Keenakan daging panggang @ bbq ni banyak bergantung kepada sosnya. Masak daging berjus, dapat pulak sos lada hitam yang sedap melampau makin menjadilah kesedapannya. Sos lada hitam atau sos black pepper ni kalau dibuat gaya homemade lagi terjamin kebersihan dan kesedapannya.
Ada rahsianya mengapa sos ni sedap sangat. Tumiskan guna majerin, gunakan ramuan sos spageti keju, serbuk keju dan kicap lemak manis adalah antara bahan ramuan yang menjadi penyedap sos ini. Buatnya mudah sangat , jom ikut resipi yang dikongsikan oleh cikgu Afy Al Habibi ini. Memang patut ler viral…
CARA MEMASAK : 1. Panaskan 1 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. 2. Masukkan bawang putih yang telah diracik halu , tumis hingga naik bau. kecil sahaja.
3. Masukkan 1 tin sos spageti keju seperti dalam gambar. Rasanya lain dari yang lain. Saiz tin paling kecil. Untuk kepekatan semalam cikgu tambahkan air lebih dari biasa. * Dari 1 tin sahaja sebelum ni, Cikgu Afy tambah jadi dua tin. * kacau dahulu sehingga sos dan air sebati. Jika nampak masih pekat boleh tambah lagi sedikit air*
4. Masukkan 1 sudu besar serbuk keju. Kalau takda takpa. Kacau rata.
5. Tambahkan 1 sudip kicap Jalen lemak manis. * Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. 6. Masukkan serbuk lada hitam kisar.
7. Juga masukkan satu sudu besar gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.
8. Tutup api setelah semuanya sebati boleh dihidang bersama ayam, daging dan kambing panggang.
Lauk babat tumis kari ini memang jarang dihidang meskipun enak. Mungkin tak ramai yang tahu cara memasaknya.
Kebiasaannya babat atau perut lembu ini dibuat gulai lemak, cicah air asam, jadi perencah dalam sambal jawa atau masukkan dalam sup.
Bagi yang nak mencuba resipi babat tumis kari ini boleh ikut panduan dari Mizah Ngatiman yang mempelajari resipi ini dari ibunya. Katanya walau pun cara membersihkan babat ini agak renyah tapi bila siap dimasak memang akan berebut makan.
Resipi babat tumis kari
Bahan-bahan
Perut lembu/ babat – direbus empuk dan dihiris kecil
Asam keping
2sb serbuk kari ikan
Gula dan garam secukupnya
Bahan dimayang halus
1 batang serai -diketuk
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
5-6 tangkai cili
2-3 tangkai lada besar
2 inci halia
Cara membuat
1. Tumis serai, kemudian masukkan semua bahan dimayang. Tumis naik bau dan sedikit layu.
2. Masukkan babat yang dah dihiris kecil.
3. Masukkan serbuk kari. Kacau rata sekejap.
4. Masukkan air paras babat (untuk dapatkan sedikit kuah) dan biar hingga empuk.
5. Letak garam, gula secukupnya Bersama asam keping sekali. Biarkan kuah sedikit pekat.
6. Akhir sekali letak lagi hirisan bawang dan lada untuk aroma tambahan. Gaul sekejap, siap. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Alang-alang nak kelainan jom cuba resipi pelik tapi sedap ni. Korang yang suka makan lemang boleh cipta menu Lemang Goreng Celup Telur a.k.a Pulut Kukus Goreng buat ahli keluarga. Sedap! Boleh cuba resipi perkongsian saudari NorShawatie Mohamed ni.
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut | direndam 8 jam
1 kotak kecil santan
1 cawan gula
1 sudu kecik garam
3 biji telur
1 cawan air panas
CARA MEMASAK:
Satukan santan, gula dan garam dalam bekas. Campurkan juga air panas ke dalam santan. Kacau hingga sebati.
Toskan beras pulut dan kukus separuh masak. Angkat dan gaulkan dengan bancuhan santan tadi.
Kukus kembali pulut tadi hingga betul-betul masak. Angkat dan sejukkan anggaran 20 minit.
Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan ratakan hingga padat.
Potong kecil pulut tadi dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
Goreng dalam minyak panas sehingga garing dan kekuningan.
Angkat dan boleh dinikmati bersama gulai, sambal atau dimakan begitu sahaja.
Salah satu hidangan Thailand yang sedap adalah Pad Gra Prow atau Thai Basil Beef. Daging yang dimasak macam ni, dimakan pula dengan nasi panas, memang cukup menyelerakan.
Thailand memang terkenal sebagai syurga makan yang lazat. Memang patutlah kalau negara Thai ini dikatakan syurga makanan. Korang yang belum berkesempatan ke Thailand, boleh cuba masak sendiri.
PAD GRA PROW (THAI BASIL BEEF)
BAHAN-BAHAN:
150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
4 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala
1/2 biji bawang besar | hiris
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula
1 sudu makan sos ikan
1 cawan daun selasih Thai
Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
4, Tumis hingga wangi dan bawang layu.
5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
6. Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
7. Gaul lagi hingga daun selasih layu.
8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.