Siapa yang tidak kenal dengan bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham? Bukan sahaja hebat beraksi di padang, David Beckham juga merupakan bapa kepada 4 orang anak. Mengikut jejak bapanya sendiri, Brooklyn Beckham anak sulung kepada David Beckham juga merupakan pemain bola sepak bagi kelab Arsenal.
Bakat David Beckham melangkaui padang bola sepak. Bapa kepada empat orang anak ini juga pandai mebuat sarapan pagi seperti pancake untuk anak-anaknya. Lihat sahaja David berkongsi video kepakaran beliau membalikkan pancake di udara.
“Selamat Hari Pancake, anak-anak. Sedia?” David berkata. Anak perempuannya Harper, bersemangat menjawab “Ya!” ketika dia menyaksikan ayahnya menunjukkan kemahiran masakannya di rumah. Video Instagram yang memberi pengalaman manis untuk peminat sepintas lalu di dalam dapur Beckhams.
https://youtu.be/VY3RSIQ-GAs
Turut dilihat menerusi keintiman hubungan bapa dan anak, baru-baru ini, David Beckham juga ada memuat naik satu video kelakar di akaun instagramnya yang merakamkan cubaan anak sulungnya Brooklyn untuk menterbalikkan pancake yang dimasak olehnya. Apa yang kelakar, Brooklyn kelihatan begitu yakin dan beraksi seolah-olah beliau berjaya menyambut pancake tersebut dengan sempurna sama seperti bapanya.
1. Ambil roti bulat burger, potong 6 bahagian jangan putus. Kalau nak guna roti sosej pun boleh je dan kena belah-belahkan tapi jangan bagi putus juga.
Rasa pastri manis rangup berperisa kayu manis bersama kastard dan kismis.
BAHAN-BAHAN:
2gm roti improver
7gm yis segera
500gm tepung tinggi protien
75gm gula
50gm susu tepung
32gm butter
1 biji telur
6gm garam
225gm air
370gm pastri margerin
20gm premix kastard
Kismis secukupnya
Gula perang secukupnya
Serbuk kayu manis sedikit
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan-bahan kering di dalam mixer, putar sampai sebati.
Kemudian masukkan bahan basah, uli sehingga 2 hingga 3 minit.
Balut doh dan dibiarkan 1 jam di dalam suhu bilik.
Kemudian, keluarkan doh dan tepuk untuk mengeluarkan angin di dalam doh, selepas itu, masukkan doh ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.
Roll doh 46cm x 15cm dan letakkan pastri margerin di tengah-tengah doh, balut pasteri margerin.
Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
Keluarkan doh dan uli doh hingga memanjang. Lipat 1 hujung doh hingga separuh bahagian doh, kemudian lipat 1 lagi hujung bahagian doh ke atas bahagian doh yang telah di lipat tadi. Letakkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
Ulang proses 7 dua kali.
Keluarkan doh, roll doh 36cm x 14cm. Sapu nipis premix kastard dan taburkan sedikit gula perang dan sedikit sebuk kayu manis. Kemudian gulungkan doh dan potong 2 doh sebesar 3 inci.
Dunia bakeri memang ada banyak kisah pahit manis. Ada yang berendam air mata bila dapat pelanggan cerewet. Ada juga yang gembira kerana dapat membuat kek untuk orang kenamaan. Tidak kurang juga kisah 'semangat yang hilang' apabila kek yang dibuat rosak di saat akhir ketika hendak dihantar kepada pelanggan.
Sebagaimana kisah seorang baker, Ilyana Isa. Kisah pada Oktober 2013 tetap jadi kenangan yang terpahat dalam ingatannya.
"Bila kek tu rosak, saya panik, terkejut dan takut kena marah dengan kastemer. Saya rasa bersalah tapi lebih banyak rasa sedih sebab usaha keras semalaman tak tidur malam hancur sekelip mata," cerita Ilyana. Dia telah menyebabkan kek pelanggan rosak sebab terlanggar bonggol ketika memandu kereta ke rumah pelanggan."
Sambung wanita ini, "Masa tu saya masih baru dalam dunia baking. Saya menangis sepanjang perjalanan ke majlis perkahwinan kastemer. Akhirnya saya tolak semua order sepanjang minggu tu. Rasa sangat depressed dan hilang terus semangat nak teruskan baking. Terus salahkan diri sendiri kerana merosakkan majlis perkahwinan kastemer."
Sepatutnya kek keadaan seperti ini.
.
Terlanggar bonggol, kek jadi macam ini.
.
KENA MENUNTUT ILMU
Namun semangat dan minat dalam dunia membuat kek menjadikan Ilyana cepat naikkan semangat. Tidak boleh selamanya terus menyalahkan diri sendiri. Walaupun dia sedar dia telah merosakkan majlis perkahwinan pelanggan, namun Ilyana yakin dia boleh jadi baker yang bagus satu hari nanti.
Ilyana mengakui pergi menuntut ilmu membuat kek adalah salah satu perkara yang perlu dibuat. Walaupun banyak ilmu boleh dipelajari melalui teknologi masa kini misalnya Youtube, namun tidak sama dengan belajar daripada guru.
"Saya banyak berguru. Ramai guru baking yang saya jumpa untuk belajar daripada mereka. Saya tekad nak naikkan semula semangat yang hilang. Salah satu ilmu penting yang saya pelajari daripada kejadian kek pengantin terbelah waktu delivery adalah kek yang perlu deliver jauh terutamanya kek bertingkat perlu set sekurang-kurangnya satu hari dalam fridge. Ini penting supaya kek betul-betul stabil sebelum hantar. Jangan kek siap saja terus pergi hantar. Dulu saya ingat nak bagi pelanggan dapat kek yang freshly baked iaitu siap beberapa jam terus deliver. Sangat-sangat salah idea tu," katanya.
Selain itu, Ilyana turut belajar mengawal emosi. Jangan panik dan sentiasa bersedia dengan back up plan jika terjadi perkara seperti ini lagi. Bawa alatan asas untuk baiki kek. Sebelum ini, dia panik apabila kek pengantin rosak ketika penghantaran. Hal ini membuatkan dia membeli kek dari kedai kek untuk menggantikan kek yang rosak. Padahal kek yang rosak itu sebenarnya masih boleh diselamatkan lagi.
APA PERLUNYA BERGURU?
Ilyana memberikan 4 sebab kenapa seseorang yang ingin menjadi baker perlu berguru sebelum serius mengambil tempahan daripada pelanggan.
1) Jika anda hanya belajar buat kek secara online tanpa guru, memang sangat berbaloi dari segi wang ringgit kerana ianya percuma. Tetapi hakikat sebenarnya, belajar sendiri memerlukan lebih banyak pengorbanan masa dan tenaga. Anda akan ambil masa yang sangat lama untuk belajar. Mungkin bertahun-tahun lamanya dan banyak trial and error untuk mendapat sesuatu skill.
2) Berguru untuk belajar membuat kek sebenarnya sangat penting kerana kita akan sentiasa belajar benda baru. Kita juga akan dapat cara untuk belajar secara 'bijak' (work smart) dengan berguru. Kita dapat jimatkan masa dan tenaga untuk belajar tips & tricks melalui pengalaman orang lain. Kebarangkalian kejadian yang tidak diingini seperti kek rosak akan dapat dikurangkan dengan panduan daripada seorang guru.
3) Sesuatu yang perlu ada pada seorang baker yang penting ialah minat, kemudian baru dapatkan skill. Jika ada minat, skill akan datang dengan sendiri. Skill dekorasi kek, skill melayan pelanggan dan skill berniaga akan bertambah dengan pengalaman.
4) Perkara yang membezakan antara baker yang belajar di Youtube sahaja dengan baker yang belajar secara berguru adalah pada masa dan pengalaman. Baker yang belajar sendiri melalui Youtube akan mengambil lebih banyak masa kerana perlu mencuba pelbagai teknik sebelum berjaya. Baker yang berguru akan dapat skill dan teknik yang sama dengan masa lebih singkat.
BAKER ERA PANDEMIK COVID-19
Dalam keadaan pandemik Covid-19 ni, Ilyana turut berkongsi cara untuk para baker pastikan pendapatan tetap konsisten dengan menerima tempahan yang memberangsangkan seperti waktu sebelum ada wabak ini.
"Tawarkan servis penghantaran dan pembayaran online yang semestinya boleh elak bersentuhan. Kecilkan size kek atau tawarkan kek budget supaya lebih ramai pelanggan mampu membeli. Iklan secara konsisten supaya produk mendapat tempat di hati lebih ramai orang," ujar Ilyana yang telah mula mengusahakan kek sejak 2013.
Selain itu, Ilyana turut mempunyai impian dalam dunia baking. Dia sememangnya minat makan kek dan ingin orang ramai menikmati kek yang sedap sehingga mencapai tahap keenakan yang diharapkan.
"Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan lebih ramai baker, terutamanya baker yang baru bergiat dalam bidang ini. Sebelum ini saya banyak mengajar kelas hands on, tetapi saya dalam proses membuat kelas pengajian atas talian (PJJ) untuk bersama lebih ramai baker. Itu impian saya," katanya yang juga guru baking kepada pengasas Kedai Kek Bangi, Zetty Nurakmal Azura.
ANTARA KEK YANG DIBUAT
.
.
.
Ilyana kongsikan resipi kek Lotus Biscoff Cheesecake iaitu antara kek buatannya yang menjadi salah satu paling laris dijual. Jom kita cuba buat.
LOTUS BISCOFF CHEESECAKE
BAHAN BASE
140 gram biskut lotus biscoff
60 gram mentega (cairkan)
CARA MEMBUAT BASE
1. Hancurkan biskut dan gaul dengan mentega cair.
2. Tekan dan padatkan pada dasar loyang saiz 7 inci yang dialaskan dengan baking paper.
3. Bakar pada suhu 180°c selama 10 minit.
BAHAN CHEESECAKE
450 gram creamcheese (suhu bilik)
160 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
130 gram sourcream
2 biji telur ayam gred B
BAHAN TOPPING
150 gram lotus biscoff spread
1~2 keping biskut lotus biscoff sebagai hiasan.
CARA MEMBUAT CHEESECAKE
1. Pukul creamcheese, gula kastor dan esen vanilla sehingga sebati.
2. Masukkan sourcream. Pukul perlahan.
3. Masukkan telur ayam. Pukul perlahan sahaja. Sebatikan dan tuang ke dalam pan.
4. Bakar dalam oven menggunakan teknik 'waterbath' pada suhu 160°c selama 1 jam.
5. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam.
6. Keluarkan daripada loyang. Cairkan lotus biscoff spread menggunakan microwave atau double boil. Sapu atas cheesecake. Hias dengan biskut lotus biscoff.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.