


Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
- Bawang Putih (Hiris)
- Bawang Holand (Hiris)
- Petai (Belah dua)
- Cili Api (Hiris)
- Garam
- Gula

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Marina Ismail
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Mudah Ayam Kepal Mini Untuk Menu Minum Petang

Bila dah cuti sekolah ni, mak-mak pasti pening nak hidangkan juadah minum petang buat anak-anak.
Boleh cuba resipi ayam kepal mini oleh Zuraida Muhamad atau Kak Ura, yang sangat senang untuk dibuat dan sangat sedap.
Hanya kepal isi ayam kisar, sebatikan dengan bawang dan sayur, akhir sekali goreng. Dah siap. Memang laju la anak-anak makan.
Yang penting bebas MSG dan bahan ramuan homemade terbaik.
AYAM KEPAL MINI

BAHAN-BAHAN:
Isi ayam atau ayam kisar
Bawang – beli online di sini
Roti keping
Lobak merah (optional – tak letak pun tak apa) – beli online di sini
Kepingan keju (optional – tak letak pun tak apa)
Garam sikit
Serbuk roti secukupnya
TONTON Creamy Garlic Butter Chicken
TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick
CARA-CARA:
1. Kisar bahan di atas kecuali kepingan keju dan serbuk roti.
2. Bila dah siap kisar, masukkan dalam bekas. Kemudian kepal-kepal adunan tadi.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Kalau nak letak cheese, boleh buat macam kuih cekmek. Letak cheese di bahagian tengah dan tutup dengan kemas. Nak buat dengan cara sendiri pun tak apa.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Apabila dah siap, salutkan adunan dengan serbuk roti.
5. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam kepal mini sehingga berwarna keemasan. Angkat dan toskan.

Kredit resipi: Zuraida Muhamad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Terliur Nak Makan Mee Kari? Boleh Cuba Resipi Mee Kari Netup!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Ikan Kembung Percik Masak Cara Kampung Yang Terlajak Sedap

Ikan kembung percik adalah salah satu menu yang popular bila tibanya bulan puasa. Pergila ke mana-mana bazar sekalipun, pasti ada yang menjual hidangan ini. Namun jika nak masak sendiri di rumah, tidak susah pun. Malah lagi puas hati. Kalau makan bersama nasi kerabu, memang nikmat. Nak cuba masak Ikan Kembung Percik untuk berbuka nanti? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Suhasnida Ismail. Istimewa resipi ini dimasak menggunakan cara tradisional. Nanti bolehlah cuba. Kalau guna ayam pun boleh.
CARA MASAK IKAN KEMBUNG PERCIK SEDAK DOOH

BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan kembung atau 1 1/2 ekor ayam saiz 2 kg – bersihkan
BAHAN A: PERAP AYAM / IKAN:
- 8 ulas bawang putih (beli online disini)
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 2 inci kunyit hidup
- Sedikit serbuk perasa
- 1 sudu makan garam
- 1/2 sudu makan jintan manis (beli online disini)
- Secubit belacan (jika suka) (beli online disini)
- Sedikit air untuk mengisar
BAHAN B: BAHAN KUAH:
- 8 biji bawang merah saiz 50 sen – kisar (beli online disini)
- 2 ulas bawang putih – kisar (beli online disini)
- Sehiris halia – kisar
- 1 sudu makan ketumbar biji (sangai) – kisar (beli online disini)
- Secubit belacan – kisar
- 3 sudu makan cili kering – kisar (beli online disini)
- 900ml santan pekat
- 2 hiris asam limau/asam keping (beli online disini)
BAHAN C: BAHAN PERASA:
- 2 sudu makan garam bukit (beli online disini)
- 2 sudu makan gula pasir (beli online disini)
- 2 sudu makan gula kabung thai (beli online disini)
- 1 sudu teh serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan A. Lumur pada ikan dan perap sejam. Jika menggunakan ayam, lumur bahan kisar pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak. Ketepikan.

2. Kisar bahan-bahan B yang perlu dikisar dan masukkan dalam periuk.


3. Tambahkan cili kering kisar.

4. Kemudian masukkan santan pekat, bahan perasa dan limau nipis dengan secukupnya.



5. Masak kuah percik sampai mendidih dan pekat. Ketepikan.

5. Cucuk lidi pada ikan supaya ikan tidak patah masa dibakar. Kepitkan guna pemanggang buluh yang dipanggil nama ‘pranggey’ . Kemudian bakar ikan atau ayam yang telah diperap tadi sampai masak.

6. Kemudian salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar sebentar. Ulang langkah salut dan bakar ini sebanyak 4 kali supaya rasa percik bertambah sedap.

7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Suhasnida Ismail
Join Telegram channel RASA https://t.me/majalahrasa & grup GENG RASA SHARE RESEPI https://t.me/rasashareresipi untuk dapatkan serta berkongsi pelbagai menu menarik setiap hari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur Bungkus Inti Ayam Yang Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka
Cara Buat Taufu Fa Homemade Sedap Macam Jual Di Bazar Ramadan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Sendiri Ulunthu Vadei, Guna Tip Ini Supaya Bentuknya Bulat Macam Donut

Tinggal dalam masyarakat berbilang kaum, lidah kita memang sudah terbiasa dengan makanan pelbagai bangsa. Makanan India salah satu daripadanya.
Selain kari, hidangan snek seperti ulunthu vadei untuk juga ramai peminatnya. Juga dikenali sebagai vadei donut, ulunthu vadei ini merupakan snek dari Selatan India dibuat dari urad dhal iaitu kacang dal putih. Snek ini rasanya cukup sedap berlemak, lembut gebu di dalam namun garing di luar.
Nak buat sendiri vadei ini di rumah pun boleh, cuma ikut perkongsian Umi Mimi Yusry ini. Tapi ada tip yang perlu dipraktikkan supaya menjadi bentuknya menjadi seperti donut. Ini kerana adunan ‘Ulunthu Vaday’ agak lembik untuk dibentuk dengan tangan.
Buat sendiri ‘Ulunthu Vaday’ yang lembut gebu di dalam, garing di luar
Bahan-bahan:
Setengah pek kacang Ulthu (direndam 1-2 jam) toskan (saya beli pek yang RM4.00)
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 tangkai daun kari
3 tangkai daun ketumbar dihiris sedang halus
3-4 tangkai cili padi hiris halus
1 sudu lada hitam bulat,tak perlu dipecahkan
2 sudu tepung beras
Garam secukup rasa

Cara membuat:
- Kisar halus kacang Ulthu yang telah direndam tadi. Letak 4-5 sudu besar air sahaja, tak boleh lebih nanti lembik.
2. Satukan semua bahan-bahan dan kacau dalam 5 minit.

3. Kemudian masukkan pula dalam ‘piping beg’ untuk membentuk donut.

4. Mula-mula, celup penapis besi dengan minyak biasa. Jangan minyak panas, kalau tak nanti tepung melekat. Kemudian, barulah buat bentuk gegelang atau donut pada penapis tersebut.

5. Setelah itu, masukkan ke dalam kuali dengan minyak panas dan goreng seperti biasa sehingga kekuningan.

6. Inilah hasilnya, boleh dapat dalam 35-40 biji ulunthu vadei

Sumber: Umi Mimi Yusry

