Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan bangganya mengumumkan kerjasama menarik dengan Niko Neko Matcha, Matcha terkemuka Malaysia dan Jenama Pakar Teh Hijau Jepun, untuk mempersembahkan pengalaman minum petang yang unik.
Perkongsian yang luar biasa ini menandakan kerjasama hotel yang pertama dengan Niko Neko Matcha, yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam Matcha dan Teh Hijau Jepun.
Set minum petang Matcha Me Up akan melibatkan tetamu yang merupakan penggemar matcha. Memang menggoda selera dengan pelbagai rasa dan tekstur yang menarik.
Pilihan pastri matcha yang lazat seperti puff krim matcha,scone matcha dengan krim, jem dan dadih lemon.Setiap suapan menawarkan keseimbangan kemanisan yang harmoni dengan aroma matcha premium.
Bagi mereka yang mempunyai selera yang enak, menu ini menawarkan pilihan yang menarik seperti mi soba sejuk dengan daun bawang dan kepingan bonito, ayam limau purut dalam roti arang dan banyak lagi.
Bagi memperingati Hari Kebangsaan Malaysia, Aloft Kuala Lumpur Sentral mempersembahkan tawaran unik yang dipanggil Iced Dalgona Green Jack. Ramuan yang menarik ini menampilkan susu sejuk dengan buih matcha yang diselitkan dengan rasa buah nangka yang enak.
Bagi merasai pengalaman unik ini,Aloft Kuala Lumpur Sentral dengan bangganya mempersembahkan bengkel pembuatan teh matcha tradisional dengan kerjasama Niko Neko Matcha.
Ads
Tetamu boleh mendalami seni penyediaan teh hijau tradisional oleh pakar teh dari Niko Neko Matcha.
Bengkel interaktif, yang dijadualkan untuk empat hujung minggu dari Ogos hingga September 2023, digabungkan bersama dengan minum petang pada harga RM328+.
Sesi eksklusif ini menjanjikan pengalaman berharga tentang sejarah, teknik pembuatan dan manfaat kesihatan matcha buat tetamu.
Michael Grimmer, Pengurus Besar Aloft Kuala Lumpur Sentral, menyatakan keterujaannya dengan kerjasama ini, “Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan Niko Neko Matcha untuk kerjasama yang luar biasa ini.
Ads
Set minum petang Matcha Me Up dan bengkel yang disertakan bakal memikat hati tetamu dengan pengalaman mengasyikkan yang menggabungkan perisa matcha terbaik dan suasana meriah Aloft Kuala Lumpur Sentral.”
Pengasas Niko Neko Matcha berharap dapat menggembirakan tetamu dengan pengalaman teh yang mengasyikkan ,memperkaya budaya matcha Jepun serta mencipta kenangan yang berharga dengan kerjasama ini.
Bagi mereka yang ingin menambah ilmu dalam dunia matcha, Matcha Me Up Aloft Kuala Lumpur Sentral adalah pilihan yang tepat.
Berharga RM168+ untuk dua orang, tawaran masa terhad ini akan tersedia setiap hari, bermula dari 17 Ogos hingga 1 Oktober 2023. Kumpul orang tersayang, rakan atau rakan sekerja anda dan nikmati tawaran luar biasa ini, tersedia untuk masa terhad.
Bagi peminat nasi kandar, kini anda tidak perlu pergi jauh nun ke Pulau Pinang sana untuk menikmatinya. Kini anda hanya perlu pergi ke Kajang sahaja kerana Salman Nasi Kandar menawarkan nasi kandar yang enak untuk anda cuba.
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, gerai ini tidak putus-putus menerima kehadiran pelanggan. Menawarkan nasi kandar dengan cita rasa Melayu, gerai nasi kandar ini kini sudah mempunyai peminat setianya yang tersendiri.
“Kami dah beroperasi selama empat tahun di tepi jalan. Memang gerai kami di sini dan pelanggan boleh makan di gerai atau bungkus untuk dimakan di rumah. Konsep warung macam ni kami kekalkan supaya pelanggan boleh dapat makan dengan harga lebih murah. Itulah sebabnya kami kekalkan gerai macam ni,” ujar pemilik Salman Nasi Kandar, Fatin Suhaila Faridudin.
MURAH TAPI SEDAP
Resipi nasi kandar ini dicipta sendiri dengan lima jenis kuah rahsia iaitu kari ikan, kari daging, kuah daging masak hitam, kuah masak hitam biasa dan kuah pedas. Kelima-lima kuah ini menjadikan Salman Nasi Kandar lebih istimewa.
“Dengan adanya lima jenis kuah ini, boleh saya katakan inilah keistimewaan resipi yang kami cipta mengikut cita rasa Melayu. Nasi kami warna kuning sebab saya dan suami berasal dari Kedah. Orang sana kan popular dengan mihun warna kuning jadi saya kekalkan warna tu dalam nasi kandar kami,” katanya lagi.
Nasi kandar special RM10 sahaja
Selain itu, Fatin turut menegaskan bahawa ayam goreng yang menjadi lauk utama nasi kandar ini saiznya besar. Seekor ayam hanya dipotong lapan supaya puas dimakan oleh pelanggan.
Nasi kandar biasa RM5.
“Ayam goreng kami rangup dan sedap. Kami memang cerewet bab ayam goreng kerana ayam goreng perlu nampak menarik. Inilah lauk utama nasi kandar kami jadi ayam goreng kena betul-betul sedap dan bila orang tengok tu terus bangkit selera nak makan. Walaupun portion kami besar dan sedap, kami tawarkan harga murah. Sepinggan nasi kandar biasa harganya RM5 manakala nasi kandar istimewa harganya RM10 sahaja. Sesuai dengan tagline kami iaitu Murah, Banyak, Sedap,” katanya.
Ayam goreng yang jadi kegilaan ramai.
SEMPENA NAMA SUAMI
Ketika ditanya kenapa menggunakan nama Salman, Fatin memberitahu penulis, “Saya nak guna nama sendiri iaitu Fatin tapi macam tak kena dengan menu nasi kandar. nasi kandar ni ada ciri maskulin. Jadi guna nama suami. Kebetulan nama suami saya Muhammad Noor Salman Shafie. Jadilah nama Salman Nasi Kandar. Nampak sesuai kan sebab ada ciri maskulin dan hindustan sikit di situ.”
Info Kedai: PEMILIK: Fatin Suhaila Faridudin. ALAMAT: Sebelah Balai Polis Sungai Tangkas, Kajang. WAKTU OPERASI: 11.30 pagi hingga 8 malam (Jumaat cuti) WAJIB CUBA: Nasi Kandar Special
Bertempat di Beserah, Kuantan, Pahang, Kimstone Food Court & Hall menawarkan macam-macam menu untuk dipilih. Nam[aknya semua sedap belaka. Sesuai sungguh untuk jamu selera seisi keluarga.
Melalui facebook page Kimstone Food Court & Hall, pelbagai gambar menu dan review daripada pelanggan memberikan respon positif terhadap menu di lokasi tersebut. Paling digemari ialah coconut shake dan young taufu. Bolehlah cuba. Tutup setiap Rabu.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Untunglah kalau kafeteria pejabat kamu menyediakan makanan ala-ala cafe hipster atau hotel. Memang tak perlu bersusah payah untuk keluar waktu rehat sebab semuanya lengkap di pejabat. Ada segelintir syarikat-syarikat besar yang ternama menyediakan kemudahan cafe ala hotel untuk kemudahan pekerja-pekerjanya seperti Google dan Facebook, begitu juga Microsoft dan Apple.
Beberapa makanan mungkin biasa dilihat. Tetapi walau bagaimanapun, Caffè Macs telah memberi komitmen terhadap kualiti makanan yang disediakan.
Tempat makan seluas 2.000 meter persegi ini juga memberikan suasana makan yang nyaman dan selesa. Terdapat coffee corner, ruang pertemuan, area lounge, dan outdoor yang mempesona. Seperti sedang menikmati makan tengahari di cafe-cafe di luar Syarikat Apple yang nyata memberikan kelainan dengan keenakkan makanan yang lazat dan mewah ini. Pasti terpesona, jom tengok makanannya!
1. Ada banyak pilihan untuk sarapan, seperti toast Perancis strawberi yang menakjubkan ini.
2. Sepertinya kombinasi scramble dengan keju, telur, bacon, dan kentang lebih menggoda.
3. Gelato merupakan salah satu menu kegemaran mendiang Steve Jobs di Caffè Macs.
4. Banyak sekali pilihan gelato, pastinya rasa yang berlainan?
5. Di mana pun lokasinya, pizza memang sangat menggoda untuk menemani waktu kerja.
6. Makanan asal Mexico ini pun sangat menggiurkan, jugak kan?
7. Suka makan tiram? Setiap tiram hanya US$ 1 saja.
8. Angkat tangan yang suka makan daging? Tak perlu keluar jauh-jauh untuk menikmati steak lazat yang mewah ini.
9. Atau kamu seorang vegetarian? Boleh jer menikmati manisan ni.
10. Tuna sesedap ini hanya seharga US$ 8.
11. Cita rasa risotto salmon yang tidak akan mengecewakan perut kamu yang nak berdiet. Ah, nikmat!
12. Kalau portion ribsnya sebesar ini, boleh kenyang seharian ni, agak-agak boleh sambung buat kerja tak?
13. Seperti hidangan ala hotel sangatkan? Enak dipandang dan dimakan.
14. Hanya di Caffè Macs kamu boleh memesan nasi goreng seafood yang sangat istimewa.
15. Pho makanan khas Vietnam juga disediakan katanya rasa Pho ini sangat mantap, sedap, pedas, dan segar.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.