Nyaman Sungguh Petang-Petang Makan Milo Chocolate Mousse Ni

Share

 

Kali ini RASA nak share resipi hidangan pencuci mulut yang ummmph. Milo chocolate mousse ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Rasanya tak terlalu manis. Lemak berkrim je sebab menggunakan susu penuh krim. Milo dan coklat gelap pula menambah cita rasa wow.

MILO CHOCOLATE MOUSSE

BAHAN-BAHAN
1 3/4 cawan susu penuh krim
1/3 cawan tepung jagung
60 gram serbuk milo
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar gula
50 gram coklat masakan gelap

CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, satukan semua bahan kecuali coklat masakan gelap.
2. Kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul.
3. Masukkan coklat masakan gelap dan kacau rata.
4. Letak atas dapur, hidupkan api dan masak menggunakan api sederhana.
5. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi sebati dan likat. Tutupkan api .
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak masak.
7. Sejukkan seketika dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
8. Untuk dihidang, keluarkan daripada acuan dan taburkan serbuk milo.

Yummy!

Kredit Resipi: Farisha Sofea

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Yeeha!

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni

https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

 

Published by
Maryam Elyas