Steamboat, barbeku dan grill bukan lagi asing di tanah air kita. Banyak restoran yang telah mula menawarkan hidangan sebegini atas permintaan ramai. Pun begitu, anda harus mencuba menu ini di Pak John Steamboat & BBQ. Ada dua cawangan pilihan iaitu eCurve Mutiara Damansara dan IOI City Mall, Cyberjaya.
Jangan tak tahu, restoran ini menyediakan lima jenis kuah steamboat yang pasti membangkitkan selera anda. Lima jenis kuah itu adalah Sup Tomyam, Sup Udang, Sup Miso, Sup Ayam dan Sup Kari. Paling mendapat sambutan adalah Sup Tomyam kerana rasanya yang pedas dan cukup sempurna cita rasanya.
Melengkapkan seleksi anda, ada lebih 160 pilihan makanan untuk penyediaan steamboat dan barbeku anda. Antaranya bebola ikan, kek ikan, isi ketam dan pelbagai jenis sosej. Anda juga boleh memilih pelbagai sayur yang disediakan seperti salad, cendawan dan tauhu. Bagi mereka yang suka makan mi, ramen atau udon bolehlah ke kaunter mi yang disediakan.
Ads
SESUAI SETIAP MASA
Selain steamboat yang sangat enak dengan lima jenis kuah, turut ada barbeku grill yang boleh dinikmati pada waktu makan tengah hari, minum petang mahupun makan malam. Bukan setakat itu, restoran ini juga menyediakan makanan bufet yang lazat seperti Nasi Goreng, Spaghetti Carbonara, Sayur Campur Goreng, Sambal Sotong, Ayam Masam Manis dan juga pelbagai makanan sejuk beku bergoreng.
Paling istimewa disediakan juga bahan-bahan segar untuk grill antaranya itik, ayam, daging lembu dan kambing. Antara daging yang boleh didapati di restoran ini ialah Australian Beef Slices, New Zealand Beef Slices, New Zealand Lamb Slices dan juga Smoked Duck Breast Slices. Setiap pilihan daging premium yang disediakan dijamin segar dan boleh dinikmati tanpa had.
Disebabkan daging dihiris nipis, anda tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk memasak daging yang disediakan. Antara yang menjadi kesukaan ramai adalah New Zealand Lamb Slices kerana rasa daging kambing yang sangat manis. Apatah lagi tesktur daging lembut dan rasanya lebih sedap.
Selain hirisan daging segar, restoran ini juga menghidangkan daging yang diperap seperti black pepper beef, sweet soya chicken dan spicy chicken. Makanan laut segar seperti kepah, lala dan sotong juga ada untuk peminat-peminat makanan laut.
Ads
SELEKSI PENCUCI MULUT
Selepas selesai menikmati makanan utama yang disediakan, anda bolehlah memilih pencuci mulut yang bersesuaian. Terdapat air batu campur atau ABC, koktel buah-buahan, jeli, cendol, kek, aiskrim dan wafel. Semuanya sedap dan membuka selera. Sesuai untuk dinikmati ketika berehat sebentar selepas makan.
Ads
Sememangnya menikmati makanan di sini cukup berbaloi. Semuanya ada dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Sesuai datang bersama keluarga. Tempat yang selesa dan berhawa dingin. Malah disediakan juga bilik khas (private room) untuk meraikan sebarang majlis kecil-kecilan.
Jom singgah!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat kacang pool, anda wajib cuba menu ini yang dihidangkan di Bunch Oh, Malakat Mall. Memang sedap sama macam resipi original dari Johor.
Siapa tak kenal kacang pool, anda sememangnya rugi. Pada asalnya, makanan yang dinamakan kacang pool ini dibawa masuk orang orang Arab ke sini. Menu ni menarik perhatian penduduk setempat. Sebabnya resipinya sangat menarik selera.
Kacang pool dimasak dengan daging cencang dan juga sejenis kacang yang dinamakan kacang pool atau dipanggil foul medammas.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai hidangan unik yang dapat dinikmati untuk sarapan. Samalah juga dengan negeri di selatan ini. Memang agak susah untuk dapatkan kacang pool yang sedap di tengah ibu kota.
Di Bunch Oh, menu kacang pool yang dihidangkan memang terbaik. Kacang pool dihidang dengan telur mata, bawang besar yang dipotong dadu. Kemudian dilengkapi bersama limau kasturi dan cili hijau. Bukan sahaja boleh dimakan ketika sarapan tapi tetap sesuai juga dimakan ketika minum petang.
Jom cuba makan kacang pool di Bunch Oh, Malakat Mall Cyberjaya! Boleh juga untuk dibungkus. Tetap segar.
Bertemakan Sinar Ramadan Bufet 2019 , lebih daripada 40 buah gerai dan 200 jenis hidangan tradisional dan autentik yang bakal menarik perhatian pengunjung.
Hotel Tenera yang telah beroperasi bermula pada akhir tahun 2017 ini telah dianugerahkan Hotel 4 Bintang Terbaik bagi tahun 2018 oleh HAPA Award dan pihak pengurusan mensasarkan lebih ramai pengunjung pada bulan Ramadan tahun ini berbanding tahun lalu yang telah mencatatkan lebih ribuan pengunjung.
Hotel Tenera juga tampil dengan promosi yang lebih menarik iaitu potongan sebanyak 30% atau RM68 dari harga asal iaitu RM98, promosi tempahan awal ini berlanjutan sehingga 30 April 2019.
Majlis yang diadakan pada 1 April 2019 telah dihadiri oleh 250 orang jemputan yang terdiri daripada 100 pihak media dan selebihnya rakan korporat hotel bagi memperkenalkan menu-menu dan gambaran bufet Sinar Ramadan yang akan bermula pada 7 Mei sehingga 3 Jun 2019.
“Kami amat berharap agar pengunjung di sekitar Bangi dan berdekatan dengan Selangor dapat menikmati promosi hotel sempena Ramadan akan datang ini dan dapat menikmati pelbagai juadah yang penuh variasi dan kelainan dari tahun sebelumnyai”, kata Dato’ Ab Ghani Mohd Ali, Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) semasa merasmikan program Preview Sinar Ramadan Buffet tempoh hari.
Tema bagi bufet Ramadan tahun ini ialah Sinar Ramadan Buffet 2019 yang bakal menampilkan 10 menu yang menjadi tumpuan utama pengunjung sejak tahun lalu iaitu Kambing Golek “Pesto Caracas”, Lidah Bakar Mulut Senget, Seafood Goreng “Mae Pranom”, Mee Rebus Tulang Rawan/Gear Box, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning Sambal Ibu Saodah, “Live” Dim Sum Aliff Lalulah, Cendol Sawit, Apam Balik Terangkat dan Warung Kopi Tok Wan.
Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera, En. Fadzly Hamzah menyatakan bahawa pengunjung boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai promosi bufet Ramadan melalui laman sosial media Hotel Tenera.
Seiring dengan konsep hotel mesra muslim yang dibawa oleh pihak Hotel Tenera, sepanjang bulan
Ramadan juga pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan hotel bagi menyinarkan lagi
suasana sepanjang bufet Ramadan di Hotel Tenera.
Terletak di kawasan strategik iaitu 5 minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara,
Kuala Lumpur, Hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan kawasan makanan
pilihan umum.
Siapa yang teringin sesuatu yang pedas dan juicy? Jika korang peminat kambing bakar, Kambing Bakar Kontena (KBK) menjadi pilihan terbaik. Pasti tak akan menyesal kalau ke sini.
Nak datang ke sini waze saja KBK, korang akan dibawa ke lokasinya yang terletak di Setia Alam.Siapa kata menu kambing saja yang ada? Macam-macam menu ada,rambang mata nak memilih.Menu dekat KBK bukan biase-biase tau. Dah rasa , confirm puas hati.
Menurut pemiliknya Ihtifazuddin Ariff Samsudin, KBK bermula dengan perniagaan atas talian. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, maka perniagaan restoran beroperasi.
Menu pelbagai Masa untuk menghilangkan tekanan korang dengan makanan yang lazat. Tengok pun dah craving gilakan? Aroma kambing bakar memukau sebelum memasuki restoran. KBK terkenal dengan kambing bakar, ayam penyet cheese, baldi ais gergasi dan banyak lagi. Istimewanya kambing bakar di sini ialah diperap dengan baik, lembut dan juicy serta gabungan sos yang enak. Harga juga sangat berpatutan.
Jadi boleh pilih suka yang pedas atau yang manis?Sekiranya pedas, pilih sos lada hitam (RM 14.90). Sos buatan sendiri ini mempunyai konsistensi yang tepat dan kepanasan yang tepat untuk membakar kambing bakar. Untuk pilihan yang lebih manis, dapatkan kuah madu (RM 16.90). Rasanya cukup enak dan sedap. Semua set dilengkapi dengan nasi dan sup.
Nasi Sotong Gergasi (RM 14.90) adalah HUMONGOUS. Saiznya lebih besar daripada sotong yang biasa kita lihat atau makan. Ia dilapisi dengan adunan rahsia mereka dan kemudian digoreng. Pada setiap gigitan lembut, lapisan luarnya rangup, memang layan habis.
Keistimewaan lain ialah Ayam Penyet Cheese (RM12.90). Diisi dengan banyak keju mozzarella cair pada ayam goreng, sukar bagi kami untuk menjauhkan diri dari hidangan ini! Bukan hanya cheesy tapi so rangup! Dan sambal penyet KBK memang terbaik.
Selain menu ini, anda juga boleh mencuba menu lain dan dessert yang padu. Antara yang boleh dicuba ialah Daging Bakar Air Asam,Sup Kambing,Nasi Kerabu berlauk ,Ice Bucket Kontena boleh dikongsi tiga hingga empat orang dan Mangga Rock / Naga Rock ( ice blended buah-buahan dengan ais krim).
Jadi bolehlah bawa keluarga datang menjamu selera di sini.
KAMBING BAKAR KONTENA Lokasi: No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Operasi: Selasa – Ahad 1100am – 11pm Isnin – Tutup Tempahan dan pertanyaan: 017-964 8870 03-3358 7917 Facebook: Kambing Bakar Kontena