Siapa yang tidak kenal dengan bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham? Bukan sahaja hebat beraksi di padang, David Beckham juga merupakan bapa kepada 4 orang anak. Mengikut jejak bapanya sendiri, Brooklyn Beckham anak sulung kepada David Beckham juga merupakan pemain bola sepak bagi kelab Arsenal.
Bakat David Beckham melangkaui padang bola sepak. Bapa kepada empat orang anak ini juga pandai mebuat sarapan pagi seperti pancake untuk anak-anaknya. Lihat sahaja David berkongsi video kepakaran beliau membalikkan pancake di udara.
“Selamat Hari Pancake, anak-anak. Sedia?” David berkata. Anak perempuannya Harper, bersemangat menjawab “Ya!” ketika dia menyaksikan ayahnya menunjukkan kemahiran masakannya di rumah. Video Instagram yang memberi pengalaman manis untuk peminat sepintas lalu di dalam dapur Beckhams.
Turut dilihat menerusi keintiman hubungan bapa dan anak, baru-baru ini, David Beckham juga ada memuat naik satu video kelakar di akaun instagramnya yang merakamkan cubaan anak sulungnya Brooklyn untuk menterbalikkan pancake yang dimasak olehnya. Apa yang kelakar, Brooklyn kelihatan begitu yakin dan beraksi seolah-olah beliau berjaya menyambut pancake tersebut dengan sempurna sama seperti bapanya.
Pancake atau atau orang melayu panggil lempeng merupakan salah satu sarapan pagi yang mudah untuk disediakan. Jom try resepi ini.
Bahan Pancake:
Topping (Pencicah mengikut kesukaan masing-masing):
Cara Memasak:
Selamat mencuba!
Sumber: Sinar.fm / banyakresepi.blogspot.my