
Menu minum petang apa yang sedap ye, boleh cuba buat resipi Creamy Crab Croquette yang viral ni. Cara membuatnya sangatlah mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hasilnya pun sangat menyelerakan. Sesuai sangat dijadikan kudapan untuk anak-anak. Jom cuba. Macam best je.
RESIPI MUDAH CREAMY CRAB CROQUETTE

BAHAN-BAHAN:
- Filamen ketam secukupnya
- Sedikit bawang merah – dadu
- Sedikit hirisan daun bawang
- MAGGI®️ CukupRasa secukupnya
- 1/2 buku mentega asli @ buttercup
- 3-4 sudu makan tepung gandum
- Sedikit susu penuh krim
- Telur
- Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus filamen ketam seketika. Kemudian hiris halus dan masukkan bawang merah yang telah didadu dan juga hirisan daun bawang ke dalam mangkuk.
- Gaul semua bahan hingga rata dan masukkan MAGGI®️ CukupRasa. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan.
- Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga pekat.
- Kemudian masukkan sedikit susu penuh krim. Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
- Tambahkan bahan campuran filamen ketam tadi. Gaul hingga sebati dan rata. Angkat dan ketepikan.
- Cubit adunan dan bulatkan. Kemudian celup ke dalam bancuhan telur diikuti dengan serbuk roti. Ulang proses ini dua kali supaya bebola jadi lebih padat dan tidak pecah.
- Sejukkan Croquette di dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Ia bertujuan supaya ia senang digoreng dan tidak lembik.
- Untuk memasak, panaskan minyak hingga betul-betul panas dan goreng hingga kuning keemasan.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Croquette perlu disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk supaya bila digoreng ia tidak lembik dan hancur.
Kredit foto: Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Miliki E-Cookbook Ekslusif “30 Hari Resepi Shiok & Senang” Secara PERCUMA Sepanjang Disember Ini

Sedar tak sedar, tahun 2021 sudah hampir ke penghujung. Pasti banyak momen indah dan manis yang ditempuh sepanjang tahun ini. Tidak ketinggalan untuk menghargai pengguna setia, AJI-SHIO® membawakan sesuatu yang istimewa buat para pencinta masakan di Malaysia.

Sepanjang bulan Disember ini AJI-SHIO® berbesar hati membawakan Kempen AJI-SHIO Shiok & Simple kepada anda. Ada pelbagai pengisian terbaik yang tentunya sangat berbaloi untuk anda turut serta.
Bagi yang suka kumpul resipi, anda boleh memuat turun E-cookbook 30 Hari Resepi Shiok & Senang secara PERCUMA! Terdapat bermacam-macam resipi menarik yang boleh dimasak untuk keluarga. Hanya klik dan layari sahaja menerusi telefon bimbit. Mudah kan? Anda boleh muat turun E-cookbook “30 Hari Resepi Shiok & Senang” DISINI.

Sepanjang 30 hari ini, AJI-SHIO® juga akan berkongsi 30 resipi yang ‘shiok’ dan senang di laman FB AJI-SHIO Cooking untuk anda cuba masak setiap hari. Ada bermacam-macam resipi tau. Memang rugi kalau tak ikuti. Semuanya cukup sedap, mudah dan pastinya menjadi.
Oh ya…Bagi anda yang suka masak dan ambik gambar, jangan lupa menyertai Peraduan AJI-SHIO Shiok & Simple kerana ada bermacam-macam hadiah menarik yang boleh dimenangi. Mudah sahaja caranya.
Masak menu kegemaran yang simple & shiok menggunakan produk AJI-SHIO® dan muatnaik di akaun FB/IG. Pastikan hantaran ditetapkan pada tatapan umum dan juga #AjiShio #AjiShioShiokSimple bagi memudahkan pihak AJI-SHIO® memilih pemenang nanti.

Untuk kaki shopping online, AJI-SHIO® juga mengadakan jualan bundle bermula 15 Disember hingga 9 Januari 2022. Beli produk AJI-SHIO® di platform Lazada dan Shopee dan anda akan menerima Buku Masakan Premium secara PERCUMA!
Wow… Bolehlah tambah koleksi buku masakan. Tak ada jual dekat tempat lain tau. Ekslusif sempena Kempen AJI-SHIO Shiok & Simple sahaja.

Memang menarik! Pasti ramai yang sudah tak sabar nak turut serta. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ya.
Untuk maklumat lajut, layari https://www.ajinomoto.com.my/promotion/ajishio-shiok-simple
3 Resipi Menggunakan Yogurt Ini Ternyata Sedap Memikat

Erm masamnya rasa yogurt. Mungkin inilah luahan buat yang pertama kali menikmati yogurt. Namun di sebalik rasa masam itu terkandung khasiat yang tinggi buat mereka yang menikmatinya. Yogurt merupakan salah satu produk tenusu yang tak kurang nikmatnya berbanding keju. Selain enak, yogurt mengandungi bakteria yang baik untuk melancarkan proses pencernaan.
Di samping itu, yogurt kerap digandingkan bersama dengan bahan makanan lainnya. Dengan kreativiti anda, yogurt menjadi penambah rasa pada makanan seperti nasi goreng, sup krim atau masakan kari pada hidangan India.
Terdapat pelbagai jenama yogurt di pasaran. Antara yang terjamin kualiti dan keenakkannya ialah Lactel Yogurt.
Kelebihan Lactel Natural Set Yogurt (Lactel Yogurt ‘Set’ Asli)

Lactel Yogurt ‘Set’ Asli adalah sejenis yogurt asli yang diperbuat daripada bahan seperti (air, susu dan kultur hidup). Ia merupakan yogurt asli yang rendah lemak, tiada gula tambahan dan rasa yogurt yang lazat serta dijamin Halal.
Ia merupakan produk serba guna kerana dapat digunakan dalam pelbagai masakan untuk menggantikan bahan tinggi lemak kerana sifatnya yang rendah lemak.
Ia boleh dimakan sebagai makanan sampingan yang sihat (dicampur dengan buah-buahan segar, madu, kekacang dan sebagainya. Anda boleh mengolah rasa natural yogurt dengan menggunakan buah-buahan segar seperti strawberi, pisang, mangga dan sebagainya untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang lebih sedap.
Yogurt ini boleh dimakan begitu sahaja dengan rasa semulajadi (yogurt biasa/ digunakan dalam masakan). Natural yogurt adalah yogurt kosong yang tidak ditambah sebarang perasa. Oleh sebab itu, yogurt jenis ini adalah pilihan yang sering digunakan dalam masakan sama ada pencuci mulut, kek atau lauk-pauk.
SERBA GUNA
Lactel Yogurt ‘Set’ Asli ialah produk serba guna yang membantu anda menyediakan makanan sihat. Ia adalah pilihan yang lebih sihat untuk masakan kari, yogurt parfait, sos salad, minuman smoothies dan banyak lagi.
Setiap 100gm hidangan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli hanya mengandungi 57 kalori dan 1.6g lemak berbanding 28.3g lemak sekiranya menggunakan santan (Sumber: Nutrient Composition of Malaysia Foods (1997). Bagus bukan, selain dapat menjaga kesihatan, yogurt juga lebih mudah dicerna oleh tubuh badan berbanding dengan santan.
Yogurt bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, malah ia juga boleh digunakan dalam resipi masakan anda. Contohnya seperti ditambah ke dalam masakan kari atau sebagai salah satu bahan ketika membuat salad kesukaan anda.
Selain daripada sedap dimakan begitu sahaja Lactel Yogurt ‘Set’ Asli juga sesuai sebagai penambah rasa hidangan. Rasanya yang enak dan sempurna membuatkan yogurt ini sesuai untuk dijadikan sos asas pencicah, menjadi perapan yang enak dan sempurna dan juga melazatkan pencuci mulut untuk seisi keluarga.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk ini,sila layari laman web https://lactel.com.my/product/lactel-natural-set-yogurt/
Dikongsikan resipi enak menggunakan yogurt yang boleh anda cuba.

Yogurt Spicy Tomyam Seafood
Bahan-bahan:
3 mangkuk air
3 sudu makan pes TomYam
2 sudu makan pes cili Thai
4 sudu makan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
1 inci lengkuas(diketuk)
3 batang serai (dihiris)
2 biji bawang merah(dihiris)
10 batang cili padi (diketuk)
Akar daun ketumbar
4 helai daun limau purut
200gm udang
200gm sotong
200gm lala
200gm ketam
1 tin cendawan straw
1 paket cendawan tiram
4 sudu makan jus lemon
Sedikit sos ikan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar
Cara memasak:
1.Masak 3 mangkuk air sehingga mendidih.
2.Setelah air mendidih masukkan lengkuas,serai,bawang merah,akar daun ketumbar. Kemudian masukkan pes Tomyam bersama dengan pes cili Thai.
3.Biarkan bahan masak dalam 4 ke 5 minit,kemudian masukkan semua seafood.(masak seafood tak perlu lama,2 ke 3 minit sudah cukup)
4.Tambahkan daun limau purut(dibuang akar tengah),tambahkan cili api dan juga cendawan.
5.Kemudian masukkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli ,jus lemon,sos ikan dan juga garam secukup rasa.
6.Akhir sekali taburkan daun ketumbar.
https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/10158839068068739

Lactel Yogurt Shepherd’s Pie
Bahan-bahan:
✳️Kentang lenyek
9 biji kentang US Russet
⅓ cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil daun parsley (kering atau segar)
✳️Inti:
3 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang holland – dipotong dadu
500gm daging cincang – ayam/lembu/kambing
2 helai daun salam
4 tangkai daun thyme
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan serbuk cili atau pes cili
1 tin diced tomatoes
1 cawan lobak merah didadukan
1 cawan seleri
1 cawan cendawan
1 cawan kacang peas
4 sudu makan tepung gandum
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 sudu makan worcestershire sauce
1 sudu makan gula perang
Garam secukupnya
¼ cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
Cara memasak:
1.Rebus ubi kentang hingga empuk.
2.Tos dan lenyekkan.
3.Masukkan mentega, garam, daun parsley dan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli.
4.Gaul sebati dan ketepikan.
5.Tumis bawang holland dengan minyak zaitun sehingga layu.
6.Masukkan daging cincang, daun salam, serbuk lada hitam, daun thyme dan bawang putih, goreng hingga daging keperangan.
7.Masukkan serbuk cili, diced tomatoes,lobak merah, cendawan dan seleri, masak hingga sekata.
8.Masukkan tepung gandum, gaul rata dan tambah air.
9. Perasakan dengan kiub pati ayam, worcestershire sauce, gula perang dan garam.
10.Masak sehingga kuah agak kering.
11.Masukkan kacang peas dan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, gaul rata.
12.Letakkan kentang lenyek di atasnya, sapu rata.
13.Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
14.Keluarkan, sapu mentega di atas permukaaan pai.
15.Bakar lagi selama 5-10 min atau sehingga warna keperangan.
https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/10158852056438739

Strawberry Yogurt Ice Cream
Bahan-bahan:
250gm strawberi
1 sudu makan jus lemon
125gm gula castor
240gm non dairy whipping cream
200gm Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
2 sudu makan susu pekat
Cara membuat:
1.Kisarkan strawberi kemudian masak selama 7 minit.
2.Masukkan gula, dah siap ketepikan.
3.Pukul whipping cream hingga kembang.
4.Masukkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, susu pekat dan jam strawberi.
5.Siap dan sejukkan semalaman.
https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/10158844388893739
Tenyata yogurt enak ini boleh dipelbagaikan dalam masakan. Inginkan lebih banyak resipi menggunakan yogurt boleh layari https://lactel.com.my/recipes/
Aneka Resipi Mudah Menu Raya, Lagi Sedap Guna Mentega Anchor!

Mencari hidangan istimewa untuk tetamu di pagi raya? Sama ada hidangkan menu nasi, mee, kek atau biskut raya pada pagi raya, tidak perlu risau bila ada Mentega Anchor.
Raya anda pasti lengkap dengan juadah Raya yang menggunakan Mentega Anchor, mentega tulen warna keemasan semulajadi dengan rasa berkrim dan kaya.
Antaranya Kek Telur Masin antara hidangan yang boleh anda sajikan kepada mereka. Memang enak bila dapat menikmati kek coklat yang dituang dengan sos telur masin.
Nak lagi sedap, pastikan anda guna Mentega Anchor Unsalted. Mentega tulen dari New Zealand ini adalah pilihan yang terbaik. Aromanya sahaja sudah cukup menangkap selera.
Buat kek anda rasa lebih berkrim dan kaya, lengkapkan menu anda dengan Susu UHT Fernleaf dan Susu Tepung Fernleaf Family. Hasilnya memang memuaskan hati. Tak jemu rasa menikmati kek ini.
Pastinya tetamu anda teruja melihat hidangan ini tersedia di atas meja.
1. KEK TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN A:
215gram Mentega Anchor Unsalted – cairkan
1 ½ cawan Susu UHT Fernleaf
1 ½ cawan gula kastor
1 ¼ cawan tepung gandum – ayak
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 sudu teh baking powder – ayak
1 sudu teh soda bikarbonat – ayat
BAHAN-BAHAN B (TOPPING):
1 cawan Susu UHT Fernleaf
30gram Mentega Anchor Unsalted
2 sudu makan gula kastor
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
1 sudu makan serbuk telur masin
Beberapa titik pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kek, satukan Mentega Anchor Unsalted, Susu UHT Fernleaf, gula kastor dan telur dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan hingga sebati kemudian tuang dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan-bahan ayak ke dalam mangkuk lalu kaup-balikkan sebati. Tuang adunan ke dalam acuan pilihan yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan parchment paper.
3. Kukus kek hingga masak dan sejukkan.
4. Untuk membuat topping; satukan semua bahan B dalam periuk lalu kacau sebati. Didihkan dengan api yang sederhana. Jika bancuhan terlalu likat, tambah sedikit air panas. Kacau topping hingga likat. Sejukkan sebentar (boleh sejukkan dalam peti sejuk).
5. Keluarkan kek yang dah disejukkan dari acuan, tuang topping ke atas kek.
2. BISKUT BIJIRIN RANGUP

BAHAN-BAHAN:
215gram Mentega Anchor Unsalted – suhu bilik
1 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
½ cawan tepung jagung
½ cawan gula kastor
¼ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
1 biji telur
½ sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk pengadun, satukan Mentega Anchor Unsalted dan gula. Pukul hingga lembut.
2. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga adunan sebati dan licin.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, Susu Fernleaf Family dan nestum. Gaul sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
4. Terap doh adunan mengikut acuan yang digemari lalu susun dalam dulang pembakar.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga biskut keperangan-perangan. Sejukkan biskut di redai.
3. RAMEN RENDANG AYAM CHEESE

BAHAN A:
2 peket mi ramen – celur separuh masak & toskan
Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya
Mentega Anchor Unsalted secukupnya
BAHAN B:
15 tangkai cili kering – basuh & rebus
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
½ inci halia
½ inci kunyit hidup
2 batang serai
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN C:
500gram ayam – potong kecil
1 ½ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula perang
2 helai daun limau purut – siat
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan B di dalam mesin pengisar lalu kisar halus hingga menjadi pes.
2. Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, Susu Fernleaf Family, kerisik dan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah gula perang dan garam secukup rasa. Masak beberapa minit lagi hingga semua bahan masak sempurna. Sejukkan sebentar.
4. Sediakan mangkuk tahan panas. Sapu sedikit Mentega Anchor Unsalted. Letakkan selapis ramen celur di dalam mangkuk tadi. Sendukkan rendang ayam menjadi lapisan kedua. Kemudian, tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya. Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan.
5. Akhir sekali, tabur Keju Perfect Italiano Grated Parmesan di lapisan paling atas.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 35-45 minit atau hingga bahagian atas keperang-perangan. Hidangkan panas.
4. RICE CUBE SERUNDING DAGING CHEESE

BAHAN-BAHAN:
4-6 biji ketupat nasi sejuk – potong kiub
1 cawan serunding daging kering
1 ½ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
Mentega Anchor Unsalted secukupnya
1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
Garam & lada sula secukupnya
Cincangan daun kering – hiasan
CARA MASAK:
1. Di dalam mangkuk yang besar, satukan Susu Fernleaf Family, lada sulah, garam lalu kacau rata.
2. Masukkan Keju Perfect Italiano Mozzarella, serunding daging dan kiub ketupat nasi lalu kacau rata.
3. Tuang campuran tadi ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu Mentega Anchor Unsalted secukupnya.
4. Tabur cincangan daun kering dan lebihan Keju Perfect Italiano Mozzarella di bahagian atas.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 30 minit. Hidangkan panas.
5. LINGUINE BRIYANI KAMBING CHEESE

BAHAN-BAHAN A:
150gram linguine – celur & toskan
½ cawan Keju Perfect Italiano Grated Parmesan
1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
BAHAN-BAHAN B:
400gram daging kambing – potong kecil
4 sudu makan pes briyani
2 biji ubi kentang – belah 4 & rebus
4 biji cili hijau – belah 2
Rempah 3 sekawan – bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 ½ cawan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
50gram Mentega Anchor Unsalted
Garam & gula secukup rasa
CARA MASAK:
1. Cairkan Mentega Anchor Unsalted di dalam periuk. Tumis rempah tiga sekawan hingga wangi. Masukkan pes briyani dan daging kambing. Tambah sedikit air lalu didihkan hingga daging kambing empuk.
2. Tuang Susu Fernleaf Family, masukkan kentang rebus, telur rebus dan cili hijau. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga semua bahan empuk dan sebati. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk yang besar, satukan linguine celur dan biryani kambing. Gaul sebati.
4. Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit Mentega Anchor Unsalted, tuang campuran linguine dan briyani kambing tadi lalu ratakan.
5. Tabur Keju Perfect Italiano Mozarella dan Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan suhu 190-200C selama 30-40 minit. Hidangkan panas.
6. KUIH GUNTING PERISA KARI DAN KEJU

BAHAN A:
500gram tepung gandum
100gram Keju Perfect Italiano Grated Parmesan
50gram Mentega Anchor Unsalted – cairkan
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan Susu Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
1 sudu teh serbuk ikan bilis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN B:
2 labu bawang besar
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
BAHAN C:
2 tangkai daun kari – cincang kasar
3 tangkai cili kering – hiris nipis
CARA MASAK:
1. Kisar bahan B hingga lumat.
2. Sediakan mangkuk yang besar, satukan bahan A kecuali air beserta bahan B yang telah dikisar tadi. Tambah bahan C lalu gaul sebati.
3. Tuang air sedikit demi sedikit secukupnya hingga membentuk doh yang agak lembut tapi tak melekat. Rehatkan doh sebentar.
4. Canai doh nipis dan gunting mengikut saiz yang diingini.
5. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang besar, goreng doh yang digunting tadi hingga perang dan garing. Toskan lebihan minyak.

