Biasa kalau makan pau hanya yang dikukus. Gebu dan lembut memang tak cukup satu. Hari ni ubah selera dengan hidangan pau goreng. Tidak kurang enaknya.
Pau Bakar atau Tau Sa Pia
Bahan-Bahan:
Doh A (air)
2 sudu makan shortening – BELI ONLINE DI SINI
1/4 cawan air
2 sudu makan gula icing
1 cawan tepung gandum
Doh B (minyak)
1 cawan tepung gandum
4 sudu makan shortening
1 /2 sudu kecil garam
Inti
2 cawan kacang dhal (rendam dan rebus sehingga kembang) – BELI ONLINE DI SINI
1 cawan susu pekat – BELI ONLINE DI SINI
1 cawan gula
Setelah kacang kembang tapis buang air selepas itu blend kasar.
Masukkan dalam periuk tambah susu pekat dan gula masak sehingga kering. Biarkan sejuk.
Cara Membuat:
1. Satukan bahan doh A dan bahan doh B secara berasingan. Gaulkan bahan A Dan Bahan B sehingga sebati. Bahagikan doh kepada bebola untuk setiap doh A dan doh B.
2. Ambil sebiji bebola doh A canaikan sehingga leper. Kemudian, letakkan bebola doh B di tengah dan balutkan. Satukan dan canaikan doh yang disatukan tadi secara memanjang dan digulungkan. Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali.
3. Setelah itu, canaikan dan letakkan inti dan dibalutkan. Ulangi langkah ini sehingga habis adunan.
4. Akhir sekali, sapukan tau sa pia tadi dengan telur kuning dan bakar selama 30 minit dengan suhu 180 sehingga kekuningan.
Kredit: nora habsah shahid
C&p
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.