Jom buat kurma ala chocodate ni. Bulan puasa kalau takda buah kurma tak nikmat rasanya. Jika anak-anak kurang gemar untuk makan kurma biasa, apa kata ibu sediakan kurma coklat ni untuk hidangan berbuka puasa nanti. Mesti cepat habis, selain boleh dibuat untuk berbuka boleh juga dihidangkan di hari raya nanti. Nak beli makah, jom buat sendiri boleh berjimat!
RESIPI KURMA ALA CHOCODATE
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
1 kg kurma
kacang badam secukupnya
Bahan B
Ads
300g milk coklat compound
200g dark coklat compound
100g butter
CARA MEMASAK:
UNTUK BAHAN A
kacang badam di masak sehingga rangup..(macam nak masak kuih almond london tu)
kurma di belah dua utk keluarkan biji.. lepas badam dah sejuk sikit boleh masukkan dalam kurma seperti dalam gambar..
UNTUK BAHAN B
double boil semua bahan2 B sampai dia cair semua..
kemudian dah boleh celup kurma yg telah di letakkan badam di dalam coklat tersebut..
lepas tu masuk dalam peti ais kejap bg coklat tu keras sikit..pastu boleh makan dah..
NOTA: Saya tak celup kurma tu tapi coklat tu saya masukkan dalam piping beg.. lagi senang nak handle coklat.. tak comot sgt.. cuma kurma tu tak salut semua la..
nota tambahan : kurma ni sgt berguna.. dengn biji2 pon ada khasiat dia.. so biji dia jgn buang..simpan boh dlm peti ais dulu nnt aku post lain psl biji dia plak..
Makan kacang buat kita ralit , tak henti menikmatinya. Paling min suka dapat makan kacang berempah, pedas pedas memang sedap. Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni..
Bahan-bahan
500gm kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula
3 sudu kecil garam
2 biji telur
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
Cara memasak:
● Bersihkan kacang tanah…(bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat)
● Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
● Gaul smpai sebati
● Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
● Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
● Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.
Sesekali sedap juga kalau buat roti, kan? Roti sarang lebah ni pernah viral seketika dulu. Tapi pada hari ini, masih tetap ramai peminatnya. Iedaa Jahaya berkongsi resipi membuat roti sarang lebah ini di facebook group Rasa Share Resipi. Jom cuba!
ROTI SARANG LEBAH
BAHAN-BAHAN
1 sudu besar gula castor
1/2 peket yis mauripan
3 cawan tepung high protein
1 sudu kecil bread softener
1 sudu besar susu tepung
3 sudu besar minyak zaiton
1 bji kuning telur ayam
Bijan hitam
Kuaci
Mentega
.
CARA MEMBUAT
1. Bancuh gula dan yis dalam 1/2 cawan air suam.
2. Kacau bancuhan yis seketika dan tunggu berbuih.
3. Masukkan tepung, bread softener dan susu tepung dalam bekas besar. Tuang adunan yis dan uli sehingga adunan tak lekat di tangan.
4. Alaskan minyak zaitun pada loyang. Panaskan oven.
5. Apabila doh sudah mengembang, bulat-bulatkan doh. Sapu minyak zaitun pada tangan dan bulatkan doh sebenar bola pingpong. Susun dalam loyang.
6. Pecahkan telur dan ambil kuningnya sahaja. Sapu atas doh.
7. Tabur bijan hitam dan kuaci sebagai hiasan.
8. Bakar pada suhu 180 selama 30 minit.
9. Selepas roti masak, sapu mentega atas roti supaya berkilat keemasan.
SOS BUTTERSCOTCH
BAHAN-BAHAN
3 sudu besar mentega
1 cawan gula perang
Whipping cream
Esen vanilla
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk. Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut.
2. Masukkan whipping cream. Perlahankan api. Kacau. Apabila mendidih, tutup api.
3. Masukkan esen vanila dan garam. Kacau sekejap. Siap.
.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Lokching; snek jalanan berupa sate ikan yang dinikmati bersama sos. Memang popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti kelantan dan Terengganu. Kalau dulu, lokching ni harganya 10sen sahaja secucuk. Sekarang, 5 cucuk pun dah RM2. Suka makan lokching? Jom buat sendiri. Lagi puas hati dan boleh makan puas-puas.
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan selayang / sardin
1/2 biji bawang besar
1 1/2 cawan tepung ubi
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
Sedikit ajinomoto ( jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Hiris dan ceraikan isi ikan dari tulang.
2. Kemudian tumbuk isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. Boleh juga kisar.
3. Setelah ikan lumat, campurkan dengan tepung ubi, garam, baking soda dan ajinomoto. Uli hingga sebati.
4. Cubit doh dan gentel jadi bentuk bulat kecil. Lakukan hingga adunan habis. Bagi mengelakkan doh melekat pada tangan, sapu sedikit minyak masak.
5. Panaskan minyak dan goreng doh ikan tadi hingga garing. Angkat, toskan minyak dan cucuk pada lidi.
BAHAN SOS:
3 ulas bawang putih – tumbuk halus
1 1/2 cawan air
4 sudu makan air
Garam dan sedikit MSG
2 sudu makan tepung ubi – bancuh dengan sedikit air
Sedikit pewarna merah
CARA-CARA:
Tumis bawang putih tanpa minyak hingga kekuningan.
Kemudian masukkan air, gula, garam, MSG ( jika suka), bancuhan tepung ubi dan pewarna.
Jika suka sos pedas, tumis 2-3 biji cili padi tumbuk.
Untuk menikmati lokching, bakar sate ikan tadi hingga sedikit hangus. Kemudian nikmati bersama sos.