jimat. Ini Cara Buat Pizza Homemade Guna Roti Sandwic
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Dumpling Goreng Homemade Guna Isi Ayam. Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Mudah rupanya nak buat Dumpling goreng ni. Dumpling adalah antara salah satu sajian masyarakat Cina yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Sedap, tidak terlalu berat dan enak dimakan panas-panas namun jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Tak puas makan. Jadi bagi anda suka sangat makan dumpling, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni antara yang mudah. Semuanya dihasilkan sendiri dari kulit, inti hinggalah ke minyak cilinya. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT DUMPLING GORENG HOMEMADE

BAHAN INTI:
- 3/4 ketul isi ayam – cincang hancur
- 1 biji telur ayam – pastikan dicuci bersih
- 1 biji bawang besar – potong dadu (beli online disini)
- 1 akar daun bawang – hiris
- 1 sudu kecil serbuk stok ayam atau serbuk lada sulah berperisa (beli online disini)
- 1 sudu kecil tepung jagung (beli online disini)
CARA MEMBUAT:
1. Ambil isi ayam. Kemudian cincang hingga hancur.

2. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Biarkan seketika di dalam peti sejuk supaya perisanya menjadi mesra.

3. Pilihan sekiranya mahu rasa yang lengkap, boleh isi setitis dua minyak bijan.

BAHAN KULIT DUMPLING:
- 1 cawan tepung gandum (beli online disini)
- 4 sudu makan tepung ubi kayu (beli online disini)
- Secubit garam
- Air panas – agak-agak jumlahnya
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul hingga menjadi doh.

2. Uli doh sehingga nipis dan tekap menggunakan cawan untuk mendapatkan kepingan kulit dumpling berbentuk bulat.
CARA MEMBENTUK DUMPLING:
1. Ambil kulit dumpling dan isikan inti ayam diatasnya. Tarik/renggangkan sedikit kulit dumpling dan tutup inti.

2. Tekap kulit dumpling menggunakan garfu sahaja.

3. Sediakan kuali leper dan panaskan sedikit sahaja minyak masak.
4. Masukkan dumpling dan biarkan ia sedikit masak kemudian curahkan sedikit air ke atas dumpling dan tutup kuali.

5. Biarkan air sehingga kering dan warna dumpling menjadi keemasan.

6. Sedia dihidang. Dumpling boleh dicicah dengan kicap cair atau chilli oil dan dinikmati bersama Teh O panas.
BAHAN MINYAK CILI (CHILLI OIL):
- 5 ulas bawang putih – cincang
- 2 hiris halia – cincang
- 2 sudu makan serbuk cili kasar / chilli flakes (beli online disini)
- 1 sudu makan kicap pekat (beli online disini)
- Secubit garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang putih cincang dan hirisan halia juga dicincang.
2. Bila bawang menjadi warna keemasan, padamkan api dapur dan masukkan serbuk cili kasar (chilli flakes) dan kicap pekat.
3. Taburkan secubit garam. Gaul sebati dan sedia dihidang bersama dumpling goreng.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade. Masak Guna Periuk Je
Tambah Cili Solok. Ini Rahsia Masak Sayur Lemak Ikan Rebus Jadi Lebih Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tip & Cara Buat Kuih Tiram Yang Rangup, Cantik Lapisannya
Kuih lidah buaya atau juga dikenali sebagai kuih tiram ni memang rangup dan sedap dikunyah. Kuih yang lebih kepada kerepek ini memang popular bila tiba musim raya.
Resipi yang dikongsi Salju Rindu ini, senang sangat cara nak membuatnya.
Lagi jimat bila buat sendiri dan puas hati kerana kuih tiram yang dijual di pasaran boleh tahan juga harganya ye.
KUIH TIRAM @ KUIH LIDAH BUAYA

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum | ayak (saya guna jenama rose, apa-apa jenama pun boleh asalkan tepung gandum) – beli online di sini
2 sudu besar minyak masak – beli online di sini
1 sudu besar marjerin (sejuk dari dalam peti ais) – beli online di sini
1 cawan air (tak perlu habiskan jika doh dah okay kelembutannya)
½ sudu kecil garam (secubit rasa)

BAHAN PELEKAT:
5 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
7 sudu besar minyak masak
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaul semua bahan bagi sebati.


2. Canai nipis seperti dalam gambar. Apabila nak goreng tarik sikit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Gelek doh jangan terlalu kuat ye. Cukup sekadar manja-manja. Kalau kuat sangat nanti kelopaknya tenggelam tak nampak.


4. Semasa nak menggulung, gulung bagi padat supaya dapat gulungan yang rapat.



Kredit resipi: Salju Rindu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Potongan Bawang Rupanya Mempengaruhi Rasa Masakan. Ini Yang Anda Perlu Tahu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Buat Sendiri Murtabak Daging Sedap Untuk Minum Petang

Sedap Murtabak Daging ni. Makan panas-panas dicicah pula dengan kuah kari atau cuka bawang, memang berselera. Maklumlah, sekaranmg ni harga barang semua mahal. Andai beli, sekeping dalam RM4.00. Kalau anak ramai, memang tak cukup dan tak puas makan. Jadi jom cuba buat sendiri guna resipi mudah perkongsian saudari Yanie Mansor. Sangat mudah dan enak!
RESIPI MURTABAK DAGING MINI PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia
- Daging cincang – boleh guna isi ayam
- 3 biji ubi kentang – potong dadu – beli online disini
- 3 sudu makan rempah kari ikan – beli online disini
- 1 ulas bawang putih – beli online disini
- 2 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
- Daun sup
- Garam secukupnya
- Gula secukup rasa
- 2 biji telur
- Hirisan daun sup dan daun bawang secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu.
2.Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3.Masukkan daging cincang atau isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
4.Masukkan gula dan garam dengan secukupnya dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.

5.Untuk balut murtabak, pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.
6.Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
7.Balut dengan kulit popia dan masak dalam kuali hingga inti masak sepenuhnya.

8.Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Yanie Mansor
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

