Pembukaan ini menjadi detik yang bersejarah bagi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dan membuktikan komitmen jenama ini untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat rakyat Malaysia.
Baru sahaja meraikan jubli peraknya pada September 2022, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia melangkah ke hadapan dengan melakar satu lagi detik yang bersejarah dengan pembukaan kafe ke-150 miliknya di Malaysia. Terletak di Sierra Fresco, Puchong, kafe baharu ini membuktikan dedikasi berterusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat seluruh rakyat Malaysia.
Mohamed Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada majlis pembukaan kafe ke-150 jenama tersebut berkongsi, “Sejak pembukaan kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® di Malaysia yang sulung pada tahun 1997, kami telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kami. Dengan ini, kami terus menjulang komitmen untuk membawakan pelbagai pengalaman yang istimewa melalui setiap minuman dan makanan yang kami hidangkan.”
Kafe berkeluasan 2,800 kaki persegi ini menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, yang secara keseluruhannya dapat memuatkan sebanyak 110 orang pelanggan dan pengunjung. Reka bentuk dalaman kafe yang serba moden dilihat memanfaatkan konsep ruang terbuka,menampilkan gerbang-gerbang yang menawan pada seni binanya.
Motif California Selatan memberi penghormatan kepada asal usul jenama ini, sambil menyempurnakan kafe tersebut dengan pencahayaan gaya matahari terbit,menzahirkan ambien yang nyaman dan mesra.
Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi memberitahu, “Memetik ilham daripada pelbagai juadah dari seluruh dunia, kami sebagai sebuah jenama mempunyai cita yang tinggi terhadap inovasi. Kami terokai dan berusaha untuk mencipta resipi yang dapat menggamit selera rakyat Malaysia, sambil berpegang kepada asal usul yang mendefinisikan suatu juadah. Kami benar-benar menghargai peluang yang diberikan ini untuk menyajikan citarasa dunia yang sebenar kepada mereka.Penawaran yang terkini oleh The Coffee Bean & Tea Leaf®Malaysia adalah musim Ramadan dan Raya, mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk Explore the Heart of Raya.
Diilhamkan oleh perisa-perisa yang biasa dan juga yang luar biasa, minuman yang disediakan terdiri daripada Vanilla Cardamom ColdBrew Coffee dan Cardamom Oat Milk Macchiato. Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, sentuhan rempah ini menambah kekayaan rasa minuman tersebut. Juga dibawakan untuk memuaskan dahaga para pelanggan ialah Mangoes & Cream Ice,Blended® dan Mangoes & Cream Cold Brew Tea.
Ads
Sementara itu, menu musim Ramadan dan Raya menampilkan kek The Straits dan Pine-lemon Sugee, di samping aneka pencuci mulut seperti kek Midnight Chocolate, Mangoes & Cheese Tart dan Cinnamon Raisin Swirl.
Bukan itu sahaja, pelbagai juadah berunsur Timur Tengah juga sedia untuk diterokai, dengan hidangan Fattoush Salad, Hummus with Tortilla Chips, Chicken Shawarma dan Baklava Delight.
Berita baik juga dibawakan untuk para peminat Meerqeen kerana The Coffee Bean & TeaLeaf® Malaysia baru sahaja melancarkan peraduan media sosial yang akan berlangsung dari 15 April hingga 5 Mei, di mana para peserta diberi peluang untuk memenangi sesi meet & greet eksklusif bersama dengan pelakon tersebut.
Kafe Sierra Fresco The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mula beroperasi dari 15 April 2023. Masa operasinya adalah dari jam 7 pagi hingga 12 malam setiap Isnin hingga Ahad.
Tidak dinafikan, sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu, banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan itu saja, peniaga-peniaga kecil turut mendapat tempias yang sangat besar.
Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup apabila tidak lagi mampu untuk menanggung kerugian. Terbaharu yang terpaksa mengikut langkah penutupan ialah Rasa Food Arena Suria Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini, 1 September.
Menerusi gambar dikongsi warganet yang viral dalam laman sosial, pengumuman itu dibuat Rasa Food Arena menerusi notis kecil yang diletakkan di pintu masuk premis makanan itu.
“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021. Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” kata notis itu.
Medan selera Rasa Food Arena ini sudah beroperasi selama 22 tahun kepada rakyat Malaysia sejak ia mula dibuka kepada umum pada Mei 1998.
Maka tiada lagilah kenangan makanan-makanan popular seperti nasi padang, mi wantan, nasi ayam di medan selera Rasa Food Arena yang terletak di aras empat pusat beli-belah KLCC ini.
Berkeluasan 16,000 kaki persegi, Rasa Food Arena Suria KLCC ini pernah diubahsuai pada 2007, memang menjadi tempat tumpuan bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan rasa penat sambil makan selepas membeli-belah.
Kredit gambar: Thanaselan Rajendran, Amir Bear, Instagram RASA Food Arena KLCC
Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim telah mengumumkan pelbagai bantuan dan kemudahakan buat rakyat MAlaysia. Dan salah satunya ialah sumbangan SARA untuk Semua dimana setiap warganegara 18 tahun ke atas akan menerima RM100 one-off melalui MyKad bermula 31 Ogos 2025, boleh dibelanja di lebih 4,100 kedai seluruh negara.
Pasti ramai yang betanya-tanya, macam mana nak tahu duit dah masuk dalam MyKad dan macam mana nak guna. Tahukah anda Mykad boleh digunakan sebagai kad Touch n Go (TnG)?
Lihat bahagian belakang kad anda, jika ada logo TnG, ia bermakna kad anda boleh digunakan untuk sebarang transaksi yang menggunakan aplikasi TnG.
Untuk semak baki dalam kad, anda boleh guna beberapa cara:
Muat turun dan buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Klik pada ikon “TNG Card”.
Pilih butang “Add New Card”.
Masukkan nombor siri kad pengenalan (Nombor MFG) dan nama pengguna dengan betul.
Klik butang “Submit”.
Baki duit dalam Kad akan dipaparkan.
Menggunakan Mesin Kiosk Touch ‘n Go:
Cari mesin kiosk Touch ‘n Go yang terdapat di pusat membeli-belah atau stesen pengangkutan awam.
Letakkan kad Touch ‘n Go anda pada pengimbas di kiosk.
Baki kad akan dipaparkan pada skrin.
Menggunakan Mesin Tambah Nilai:
Beberapa stesen minyak dan kedai serbaneka menyediakan mesin tambah nilai yang boleh digunakan untuk menyemak baki kad
Touch ‘n Go.
Letakkan kad Touch ‘n Go anda pada pengimbas di mesin dan baki akan dipaparkan.
Melalui Portal Touch ‘n Go:
Layari laman web portal Touch ‘n Go dan log masuk ke akaun anda.
Pilih “Card Portal” untuk menyemak baki kad anda.
Nak daftar Kad TnG MyKad dalam Touch ‘n Go eWallet api tak jumpa No MFG? Anda kena buka lama portal Touch n Go dulu!
Pilih Card Portal dan disitu ada tertulis nombor siri kad anda dan bolehlah daftar.
Korang penggemar makanan segera dan jenis orang yang nak cepat dan malas lepak dalam restoran, boleh je beli melalui Drive-Thru atau pandu lalu. Berita baik untuk warga Lembah Klang, kini sebuah lagi cawangan restoran Texas Chicken yang menyediakan perkhidmatan Drive-Thru di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Pembukaan ini susulan sambutan menggalakkan ke atas Drive-Thru di Sungai Petani, Kedah yang dibuka pada tahun lepas.
Kedudukan restoran ini sangat strategik dan mudah dikunjungi, terletak bersebelahan stesen minyak Shell Sunway Mentari. Dengan hanya memesan sambil pandu lalu, korang boleh pesan bermacam menu lazat yang disediakan dan jangan bimbang semua produk Texas Chicken disahkan halal oleh JAKIM.
Kalau korang nak santai sambil rehat seketika melepaskan lelah, boleh saja makan di restoran yang sungguh selesa ini. Atau teringat keluarga di rumah, boleh pesan dan ‘take away’ je ikut keselesaan. Jangan tak tau, kalau korangan makan di sini, minuman boleh tambah kalau tak cukup. Hemm memang berbaloilah singgah. Tapi kalau tiba-tiba teringin nak makan menu Texas Chicken, datang je pada bila-bila masa di cawangan ini kerana ia dibuka 24 jam.
Semasa pembukaan rasmi restoran ini, para tetamu telah menikmati pelbagai jenis menu Texas Chicken yang sungguh sedap yang diraikan sendiri oleh Pengerusi Envictus International Holdings Dato’ Jaya Tan yang turut berharap dapat menambah beberapa cawangan padu lalu di masa akan datang. Beliau juga telah melepaskan kumpulan konvoi pandu lalu sebagai tanda perasmian.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.