Nasi Lemak. Menu kegemaran rakyat Malaysia yang simple tapi ramai yang ‘fail’ untuk masak nasinya. Ada yang mentah, ada yang lembik. Susah nak dapatkan tekstur nasi yang sempurna macam yang peniaga jual tu. Namun, ada panduan yang boleh anda cuba. Menerusi perkongsian saudari Ruviantie Roslan, beliau berkongsi tip untuk hasilkan nasi lemak yang sempurna menggunakan sukatan yang betul. Bolehlah cuba!
CARA MASAK NASI LEMAK YANG MENJADI & SEMPURNA
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Untuk memulakan proses memasak, guna sukatan gelas yang sama untuk ceduk beras, air dan santan.
2. Cuci beras hingga bersih. Masukkan ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan air, santan, daun pandan serta garam.
4. Masukkan juga hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan halba ( jika suka).
5. Kacau sebati semua bahan dalam periuk tadi. Kemudian masak seperti biasa.
6. Bila nasi hampir nak masak, kacau sedikit supaya santan rata dan tidak berkumpul di bahagian atas. Kacau sekali sahaja.
7. Nasi lemak siap untuk dinikmati!
INFO CHEF
Kredit resipi & foto: Ruviantie Roslan